backup og meta

Susah Tidur Malam? Ini 7 Tip Tidur Awal Bagi Mereka Yang Sukar Melelapkan Mata!

Susah Tidur Malam? Ini 7 Tip Tidur Awal Bagi Mereka Yang Sukar Melelapkan Mata!

Susahnya nak tidur malam! Kadang-kadang, kita sudahpun bersiap awal. Sudah buka aircond, tutup lampu dan berselimut, namun mata masih tidak mahu lelap. Bagi mereka yang mengalami kesukaran untuk melelapkan mata, kami ada beberapa tips untuk tidur awal yang mungkin dapat membantu anda.

Semua orang mempunyai rutin dan masa tidur yang berbeza. Walau bagaimanapun, itu tidak bermaksud anda boleh tidur lambat setiap hari!

Tahukah anda, ada banyak penyakit yang boleh menimpa individu yang sering tidur lewat? Antaranya diabetes, depresi dan juga penyakit jantung.

Dalam artikel kali ini, kami akan berikan beberapa cara tidur dengan cepat supaya anda tidak perlu lagi tahan mengantuk di tempat kerja!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Tidur Berkualiti, sila dapatkannya di sini.

7 tips untuk tidur awal

tips untuk tidur awal
Kesan jika anda selalu kurang tidur.

Mengapa kita perlu tidur awal dan apa kebaikan tidur awal kepada tubuh kita?

Tidur malam yang lena sangat penting untuk memastikan kesihatan kita sentiasa terjaga.

Selain itu, kebaikan tidur awal juga dapat mengurangkan tekanan darah dan menurunkan risiko penyakit yang berkaitan dengan jantung.

Tetapi, bagaimana hendak tidur awal, sekiranya mata tidak mahu lelap?

Di bawah, kami akan senaraikan beberapa tips untuk tidur awal untuk mereka yang sukar melelapkan mata.

Mengapa anda perlukan tidur yang mencukupi?

Tip tidur awal #1. Lakukan perubahan kecil

Sekiranya anda sudah terbiasa tidur pukul 2-3 pagi, sudah tentulah anda akan alami kesukaran untuk tidur pada jam 10 malam!

Manakan tidak, ritma sirkadian anda perlulah ditukar secara perlahan-lahan. Anda perlulah lakukan perubahan-perubahan kecil supaya badan tidak terkejut!

Sebagai contoh, cuba tetapkan target waktu tidur setiap hari. Jika semalam anda tidur pukul 2 pagi, hari ini cuba lelapkan mata pada pukul 1.45 pagi.

Lakukan perkara ini setiap hari sehingga anda boleh tidur pada waktu yang diingini.

Tips untuk tidur awal #2: Cipta rutin tidur

Sebelum tidur, pastikan anda mempunyai rutin yang tersendiri. Dengan cara ini, badan akan tahu sudah tiba masanya untuk tidur.

Sebagai contoh, anda boleh tutup TV atau sebarang peralatan elektronik, buka aircond, cuci muka, berus gigi atau baca buku sebelum tidur.

Mengapa anda perlu tutup telefon bimbit sebelum tidur? Sebenarnya, handphone anda memancarkan sejenis cahaya yang dikenali sebagai ‘blue light’.

Pendedahan terhadap cahaya ini akan mengurangkan penghasilan hormon melatonin yang bertanggungjawab untuk memastikan anda tidur lena.

[embed-health-tool-bmi]

#3. Bangun tidur awal hari-hari

Termasuklah pada waktu cuti. Sebenarnya, bukan waktu tidur malam sahaja penting, masa bangun tidur juga sama!

Elakkan tidur lewat pada malam minggu. Jadi, tahan diri daripada berjaga semalaman. Jika tidak, habislah semua usaha anda akan jadi sia-sia.

Sekiranya anda ingin mendapatkan tidur yang mencukupi, kuncinya ialah konsistensi. Jadi, mahu tak mahu, anda terpaksa bangun dan tidur awal setiap hari walaupun pada waktu cuti.

Tips untuk tidur awal #4: Berhenti tidur siang

tips untuk tidur awal
Elakkan tidur lama pada waktu siang.

Power nap selama 10-20 minit tidak menjadi masalah. Namun, jika anda tidur siang selama 2-3 jam setiap hari, pasti anda tidak boleh tidur lena pada waktu malam.

Kalau boleh, elakkan tidur siang terlalu lama. Jika anda rasa penat, tidur sebentar atau tahan sehingga waktu malam.

Cara tidur dengan cepat #5. Jaga makan sebelum tidur

Satu lagi tips untuk tidur awal ialah kurangkan makan sebelum tidur. Minuman yang mengandungi kafein seperti teh dan kopi boleh membuatkan tidur anda terganggu. Pengambilan alkohol yang berlebihan pula boleh menyebabkan insomnia.

Sekiranya anda sukar tidur, cuba minum teh kamomil atau makan kekacang seperti kacang walnut atau almond. Makanan dan minuman ini mungkin dapat membuatkan anda rasa mengantuk dan lebih mudah tidur malam.

#6. Pantau masa tidur anda

Kini, ada banyak aplikasi atas talian yang boleh digunakan untuk memantau jumlah tidur anda setiap hari.

Aplikasi ini bukan sahaja boleh mengingatkan anda waktu tidur, ia juga boleh memberi amaran sekiranya anda terdedah dengan ‘blue light’ terlalu lama.

Selain itu, aplikasi ini juga selalunya datang dengan banyak lagi fungsi lain. Jika anda merupakan seorang yang sukakan teknologi, apa kata anda cuba download sleep tracker sekarang.

Tips untuk tidur awal #7: Jangan lupa lakukan senaman

bersenam
Bersenam dapat membuatkan anda tidur dengan lebih lena pada waktu malam.

Senaman sangat penting untuk meningkatkan kualiti tidur. Ketika bersenam, badan akan membakar banyak tenaga.

Oleh sebab itu, kita perlukan tidur yang mencukupi untuk memastikan badan dapat pulih seperti sediakala.

Tetapi, jangan pula bersenam sebelum tidur! Aktiviti ini boleh melambatkan penghasilan melatonin. Akibatnya, anda lebih sukar tidur malam dan akan berjaga lebih lama daripada biasa.

Sekiranya anda ingin tidur awal, cuba bersenam pada waktu petang supaya ia tidak mengganggu waktu tidur.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 5 Reasons Why You Should Go to Sleep Early Tonight. https://www.reva.edu.in/blog/5-reasons-why-you-should-go-to-sleep-early-tonight. Accessed on January 27, 2023.
  2. How To Train Yourself To Go To Sleep Earlier. https://www.sleepfoundation.org/sleep-hygiene/how-to-go-to-sleep-earlier. Accessed on January 27, 2023.
  3. Sleep hygiene. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/sleep-hygiene. Accessed on January 27, 2023.
  4. Sleep Hygiene. https://www.sleepfoundation.org/sleep-hygiene. Accessed on January 27, 2023.
  5. Tips for Better Sleep. https://www.cdc.gov/sleep/about_sleep/sleep_hygiene.html. Accessed on January 27, 2023.
  6. How to fall asleep faster and sleep better. https://www.nhs.uk/every-mind-matters/coronavirus/how-to-fall-asleep-faster-and-sleep-better/. Accessed on January 27, 2023.

Versi Terbaru

21/11/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Sakit Kepala Lepas Bangun Tidur? Ini Mungkin Angkara Hipoglisemia Nokturnal

Anak Tak Nak Tidur Malam? Mama, Jangan Bimbang! Cuba 11 Cara Ini Dulu...


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 3 jam lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan