Glutethimide

Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 08/09/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Apa kegunaan Glutethimide?

Glutethimide biasanya digunakan untuk rawatan jangka pendek insomnia.

Bagaimanakah cara menggunakan ubat ini?

Ikut semua arahan pada label preskripsi anda. Jangan mengambil ubat ini dalam jumlah yang lebih besar atau lebih lama daripada yang disyorkan.

Bagaimana cara menyimpan?

Glutethimide paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, jangan menyimpan glutethimide di dalam tandas atau penyejuk beku.

Mungkin ada jenama yang berbeza yang mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak bungkusan mengenai penyimpanan, atau bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh dari kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Anda tidak boleh membuang glutethimide ke dalam tandas atau menuangnya ke dalam longkang kecuali diarahkan berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila telah tamat tempoh atau tidak diperlukan lagi. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut mengenai cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

gluththimide

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan ubat ini?

Sebelum menggunakannya, beritahu doktor anda jika anda alah kepada glutethimide.

Risiko-faedah harus dipertimbangkan apabila masalah perubatan berikut terjadi, seperti:

    • Halangan leher pundi kencing
    • Gangguan irama jantung
    • Glaukoma
    • Sudut-sempit
    • Ulser peptic
    • Pembengkakan prostat (prostatic hypertrophy)
    • Halangan aliran keluar gastrik (pyloroduodenal obstruction)
    • Penyalahgunaan atau ketergantungan kepaa dadah
    • Kesakitan yang tidak terkawal
    • Porphyria
    • Sensitif terhadap glutethimide

Adakah selamat untuk mengambil Glutethimide semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat mencukupi di kalangan wanita untuk menentukan risiko apabila menggunakan glutethimide semasa mengandung atau menyusukan anak. Sentiasa berunding dengan doktor anda untuk menimbangkan potensi faedah dan risiko sebelum mengambil glutethimide. Risiko kehamilan kategori C, menurut US Food and Drug Administration (FDA).

Rujukan kategori risiko kehamilan FDA seperti di bawah:

    • A = tiada risiko
    • B = tiada risiko dalam beberapa kajian
    • C = mungkin ada beberapa risiko
    • D = bukti positif risiko
    • X = bahaya digunakan (contraindicated)
    • N = tidak diketahui

Penghasilan susu ibu

Glutethimide diedarkan ke dalam susu ibu; penggunaan glutethimide oleh seorang wanita yang menyusukan bayi boleh menyebabkan bayi khayal.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampinganya?

Boleh berlaku beberapa kesan sampingan bila menggunakan ubat ini, termasuk:

  • Ruam kulit
  • Ketidakseimbangan darah
  • Sakit tekak
  • Pendarahan luar biasa atau lebam
  • Keletihan atau kelemahan luar biasa
  • Reaksi paradoks (keseronokan luar biasa)
  • Mengantuk, siang hari
  • Kabur penglihatan
  • Kecuaian
  • Kekeliruan
  • Kesan setelah mabuk
  • Sakit kepala
  • Rasa loya
  • Muntah-muntah

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin ada beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai apa-apa kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk kepada doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

gluththimide

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Glutethimide?

Glutethimide mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius.

Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Produk  yang mempunyai tindakbalas dengan ubat ini:

  • Ubat-ubatan yang menyebabkan ketagihan, terutama ubat penenang sistem saraf  pusat (CNS) dengan potensi kebiasaan.
  • Alkohol atau ubat-ubatan penenang sistem saraf pusat (CNS)
  • Ubat pencair darah, sama ada coumarin atau indandione

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Glutethimide?

Glutethimide mungkin bertindakbalas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ubat berfungsi atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda tentang apa-apa makanan atau minuman beralkohol yang berpotensi bertindakbalas sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Glutethimide?

Glutethimide mungkin bertindabalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini boleh memburukkan lagi keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Ia adalah penting untuk sentiasa memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan yang anda ada sekarang.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Sedative-hypnotic

Oral , 500 mg sebelum tidur; dos diulang jika perlu, tetapi tidak kurang daripada empat jam sebelum pesakit bangun tidur.

Nota: Warga emas atau pesakit yang lemah mungkin lebih sensitif kepada kesan dos orang dewasa biasa. Dos harian yang awal tidak harus melebihi 500 mg sebelum tidur.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Tiada dos yang disyorkan pada ibu bapa pesakit pediatrik. Ubat ini mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ia amat penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila merujuk kepada doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut

Apakah bentuk penyediaan Glutethimide

Glutethimide boleh didapati dalam bentuk dos berikut dan kekuatan:

    • Tidak terdapat secara komersial

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Voltamicin®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

DARI PAKAR Dr. Prem Kumar Chandrasekaran

Glutethimide

Ketahui mengenai Gluthethimide, ubat untuk insomnia di %%sitename%%, termasuk kaeadah penggunaan, kesan sampingan, dan tindak balasnya.

Ditulis oleh Dr. Prem Kumar Chandrasekaran
gluththimide
Ubat & Suplemen 04/04/2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Cik Abang Selalu Letih & Badan Menyusut? Itu Tanda Hormon Tak Seimbang!

Ketidakseimbangan hormon boleh menjadi punca pelbagai masalah berkaitan kesihatan, tidak kira sama ada kepada lelaki mahupun wanita.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 17/12/2020 . 3 minit bacaan

Ada Masalah Vertigo? Ini 3 Tip Tidur Lena Untuk Elak Kepala Pusing Saat Bangun Pagi

Jika anda berasa pening kepala walaupun tidak bergerak, itu adalah vertigo. Ini tip cara tidur orang vertigo untuk bantu kurangkan simptom

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 02/12/2020 . 3 minit bacaan

AWAS, Ada 7 Bahaya Jika Terlebih Tidur, Boleh Sampai Hilang Nyawa!

Tidur malam berkualiti baik untuk proses pemulihan tubuh. Tapi wujud masalah kesihatan jika tidur berlebihan. Tak percaya? Hello Doktor ada penjelasannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Tidur Berkualiti 26/11/2020 . 3 minit bacaan

Pedih Ulu Hati Tanda Anda Sensitif Terhadap Kafein, Ini Tak Sama Dengan Alergi Kopi!

Kopi, minuman pilihan ramai, terutamanya pada waktu pagi. Kandungannya merangsang badan dan minda. Tahukah anda segelintir individu mempunyai alergi kopi?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Alahan, Pusat Kesihatan 09/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

susah tidur

Cepat Penat & Susah Tidur Waktu Malam? Hati-Hati, Ia Mungkin Masalah TAK Disangka Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
melelapkan mata

Masih Tak Tidur Lagi? Cuba 5 Teknik Bernafas Ini, Bantu Anda Mudah Tidur & Lebih Lena

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 08/01/2021 . 3 minit bacaan
cara tidur ikut tempoh masa

Sukar Nak Lelap? Cuba Teknik Ini Untuk Tidur Lena Dalam Masa 10, 60 & 120 SAAT

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 29/12/2020 . 3 minit bacaan
manfaat berenang malam

Wah! Rupa-rupanya Ada Banyak Manfaat Jika Berenang Pada Waktu Malam

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 24/12/2020 . 3 minit bacaan