Pernah tak terasa seperti sengatan tebuan ketika anda sedang membuang air kecil? Hati-hati ya, itu merupakan salah satu gejala utama untuk penyakit kencing kotor!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Pernah tak terasa seperti sengatan tebuan ketika anda sedang membuang air kecil? Hati-hati ya, itu merupakan salah satu gejala utama untuk penyakit kencing kotor!
Jangkitan saluran kencing berlaku apabila wujudnya mikroorganisma seperti bakteria di dalam sistem urinari anda.
Saluran kencing terdiri daripada organ penghasilan, penyimpanan dan perkumuhan yang merangkumi buah pinggang, ureter, pundi kencing dan urethra.
Sistem urinari bahagian bawah iaitu pundi kencing dan urethra kerap mendapat jangkitan. Walaupun sistem urinari bahagian atas jarang sekali untuk mendapat jangkitan saluran kencing, keadaan selalunya lebih teruk jika ia berlaku.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkannya di sini.
Penyakit kencing kotor boleh terjadi kepada semua individu tanpa mengira umur dan jantina. Akan tetapi, wanita lebih cenderung untuk mendapat jangkitan saluran kencing berbanding lelaki kerana faktor anatomi.
Anatomi urethra pada wanita jelas lebih pendek berbanding lelaki. Hal ini mengakibatkan jangkitan saluran kencing lebih mudah mempengaruhi mereka.
Dalam sesetengah kes, jangkitan pada wanita cenderung untuk berulang sendiri selama bertahun-tahun.
Tanda dan gejala jangkitan saluran kencing berbeza mengikut jantina, umur dan lokasi jangkitan tersebut.
Walaupun begitu, simptom biasa yang sering dilaporkan termasuklah kerap kencing, sakit semasa kencing, air kencing tidak terkawal, air kencing keruh atau berbau, nanah atau kencing berdarah.
Individu yang terlibat, terutama sekali wanita akan berasa sakit di bahagian pubis. Simptom yang lain akan bergantung kepada organ saluran kencing yang dijangkiti.
Simptom jangkitan saluran kencing untuk kaum lelaki selalunya serupa dengan wanita. Kadangkala, jangkitan pada sistem urinari bahagian bawah boleh mengakibatkan kesakitan di bahagian rektum buat kaum lelaki.
Anda haruslah berunding dengan doktor jika mempunyai tanda dan gejala yang disenaraikan seperti di atas, terutama sekali sekiranya ia berkait rapat dengan aktiviti kencing anda.
Hubungi doktor anda dengan segera jika demam masih berlarutan selepas 48 jam mengambil antibiotik atau gejala berlaku semula selepas mengambil ubat-ubatan.
Punca utama di sebalik jangkitan saluran kencing ialah sejenis bakteria bergelar Escherichia coli (E.coli) yang sering ditemui dalam usus. Ia merangkumi 80% hingga 85% daripada jumlah kes. Akan tetapi, kuman lain juga boleh menjadi punca kepada penyakit ini.
Apabila kuman ini berada di permukaan kulit atau berhampiran dengan lubang dubur, kuman ini akan berpindah ke saluran kencing atau bahagian lain.
Salah satu sebab risiko untuk mendapat jangkitan ini lebih tinggi dalam kalangan wanita adalah kerana jarak antara saluran kencing dan dubur lebih pendek berbanding lelaki.
Bakteria juga boleh masuk ke dalam sistem urinari melalui tiub kencing atau kateter yang digunakan untuk tujuan perubatan, masalah batu karang atau kecacatan sejak lahir yang mengakibatkan saluran kencing tersumbat.
Apa sahaja keadaan yang mengganggu proses pengosongan pundi kencing atau kerengsaan saluran kencing boleh mengakibatkan kencing kotor terjadi. Terdapat pelbagai faktor risiko berkait dengan penyakit ini, seperti:
Sekiranya anda mengesyaki bahawa anda mempunyai simptom kencing kotor, hubungi doktor dengan segera. Doktor akan menyemak tanda dan gejala anda serta melakukan pemeriksaan fizikal.
Untuk mengesahkan penyakit ini, doktor anda perlu menguji kuman dalam air kencing anda. Sampel air kencing yang diberikan haruslah sampel ‘tangkapan bersih’.
Ini bermaksud sampel yang diperlukan ialah aliran tengah air kencing anda, bukannya aliran awal atau penghujung. Hal ini kerana ia boleh mengelakkan pencemaran sampel daripada pengumpulan bakteria dari kulit anda.
Jika anda mengalami jangkitan saluran kencing, pengujian sampel akan mendedahkan sebilangan besar sel darah putih dalam air kencing anda.
Kajian yang lebih terperinci juga akan dijalankan iaitu kultur air kencing untuk menentukan jenis kuman yang menjadi penyebab jangkitan. Ia juga dapat membantu doktor anda untuk memilih rawatan yang paling sesuai.
Sekiranya kencing kotor disebabkan oleh virus, ujian khas mungkin perlu dilakukan. Ia sangat jarang untuk berlaku tetapi boleh dilihat dalam kalangan individu yang telah melakukan pemindahan organ atau sistem imun lemah.
Ujian darah dilakukan sekiranya doktor mengesyaki bahawa anda mempunyai jangkitan saluran kencing bahagian atas.
Ujian yang selalu dijalankan ialah profil darah lengkap dan kultur darah sebagai tambahan kepada ujian air kencing.
Kultur darah dapat memastikan bahawa jangkitan tidak merebak ke dalam aliran darah anda.
Jika anda mempunyai jangkitan yang berulang, doktor juga akan memeriksa sebarang kelainan atau halangan pada saluran kencing anda. Beberapa ujian pengimejan yang sering dijalankan termasuklah:
Rawatan kencing kotor bergantung kepada penyebabnya. Selepas menjalankan ujian dan prosedur untuk mengesahkan diagnosis, doktor anda dapat menentukan jenis kuman yang terlibat.
Dalam kebanyakan kes, kuman yang paling utama ialah bakteria. Kencing kotor yang disebabkan oleh bakteria boleh dirawat dengan antibiotik selama 7 hari.
Sebilangan kes lain pula, virus atau kulat boleh menjadi penyebabnya. Rawatan seterusnya bergantung kepada doktor untuk menggunakan jenis antivirus atau antikulat yang sesuai untuk anda.
Sudah kena sekali, pasti anda serik nak melaluinya lagi. Oleh itu, perubahan gaya hidup penting untuk membantu anda mengatasi penyakit ini seperti :
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen