backup og meta

Penghidap Batu Karang Buah Pinggang MESTI Kurangkan Makanan Ini!

Penghidap Batu Karang Buah Pinggang MESTI Kurangkan Makanan Ini!

Tahukah anda, ada beberapa jenis makanan tinggi oksalat yang dianggap sebagai pantang larang batu karang? Apakah jenis makanan tersebut?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.

Apakah maksud oksalat penyebab batu karang buah pinggang?

Oksalat adalah sejenis sebatian atau molekul yang boleh didapati dalam kebanyakan tumbuh-tumbuhan dan juga tubuh manusia.

Dalam tumbuhan, oksalat ini berfungsi menyingkirkan lebihan kandungan kalsium.

Oleh sebab itu, oksalat banyak dijumpai dalam tumbuh-tumbuhan berbanding sumber makanan lain.

Namun tubuh manusia tidak begitu memerlukan oksalat. Malah, terlalu banyak oksalat dalam tubuh sebenarnya boleh menyebabkan batu karang. sekali gus dianggap pantang larang batu karang.

Bagaimana tubuh badan memproses oksalat penyebab batu karang buah pinggang?

Apabila kita makan makanan yang mempunyai oksalat, oksalat akan melalui saluran pencernaan tubuh kita.

Ketika di dalam saluran pencernaan, oksalat akan bercantum atau melekat dengan kalsium dan akan disingkirkan melalui najis atau air kencing.

Namun, jika terlalu banyak oksalat melalui kawasan buah pinggang, ia boleh membentuk batu karang buah pinggang.

Semakin tinggi tahap oksalat dalam tubuh, maka semakin besar risiko anda untuk mendapat batu karang jenis ini. 

Baca juga:

Pantang larang batu karang #Perlukah saya mengurangkan pengambilan makanan jenis ini?

Sekiranya seseorang itu berisiko tinggi untuk mendapat batu karang buah pinggang, maka risiko tersebut boleh dikurangkan dengan mengurangkan pengambilan makanan tinggi oksalat.

Namun, ada juga kajian menyatakan bahawa anda tidak semestinya perlu mengelakkan makanan yang tinggi oksalat ini.

Cukup dengan memastikan anda juga mengambil sumber kalsium yang mencukupi. Ini kerana, oksalat dalam tubuh anda dapat disingkirkan apabila ia bercantum dengan kalsium.

Oksalat akan bercantum dengan kalsium semasa proses pencernaan makanan sebelum ia sampai ke bahagian buah pinggang anda.

Dengan itu, risiko pembentukan batu karang buah pinggang juga akan semakin berkurangan.

pantang larang batu karang

Pantang larang batu karang #Apakah jenis makanan yang perlu dikurangkan dan perlu dielak?

Jumlah oksalat yang disarankan boleh diambil dalam tubuh hanyalah 50 miligram setiap hari.

Namun, jumlah oksalat dalam sumber makanan anda juga bergantung kepada jenis makanan, cara penyediaan, cara ia dimasak dan beberapa faktor lain.

Berikut adalah jenis makanan yang perlu diambil perhatian sekiranya anda berisiko untuk mendapat batu karang buah pinggang:

Makanan rendah oksalat atau garam, antara pantang larang batu karang

  • Minuman: kopi, jus buah, jus sayuran, susu
  • Buah-buahan: epal, aprikot, avokado, pisang, anggur, lemon, limau, oren, betik, pic, pir, nanas, oren, strawberi, kelapa
  • Sayur-sayuran: asparagus, rebung buluh, brokoli, kubis, bunga kubis, jagung, timun, salad, cendawan, bawang, kacang pis
  • Bijirin: mi kuning, roti rye, bijirin tanpa tambahan kacang, beras putih
  • Daging: daging, ikan, ayam, telur, ikan dalam tin, keju cheddar
  • Lemak atau minyak: mentega, marjerin, krim, minyak mayonis

pantang larang batu karang

Makanan dengan kandungan oksalat sederhana

  • Minuman: susu coklat, susu beras, teh, coklat panas
  • Buah-buahan: beri hitam, beri biru, ceri, koktel buah, mangga, prun dan plum
  • Sayur-sayuran: kacang panggang, lobak merah, saderi, kacang hijau, tomato
  • Bijirin: roti putih, roti jagung, beras perang, spageti, tauhu
  • Lemak dan minyak: kacang Macadamia, kacang pistachio, walnut

Pantang larang batu karang #Makanan tinggi oksalat

  • Minuman: minuman coklat campuran, susu soya, teh ais segera
  • Buah-buahan: buah aprikot kering, beri merah, buah tin, kiwi, plum, koko
  • Sayur-sayuran: kekacang, ubi bit, terung, kucai, daun bawang, bendi, daun pasli, bayam, pes tomato, kentang
  • Bijirin: barli, tepung jagung putih, kentang goreng, kek buah, produk kacang soya, keledek, roti bijirin penuh
  • Lemak dan minyak: mentega kacang, kacang kering, miso, kekacang (badam, gajus, kacang tanah), bijan

pantang larang batu karang

Hanya kurangkan pengambilannya

Namun, anda tidak semestinya perlu mengelakkan makanan ini. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, anda perlu memperbanyakkan pengambilan sumber kalsium sekiranya anda mengambil makanan tinggi oksalat. Antara sumber makanan tinggi kalsium adalah seperti:

  • Brokoli
  • Vitamin C
  • Kacang parang
  • Kacang kuda
  • Susu
  • Ikan sardin bersama tulang
  • Ikan salmon
  • Yogurt
  • Keju

Selain itu, anda juga perlu meminum banyak air kosong untuk mengelakkan pembentukan batu karang buah pinggang.

Namun, jika anda sememangnya berisiko tinggi mendapat batu karang, atau telah mempunyai batu karang, cuba untuk hadkan atau elakkan makanan tersebut bagi mengurangkan risiko.

Selain itu, kurangkan juga makanan tinggi garam. Ini kerana, makanan yang tinggi garam juga boleh menyebabkan batu karang buah pinggang dek kehadiran kalsium berlebihan di dalam urin. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Kidney Stone Diet Plan and Prevention. https://www.kidney.org/atoz/content/diet, Accessed on Dec 25, 2021
  2. Kidney Stones: Oxalate-Controlled Diet. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/11066-kidney-stones-oxalate-controlled-diet, Accessed on Dec 25, 2021
  3. How To Eat A Low Oxalate Diet. https://kidneystones.uchicago.edu/how-to-eat-a-low-oxalate-diet/, Accessed on Dec 25, 2021
  4. Low-Oxalate Diet. https://www.winchesterhospital.org/health-library/article?id=196214, Accessed on Dec 25, 2021
  5. The Kidney Stone Diet: Nutrition to Prevent Calcium Oxalate Kidney Stones. https://www.thekidneydietitian.org/kidney-stone-diet/, Accessed on Dec 25, 2021

Versi Terbaru

06/10/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Batu Karang: Berapakah Tempoh untuk Melepasinya?

AWAS! Anda Boleh Dapat Batu Karang Jika Selalu Ambil 3 Jenis Makanan Ini


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 06/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan