backup og meta

Serik Masalah Kencing Kotor Selalu Berulang? Cuba Minum Jus Kranberi Untuk Elak UTI!

Serik Masalah Kencing Kotor Selalu Berulang? Cuba Minum Jus Kranberi Untuk Elak UTI!

Jangkitan saluran kencing (UTI) atau turut dikenali dengan nama kencing kotor merupakan penyakit yang lazim berlaku kepada kaum Hawa. Selalunya, penyakit ini datang dengan simptom seperti rasa sakit ketika buang air kecil, kerap kencing dan juga sakit pada kawasan sisi atau belakang badan.

Berhadapan dengan penyakit kencing kotor merupakan sesuatu yang amat sukar.

Pesakit bukan sahaja perlu menahan sakit, malahan ketidakselesaan yang datang sekali dengan penyakit ini juga boleh membuatkan aktiviti seharian menjadi terbatas.

Jangkitan saluran kencing boleh dirawat dengan antibiotik. Walau bagaimanapun, ada wanita yang inginkan kelegaan pantas dan mahu mencuba penawar yang boleh didapati dengan mudah di rumah.

Tambah lagi, penyakit kencing kotor boleh berlaku berulang kali.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika ada yang sanggup mencuba jus kranberi ataupun suplemen bertujuan untuk mengurangkan simptom kencing kotor yang mereka alami.

Walau bagaimanapun, benarkah jus kranberi dapat merawat UTI atau adakah ia hanyalah mitos semata-mata?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkan di sini.

Jus kranberi boleh merawat UTI?

kencing kotor

Tahukah anda, 150ml jus kranberi mengandungi 45mg vitamin C yang merangkumi 56% daripada keperluan vitamin C harian?

Vitamin C juga digunakan untuk membuat kolagen yang amat bermanfaat untuk kulit.

Selain itu, jus kranberi juga mempunyai sifat antibakteria yang dapat membantu mengelakkan jangkitan saluran kencing.

Kajian mendapati, sejenis bahan di dalam buah kranberi, iaitu D mannose boleh melindungi daripada kencing kotor dengan cara mengelakkan sebarang pembentukan bakteria pada permukaan saluran urinari.

Menurut Net Doctor pula, fruktosa dan juga proanthocyanidins di dalam jus kranberi boleh menghalang bakteria, terutamanya E. coli daripada melekat pada permukaan pundi kencing.

Jika anda ingin mencuba jus kranberi untuk mengelakkan jangkitan UTI yang berulang, pastikan anda mengambil jus tanpa gula. Jika tidak, fungsi dan manfaat pengambilannya sama seperti jus buah yang lain.

Tetapi, bolehkah ia merawat kencing kotor?

kencing kotor

Walaupun pengambilan jus kranberi digalakkan bagi mereka yang menghidap UTI, namun kemampuannya untuk merawat kencing kotor masih lagi dalam kajian.

Jus kranberi bukan sahaja mahal, rasanya juga tidaklah seperti yang disangka. Malah, ramai wanita yang mengamalkan jus kranberi mengakui tidak menyukai rasanya.

Hingga ke hari ini, masih belum ada konsentrasi jus kranberi, ekstrak ataupun suplemen yang dibuat khusus untuk merawat kencing kotor.

Tambahan lagi, kepelbagaian produk kranberi yang dijual di pasaran dan di farmasi juga membuatkan ramai pengguna keliru untuk membuat pilihan.

Dr. Pamela J. Levin dari Penn Medicine juga menerangkan bahawa data yang sedia ada juga tidak cukup untuk melakukan apa-apa kesimpulan.

Walaupun begitu, masih ramai yang percaya dengan kemampuan jus kranberi untuk merawat UTI. 

Menurut pakar, minum jus kranberi tidak ada salahnya. Malah, ia mungkin mempunyai manfaatnya yang tersendiri.

