Pada tahap awal kanser, tumor ini selalunya sukar untuk dikesan. Saiznya juga terlalu kecil untuk dirasai. Sebab itulah, doktor akan melakukan mamogram untuk mengesan kanser.
Bukan semua kanser payudara tahap empat akan menyebabkan pertumbuhan tumor yang bersaiz besar. Namun, kebanyakan wanita dapat merasai ketulan di kawasan buah dada atau bawah ketiak.
2. Perubahan pada tekstur kulit

Ada beberapa jenis kanser payudara yang akan menyebabkan perubahan pada sekitar kawasan kulit.
Penyakit Paget merupakan sejenis kondisi yang jarang berlaku. Ia berkait rapat dengan kanser payudara. 1-4% wanita yang menghidap kanser payudara turut menghidap peyakit Paget.
Penyakit ini akan menyebabkan kawasan puting berubah warna. Perubahan ini selalunya menandakan kanser payudara pada tisu di belakang puting.
3. Keluar cecair abnormal dari puting
Benar, penghasilan sebarang cecair yang abnormal pada kawasan puting boleh menyebabkan sesiapa sahaja jadi risau.
Namun, cecair yang abnormal pada kawasan puting bukanlah satu-satunya tanda kanser. Ia boleh berlaku disebabkan pelbagai lagi sebab lain.
Namun, sekiranya pesakit mempunyai ketulan di kawasan payudara yang disertai dengan pengeluaran cecair abnormal, ini merupakan antara tanda kanser payudara tahap akhir.
Cecair ini mungkin berwarna kuning cair seperti nanah atau kemerah-merahan.
Baca juga:
4. Sakit pada kawasan payudara

Wanita akan mula rasa sakit apabila kanser membesar dan merebak. Sel kanser itu sendiri tidak akan menyebabkan kesakitan. Namun, ia boleh membesar dan merosakkan tisu di sekelilingnya.
Tumor yang bersaiz besar juga boleh menyebabkan ulser atau lebam pada kawasan payudara. Ia juga boleh merebak ke kawasan tulang dan otot berdekatan lalu menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan.
5. Insomnia disebabkan kanser payudara tahap 4
Disebabkan kesakitan yang pesakit alami, mereka mungkin akan mengalami kesukaran untuk tidur malam. Masalah ini akan menyebabkan mereka menghidap insomnia.
Insomnia merupakan antara tanda kanser yang sering diabaikan. Rasa letih dan sukar tidur malam merupakan antara simptom kanser yang paling kerap berlaku.
6. Rasa letih sepanjang masa

Keletihan merupakan simptom yang paling lazim berlaku dalam kalangan penghidap kanser.
Menurut dapatan yang dimuatkan dalam jurnal Oncologist, hampir 25-99% pesakit kanser akan rasa letih semasa rawatan manakala 20-30% pula selepas rawatan.
Penghidap kanser tahap 4 mungkin akan rasa letih sepanjang masa sehingga ia mengganggu kehidupan harian pesakit.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen