Ini juga merupakan satu scam sejak zaman berzaman lagi. Ini kerana kerak usus itu sendiri tidak wujud.
Jadi, bagaimana sesuatu yang tidak wujud itu boleh mengakibatkan sesuatu hal berlaku? Bagi yang mempercayainya sebelum ini, sila ubah persepsi anda segera.
Jika ini hanyalah 1 penipuan semata-mata, maka apa punca sebenar perut boroi?
#1. Diet tidak seimbang
Pengambilan makanan tinggi kandungan gula dan lemak trans adalah musuh utama bagi individu yang inginkan tubuh badan langsing.
Selain itu, makanan rendah protein dan tinggi karbohidrat juga adalah punca perut boroi. Ini kerana ia akan membuat kalian lambat kenyang lalu akan makan lebih banyak.
Jadi, sila amalkan diet seimbang mengikut saranan suku-suku-separuh okay!
#2. Kurang buat senaman
Mengapa kerak usus yang perlu dipersalahkan sekiranya anda kurang buat senaman? Ini adalah punca utama mengapa perut anda boroi.
Ini kerana seseorang yang makan lebih banyak berbanding kalori yang dibakar oleh tubuh badan, maka pertambahan berat badan akan berlaku.
Oleh itu, jangan malas dan bersenamlah untuk perut yang sihat!

#3. Stres
Dalam tubuh badan kita ada 1 hormon yang dikenali sebagai cortisol. Ia akan dirembeskan oleh tubuh badan kita setiap kali berasa tertekan untuk membantu mengawalnya. Namun, ia ada kesan sampingan.
Kebanyakan individu cenderung untuk makan ketika stres. Cortisol yang dirembeskan ini pula akan mengakibatkan kalori tersimpan di dalam perut. Kesannya, anda akan lebih mudah gemuk.
Untuk kurangkan risiko perut boroi, kawal tekanan anda.
#4. Genetik
Kadangkala, ada perkara yang kita tidak boleh ubah seperti genetik. Sekiranya anda lahir dalam keturunan yang berbadan chubby, maka anda berisiko tinggi untuk mengikuti jejak langkah mereka.
Pun begitu, ia bukanlah 1 kemestian. Anda masih boleh mengubahnya dengan menjalani hidup yang lebih sihat!
Selain itu, terdapat beberapa lagi sebab perut boroi yang lain antaranya waktu tidur tidak tetap, menghisap rokok dan meminum alkohol – kesemuanya merupakan gaya hidup yang tidak sihat.
Pun begitu, tiada satupun yang mengatakan bahawa perut boroi adalah disebabkan oleh kerak usus. Jadi, jangan mudah percaya akan sesuatu mitos sebelum mengkajinya terlebih dahulu.