Kebaikan jus kranberi

Jus kranberi bukan sahaja boleh digunakan untuk mengurangkan simptom UTI, tetapi ia juga mempunyai pelbagai fungsi lain. Sebagai contoh:

1. Jus kranberi baik untuk kesihatan jantung

kencing kotor

Buah kranberi mengandungi antioksidan yang tinggi. Ia juga kaya dengan flavanol iaitu sejenis polifenol. Walau bagaimanapun, semua kebaikan ini terletak pada kulit buah kranberi dan akan berkurang jika ia dijadikan jus.

Malah, jus kranberi juga mungkin baik buat mereka yang menghidap penyakit jantung koronari disebabkan kemampuannya untuk memperbaiki keanjalan arteri.

2. Mungkin boleh menurunkan tekanan darah

Pengambilan jus kranberi juga mungkin boleh menurunkan tekanan darah. Walau bagaimanapun, anda perlu minum sebanyak 400ml jus sehari, iaitu 150ml lebih daripada apa yang dicadangkan.

Pakar tidak menggalakkan pengambilan jus kranberi yang terlalu banyak kerana ia akan meningkatkan kadar gula dalam darah dan boleh menyebabkan cirit-birit.

Jika anda ingin menurunkan tekanan darah, cuba amalkan pengambilan jus kranberi bersama senaman dan juga diet yang sihat.

3. Dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah

Pengambilan jus kranberi didapati dapat meningkatkan kadar kolesterol baik dalam badan. Malah, satu kajian menunjukkan pengambilan 225 ml jus kranberi boleh meningkatkan kolesterol HDL sebanyak 10%.

Menurut pakar, kesan ini mungkin berlaku disebabkan oleh kadar antioksidan yang tinggi di dalam buah kranberi.

Walau bagaimanapun, diet yang seimbang merupakan cara yang terbaik dan efektif untuk mengurangkan kolesterol dalam darah.

Kesimpulan

Jus kranberi mungkin dapat membantu mereka yang mempunyai penyakit kencing kotor.

Walau bagaimanapun, masih banyak kajian yang perlu dilakukan untuk menentukan jumlah yang efektif dan juga kesan sampingannya kepada badan.

Tetapi, tidak ada salahnya jika anda ingin mengambil jus kranberi disebabkan manfaat yang terkandung di dalamnya.

Malah, ia mungkin dapat meningkatkan kesihatan jantung, mengawal tekanan darah dan juga menurunkan kolesterol dalam badan.

Oleh sebab itu, cara yang terbaik untuk merawat UTI adalah dengan bercakap dengan doktor anda, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai simptom seperti sakit ketika buang air kecil yang berulang.

Doktor boleh memberikan ubat yang boleh menyembuhkan kencing kotor yang anda alami dan mengelakkan anda daripada mendapat jangkitan berulang.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Cleaveland Clinic. 2020. Urinary Tract Infections. July 3. Accessed April 26, 2021. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9135-urinary-tract-infections.
  2. Net Doctor. 2020. 13 cranberry juice benefits. September 3. Accessed April 26, 2021. https://www.netdoctor.co.uk/healthy-eating/a34201290/cranberry-juice-benefits/.
  3. NIH. 2020. Cranberry. May. Accessed April 26, 2021. https://www.nccih.nih.gov/health/cranberry.
  4. Penn Medicine. 2018. Cranberry Juice Can Cure My UTI and Four Other Myths Debunked. July 9. Accessed April 26, 2021. https://www.pennmedicine.org/updates/blogs/womens-health/2018/july/can-cranberry-juice-cure-my-urinary-tract-infection.
  5. University of Michigan Health System. 2020. Cranberry Juice and Urinary Tract Infections. June 29. Accessed April 26, 2021. https://www.uofmhealth.org/health-library/hw55783.

Versi Terbaru

22/11/2022

Ditulis oleh Nurul Halifah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Orang Perempuan Paling Senang Kena Kencing Kotor, Elak Buat 3 Perkara Ini

Rasa Pedih Ketika Kencing Selepas Seks? Mungkin Anda Terkena Jangkitan Saluran Kencing


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 22/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan