backup og meta

Kegagalan Buah Pinggang: Jenis, Simptom, Punca & Rawatan

Kegagalan Buah Pinggang: Jenis, Simptom, Punca & Rawatan

Apabila buah pinggang (ginjal) anda tidak lagi berupaya untuk menapis darah menyebabkan bahan kumuh berkumpul di dalam badan, anda sedang mengalami keadaan kesihatan yang dikenali sebagai kegagalan buah pinggang.

Bagi memahami kepentingan organ tersebut kepada setiap manusia, berikut merupakan fakta ringkas berkenaan dengannya:

  1. Bagi individu sihat, buah pinggang anda berupaya untuk menapis 120 hingga 150 quart darah yang kemudiannya menghasilkan air kencing.
  2. Buah pinggang anda sentiasa bekerja untuk membuang segala bentuk toksin dan bahan kumuh di dalam badan.
  3. Buah pinggang boleh merembeskan hormon yang mampu menggalakkan penghasilan sel darah merah dan kawalan terhadap tekanan darah manusia.
  4. Buah pinggang merupakan organ penting yang mengawal keseimbangan elemen nutrisi mikro seperti kalsium, potasium dan natrium di dalam darah.

Apabila anda mengalami masalah kegagalan buah pinggang, organ tersebut tidak lagi berfungsi seperti sediakala.

Jenis kegagalan buah pinggang

Secara umumnya, terdapat dua jenis kegagalan buah pinggang; akut dan kronik. 

Kegagalan buah pinggang akut

Apabila buah pinggang anda tidak berupaya untuk menapis bahan kumuh di dalam darah secara tiba-tiba, ia dikenali sebagai kegagalan buah pinggang akut.

Jenis kegagalan organ ini boleh berlaku pada kadar yang sangat cepat dan kebiasaannya ia terjadi pada mereka yang sudah dimasukkan ke dalam hospital.

Mereka yang mengalaminya memerlukan rawatan intensif. 

Walau bagaimanapun, keadaan kesihatan ini boleh pulih terutamanya jika anda mempunyai tahap kesihatan yang sangat baik.

Kegagalan pinggang kronik

Seperti yang telah disebutkan tadi, kegagalan buah pinggang akut boleh berlaku dalam masa yang singkat.

Apabila kita bandingkan dengan keadaan kronik pula, buah pinggang mereka yang mengalaminya akan hilang fungsi secara perlahan-lahan.

Ramai orang mungkin tidak sedar akan gejala kegagalan buah pinggang kronik pada peringkat awal.

Mereka hanya akan mengalami simptom apabila kerosakan yang dialami berada pada tahap yang teruk.

Gejala dan simptom

buah pinggang gagal berfungsi

Terdapat individu yang langsung tidak mengalami sebarang simptom terutamanya jika mereka berada di peringkat awal buah pinggang gagal berfungsi.

Pun begitu, antara simptom yang boleh dialami oleh pesakit adalah seperti berikut:

Simptom lain yang boleh dialami bersama dengan gejala kegagalan ginjal adalah:

  • Sawan
  • Sakit dada
  • Koma
  • Kekeliruan
  • Loya
  • Kelesuan

Simptom yang anda alami boleh jadi berbeza mengikut tahap keterukan kegagalan ginjal.

Punca masalah kesihatan ini berlaku

Istilah kegagalan buah pinggang mempunyai konteks yang luas.

Ia boleh disebabkan oleh pelbagai jenis faktor dan keadaan kesihatan. Punca itulah yang kebiasaannya akan menentukan jenis kegagalan buah pinggang yang dialami penghidap.

Berikut merupakan antara punca yang boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang.

  1. Tisu parut atau batu karang yang menghalang saluran di organ buah pinggang.
  2. Keadaan kesihatan seperti penyakit buah pinggang polisistik, glomerulonefritis, tekanan darah tinggi dan kencing manis.
  3. Jangkitan teruk, penyakit jantung, dehidrasi, tindak balas alergi dan keadaan kesihatan yang boleh menyebabkan aliran darah ke buah pinggang terganggu.
  4. Darah beku pada sekitar atau di dalam buah pinggang.
  5. Kesan sampingan ubat dan alkohol.
  6. Antibiotik tertentu.
  7. Penggunaan ubat terapi kemo.
  8. Sindrom uremik hemolitik.
  9. Lupus.
  10. Vaskulitis.
  11. Lebihan toksin yang berasal daripada logam berat.

Komplikasi bagi kegagalan buah pinggang

Anda berisiko untuk mengalami komplikasi bagi masalah kegagalan buah pinggang jika ia tidak dirawat dengan sebaiknya.

Berikut merupakan komplikasi yang boleh anda alami:

  1. Kerosakan buah pinggang kekal (jika anda menghidap kegagalan buah pinggang kronik peringkat akhir).
  2. Lemah otot.
  3. Sakit dada.
  4. Pengumpulan cecair di dalam badan (asitis).
  5. Anemia.
  6. Sistem imun lemah.
  7. Komplikasi kehamilan (bagi wanita hamil).
  8. Kekuatan tulang merosot.

Diagnosis dan rawatan

buah pinggang gagal berfungsi

Lazimnya, fungsi buah pinggang seseorang boleh dilihat melalui ujian darah yang mengukur paras kreatinin di dalam darah.

Jika nilainya tinggi, ia bermakna buah pinggang anda tidak berfungsi dengan baik.

Keputusan ini boleh memberi petanda akan kegagalan buah pinggang walaupun pesakit tidak mengalami sebarang simptom.

Doktor anda juga mungkin akan melakukan ujian imbasan dan air kencing.

Jika keadaan begitu teruk, pengambilan sampel tisu buah pinggang (biopsi) juga boleh dilakukan.

Bagaimana anda merawat buah pinggang gagal berfungsi?

Bergantung kepada jenis kegagalan buah pinggang, rawatan boleh berbeza mengikut keperluan pesakit.

Pada kebanyakan masa, doktor mungkin hanya mempreskripsikan rawatan bagi keadaan kesihatan kronik atau komplikasi yang anda alami.

Jika buah pinggang anda tidak berupaya untuk berfungsi seperti normal, anda mungkin memerlukan dialisis.

Ia merupakan sejenis rawatan yang lazim diberikan kepada mereka yang menghidap kegagalan buah pinggang peringkat akhir.

Pun begitu, mereka yang mengalami masalah buah pinggang akut turut memerlukan dialisis pada keadaan tertentu untuk membuang toksin di dalam badan mereka semasa organ tersebut sedang kembali pulih.

Dalam kes yang lebih serius, anda mungkin memerlukan pendekatan yang lebih ekstrem untuk merawat masalah buah pinggang anda.

Sebagai contoh, ada pesakit yang memerlukan pemindahan buah pinggang bagi memperbaharui fungsi organ. 

Mereka perlu mengambil ubat seumur hidup agar badan tidak menolak buah pinggang tersebut.

Bila anda seharusnya berjumpa dengan doktor?

Jika anda pernah mengalami sebarang simptom yang tersenarai di atas, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor.

Amalan langkah pencegahan kegagalan ginjal atau rawatan pada peringkat awal boleh menghindarkan komplikasi serius.

penjagaan ginjal

Adakah masalah ini boleh dihindarkan?

Walaupun sukar untuk kita meramalkan risiko buah pinggang gagal berfungsi, terdapat beberapa langkah yang boleh menurunkan kebarangkaliannya daripada berlaku.

Antaranya adalah:

  1. Amalan gaya hidup sihat.
  2. Jika didiagnosis atau mengalami sebarang simptom, rujukan kepada doktor boleh mengurangkan risiko komplikasi.
  3. Rujuk doktor sebelum mengambil sebarang ubat bukan preskripsi.
  4. Berhenti merokok.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. The urinary tract and how it works. (https://www.niddk.nih.gov/health-information/urologic-diseases/urinary-tract-how-it-works). Diakses pada 14 Disember 2020.
  2. Chronic kidney disease basics. (https://www.cdc.gov/kidneydisease/basics.html#:~:text=If%20left%20untreated%2C%20CKD%20can,stage%20renal%20disease%20(ESRD).). Diakses pada 14 Disember 2020.
  3. Glomerulonephritis. (https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/glomerulonephritis/symptoms-causes/syc-20355705). Diakses pada 14 Disember 2020.
  4. Acute kidney failure. (https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/kidney-failure/symptoms-causes/syc-20369048). Diakses pada 14 Disember 2020.
  5. Chronic kidney disease. (https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/chronic-kidney-disease/symptoms-causes/syc-20354521). Diakses pada 14 Disember 2020.
  6. Global facts: About kidney disease. (https://www.kidney.org/kidneydisease/global-facts-about-kidney-disease). Diakses pada 14 Disember 2020.

 

Versi Terbaru

04/05/2021

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ini 5 PUNCA UTAMA Tekanan Darah Tinggi, Ada Kaitan Dengan Buah Pinggang!

Penghidap Batu Karang Buah Pinggang MESTI Kurangkan Makanan Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 04/05/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan