home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Ada Apa Dengan Tidur (1)

Ada Apa Dengan Tidur (1)

Kita menghabiskan banyak masa untuk tidur iaitu sekitar 1 per 3 daripada hidup (6 jam sehari). Namun, tidak ramai yang tahu mengenainya. Banyak masalah kesihatan yang terkait dengan kualiti tidur. Walaupun nampak mudah sekadar menutupkan mata, ia sebenarnya merupakan satu proses fisiologi yang sangat penting untuk mengekalkan kesihatan badan.

Kemajuan teknologi perubatan membolehkan kita memahami fisiologi tidur. Alatan utama yang menyumbang kepada perkembangan bidang ini adalah electroencephalogram (EEG).

Kitaran tidur

Terdapat 2 kitaran:

  1. Bukan Pergerakan Mata Laju atau Non-Rapid Eye Movement (NREM).
  2. Pergerakan Mata Laju atau Rapid Eye Movement (REM).

Kitaran NREM mempunyai 4 peringkat bermula daripada peringkat 1, diikuti dengan 2, 3 dan 4. Kemudian, berpindah kepada kitaran REM. Walau bagaimanapun, seseorang tidak kekal dalam kitaran REM dalam baki waktu tidur. Sebaliknya akan bertukar antara NREM dan REM di sepanjang malam.

NREM merangkumi 75% hingga 80% daripada keseluruhan waktu tidur, manakala REM merangkumi baki 20% hingga 25%. Semasa kitaran REM, mata akan bergerak laju ke arah yang berbeza. Hal yang sama tidak berlaku dalam kitaran NREM.

Apa yang berlaku semasa NREM?

Seperti yang disebutkan di atas, kitaran ini mempunyai 4 peringkat dan ia adalah permulaan kepada kitaran tidur sebelum masuk kepada REM.

Peringkat 1: Peringkat ini adalah transisi antara kitaran tidur kecuali bagi bayi dan penghidap narkolepsi di mana kitaran bermula dengan REM. Anda paling mudah terjaga semasa peringkat ini. Ia berlaku selama 1 hingga 7 minit.

Peringkat 2: Anda lebih susah dikejutkan berbanding di peringkat 1. Kadar degupan jantung mula perlahan dan suhu badan menurun. Tubuh sedang bersedia untuk memasuki tidur yang dalam. Peringkat ini berlangsung selama 10 hingga 25 minit.

Peringkat 3 dan 4: Ini adalah fasa tidur yang dalam dan susah untuk dikejutkan. Jika terbangun pada waktu ini, anda akan berasa bingung dan keliru. Peringkat 3 selama hanya beberapa minit manakala peringkat 4 boleh berlaku selama 20 hingga 40 minit. Semasa peringkat ini, tubuh akan memperbaiki tisu, membina otot dan tulang serta menguatkan sistem ketahanan badan.

Semakin berumur, tempoh tidur dalam anda semakin berkurang. Ia juga membuatkan tempoh tidur secara am berkurang meskipun masih memerlukan tempoh yang lama.

Sambung baca:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Disemak pada 03/09/2018
x