home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

PELIK! Ini 9 Pencetus Asma Paling Ganjil Di Dunia, Ada Yang Alami Asma Disebabkan Keju?

PELIK! Ini 9 Pencetus Asma Paling Ganjil Di Dunia, Ada Yang Alami Asma Disebabkan Keju?

Tahukah anda, ada beberapa penyebab asma yang kedengaran agak pelik bagi kita yang tidak mengalami penyakit lelah ini. Realitinya, pencetus asma yang kedengaran agak pelik ini sememangnya berlaku.

Sempena Hari Asma Sedunia tanggal 4 Mei ini, kami kongsikan artikel mengenai top 9 pencetus asma paling pelik di dunia.

Jom baca!

Pencetus asma 1: Kumbang kura-kura (ladybug)

penyebab asma

Percaya atau tidak, ada daripada kalangan kita yang akan mengalami asma disebabkan oleh kumbang kura-kura ini.

Dalam kajian pada tahun 2006, terdapat penduduk di Kentucky, Amerika Syarikat yang dilaporkan mengalami peningkatan kes simptom alahan yang berkaitan dengan serangan kumbang jenis ini.

Pakar menyatakan bahawa simptom yang berlaku tersebut berkemungkinan disebabkan oleh debu yang terhasil selepas kumbang itu mati dan mereput.

Penyebab asma 2: Penyaman udara atau aircond

Terdapat kajian yang menunjukkan bukti bahawa penyaman udara juga boleh menjadi pencetus kepada asma.

Ada beberapa faktor yang memungkinkan ia berlaku, antaranya penurunan suhu yang drastik, kulat dan debu daripada udara luar.

Oleh sebab itu, kita disarankan untuk menukar penapis penyaman udara dengan kerap bagi mengelakkan asma tercetus dengan mudah.

Pencetus asma 3: Keju jadi pencetus kepada asma?

pencetus asma

Ya, ada kajian yang menyatakan bahawa keju juga boleh menjadi punca kepada berlakunya asma.

Namun, ia bukanlah disebabkan oleh keju itu sendiri, tetapi lebih kepada faktor kulat yang ada dalam keju tersebut.

Kulat boleh menjadi pencetus untuk asma berlaku. Mungkin tidak ramai yang mengetahui, kulat memainkan peranan yang penting dalam penghasilan keju.

Penyebab asma 4: Makanan pedas

Makanan pedas adalah antara jenis makanan yang amat digemari ramai terutamanya di negara-negara Asia.

Namun, tidak semua individu boleh bertahan dengan tahap kepedasan makanan ini.

Malah, ada yang boleh mendapat asma disebabkan makanan pedas.

Asma yang dicetuskan oleh makanan pedas biasanya disebabkan oleh asid refluks.

Makanan pedas akan merangsang penghasilan asid perut yang berlebihan. Jika asid perut berlebihan, ia boleh memasuki paru-paru dan ruang laluan udara dalam tubuh.

Pencetus asma 5: Ribut petir

Mungkin kedengaran agak lucu, namun ia sememangnya berlaku. Ada kajian menyatakan, rawatan bagi simptom asma akan meningkat dengan mendadak setiap kali selepas ribut petir berlaku.

Ini kerana, bijian debunga tumbuhan akan pecah semasa ribut petir dan melepaskan alergen ke udara.

Kemudiannya, ia disebarkan oleh angin kencang daripada hujan dan ribut petir, sehingga akhirnya menyebabkan peningkatan risiko serangan asma pada sesetengah individu.

Penyebab asma 6: Menangis atau ketawa

Ia bukanlah disebabkan oleh keadaan menangis dan ketawa itu sendiri, tetapi ia lebih kepada keadaan emosi yang ekstrem.

Keadaan emosi yang ekstrem seperti menangis boleh mencetuskan asma dengan cara mengubah corak pernafasan dan menyekat laluan udara dalam tubuh badan.

Keadaan ini adalah sama dengan keadaan sewaktu kita bersenam dan bersukan.

Pencetus asma 7: Pengawet makanan

Pengawet makanan juga boleh menjadi punca kepada asma. Bukan itu sahaja, ia juga boleh melibatkan pewarna makanan dan juga bahan perasa makanan.

Ini kerana, terdapat beberapa bahan dalam agen pengawet makanan ini yang boleh mencetuskan asma.

Antaranya ialah potassium metabisulfite, sodium bisulfite dan potassium bisulfite.

Ada juga yang boleh mengalami asma disebabkan kewujudan monosodium glutamat (MSG) dalam makanan yang dimakan.

Penyebab asma 8: Kesesakan trafik

Ada juga yang mengalami serangan asma sewaktu tersangkut dalam kesesakan di jalan raya.

Namun, ia bukanlah disebabkan oleh kesesakan tersebut. Ia berpunca apabila terdapatnya bahan pencemar dan asap daripada kenderaan yang memasuki kenderaan anda.

Secara umumnya, ia berkaitan dengan kualiti udara pada waktu itu.

Disebabkan jumlah kenderaan yang tinggi sewaktu kesesakan jalan raya, maka udara pada ketika itu akan menjadi lebih kotor dan tercemar.

Oleh sebab itu, serangan asma juga mudah berlaku sewaktu kesesakan jalan raya.

Penyebab asma 9: Pewangi udara

pencetus asma

Anda ada guna pewangi atau penyegar udara dalam rumah anda? Ia menyegarkan ruang dalaman rumah anda, bukan?

Namun, di sebalik fungsinya itu, ia juga boleh menjadi punca kepada asma tercetus.

Ramai yang mengalami serangan asma hanya disebabkan penggunaan pewangi udara ini.

Kajian menunjukkan, pewangi udara dan pewangi-pewangi lain amat mudah untuk merengsakan saluran udara yang sensitif.

Ini juga termasuklah lilin pewangi yang anda guna dalam rumah anda.

[health_tool_article id=”60419″]

Kesimpulan

Sekarang anda sudah mengetahui beberapa pencetus kepada serangan asma yang agak pelik di dunia.

Sekiranya ada ahli keluarga atau rakan anda yang mengalami serangan asma secara tiba-tiba, ia mungkin berpunca daripada sembilan perkara yang telah dinyatakan ini.

Jauhkan mereka daripada pencetus-pencetus ini untuk mengelakkan serangan asma menjadi lebih buruk.

Kongsikan maklumat ini kepada sesiapa sahaja yang mempunyai asma agar mereka lebih berhati-hati.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.aaaai.org/conditions-and-treatments/library/asthma-library/asthma-triggers-and-management

https://www.annallergy.org/article/S1081-1206(10)60945-3/fulltext

D’Amato, G., Vitale, C., D’Amato, M., Cecchi, L., Liccardi, G., Molino, A., Vatrella, A., Sanduzzi, A., Maesano, C., & Annesi-Maesano, I. (2016). Thunderstorm-related asthma: what happens and why. Clinical and experimental allergy : journal of the British Society for Allergy and Clinical Immunology, 46(3), 390–396. https://doi.org/10.1111/cea.12709

Claeson, A. S., Palmquist, E., Lind, N., & Nordin, S. (2016). Symptom-trigger factors other than allergens in asthma and allergy. International journal of environmental health research, 26(4), 448–457. https://doi.org/10.1080/09603123.2015.1135314

D’Amato, G., Vitale, C., D’Amato, M., Cecchi, L., Liccardi, G., Molino, A., Vatrella, A., Sanduzzi, A., Maesano, C., & Annesi-Maesano, I. (2016). Thunderstorm-related asthma: what happens and why. Clinical and experimental allergy : journal of the British Society for Allergy and Clinical Immunology, 46(3), 390–396. https://doi.org/10.1111/cea.12709

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak pada [date}
x