Maka, anda kena ambil contoh makanan penurun darah tinggi dengan cepat seperti dalam senarai:
#1. Makanan laut yang kaya dengan Omega-3
Makanan laut terutama ikan kembung, tuna, sardin, salmon dan lain-lain kaya dengan kandungan Omega-3 dikatakan mempunyai efek penurun tekanan darah tinggi yang sangat efektif.
Menurut The Journal Nutrition, pengambilan ikan yang tinggi dengan Omega-3 sebanyak tiga kali seminggu dikaitkan dengan penurunan tekanan darah diastolik dan penstabilan sistolik.
Namun, jangan banyak menambah garam ketika memasak ikan atau risiko hipertensi tidak hilang!

Makanan penurun darah tinggi dengan cepat #2. Sayur
Sayur-sayuran hijau seperti bayam, kailan, kubis, sawi dan salad mengandungi kalium, magnesium dan serat sekali gus menjadikan ia sangat bagus untuk penghidap darah tinggi.
Apa yang lebih menarik, sayur juga adalah antara komponen utama di dalam saranan bagi suku-suku separuh di dalam pinggan hidangan lantas membuat anda tiada alasan untuk menolak.
Makanan penurun darah tinggi dengan cepat #3. Buah
Buah-buahan tinggi nutrisi seperti pisang, tembikai, avokado dan pelbagai jenis beri mengandungi nitrat selain kalium, magnesium, antioksidan serta banyak lagi vitamineral.
Nitrat inilah yang mempunyai kemampuan untuk menyeimbangkan kadar natrium sekali gus akan mengurangkan tekanan darah di samping melindungi sel-sel tubuh badan daripada rosak.
#4. Produk tenusu terutama susu dan yogurt
Ada dua jenis produk tenusu yang dipercayai bagus buat penderita tekanan darah tinggi ekoran ia tinggi dengan kandungan kalsium dan rendah dengan kandungan lemak – susu dan yogurt.
Susu turut mengandungi sebatian peptida yang mampu menurunkan tekanan darah tinggi apabila ia diminum sekurang-kurangnya satu cawan pada setiap hari untuk kesan yang lebih jelas.

Yogurt pula mengandungi probiotik yang turut boleh memainkan peranan sama iaitu menurunkan tekanan darah tinggi lantas menjadikan ia sebagai salah satu minuman yang sangat sesuai.
#5. Kekacang dan coklat hitam
Ada banyak jenis kekacang yang bagus bagi tujuan menstabilkan tekanan darah termasuk kacang serinding, kacang pistachio dan lain-lain tetapi mungkin tidak boleh lawan khasiat coklat hitam.
Kajian BMC Medicine pada tahun 2010 menyatakan bahawa coklat hitam boleh menjadi makanan penurun darah tinggi bagi individu yang tinggi risiko menghidap prahipertensi atau hipertensi.
Ini kerana coklat hitam amat tinggi dengan flavonoid, sejenis antioksidan yang mampu membantu merendahkan tekanan darah tinggi di samping melebarkan saluran dan melancarkan aliran darah.
Konklusinya, wujud banyak jenis makanan penurun darah tinggi dengan cepat namun ia mungkin memerlukan lebih banyak kajian lanjut. Dapatkan informasi dan nasihat doktor tentangnya!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen