backup og meta

Ini Faktor Risiko KANSER Paling Utama, Bukannya Cara Diet @ Gaya Hidup!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/02/2023

    Ini Faktor Risiko KANSER Paling Utama, Bukannya Cara Diet @ Gaya Hidup!

    Umum mengetahui bahawa ada banyak faktor risiko kanser itu terjadi kepada kita termasuk cara diet, gaya hidup, pendedahan terhadap bahan kimia tertentu dan juga lain-lain.

    Meskipun kesemua faktor risiko ini akan memainkan peranan yang sangat penting, ada satu lagi aspek lain yang sebenarnya paling utama kepada penyakit kanser yakni genetik.

    Persoalannya, bagaimana genetik itu boleh jadi faktor risiko kanser utama? Jom baca artikel!

    Apa maksud kanser yang sebenar?

    Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), setiap 1 daripada 6 kematian di seantero dunia ini adalah disebabkan oleh kanser dan ia adalah punca individu maut yang kedua paling tinggi selepas penyakit organ jantung.

    Apa sebenarnya kanser ini? Kanser adalah terma umum yang bawa maksud penghasilan, pertumbuhan serta penyebaran sel-sel abnormal di dalam tubuh badan manusia.

    Ia akan bermula sebagai sel baharu kononnya untuk menggantikan sel lama di dalam tubuh badan namun ia akan berkembang dengan pesat lantas menjejaskan sempadan genetik.

    faktor risiko kanser

    Kanser juga boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat tubuh badan. Bermula dengan tahap 1, tahap 2, tahap 3 dan yang paling akhir lagi teruk, iaitu tahap 4.

    Ada kemungkinan untuk ia berjaya dirawat melalui prosedur kemoterapi, radiasi, pembedahan atau ketiga-tiganya, namun sangat bergantung kepada jenis dan tahap kanser.

    Apa kaitan faktor risiko kanser dengan genetik?

    Kebiasaannya, orang ramai mungkin beranggapan bahawa jika ada ahli keluarga menghidap kanser, maka anda juga akan berisiko tinggi untuk menghidap penyakit yang sama.

    Sebenarnya, ia mungkin kurang tepat kerana ada juga anak yang menghidap kanser tapi tidak ibu bapa mereka. Namun, ada beberapa jenis kanser yang mungkin boleh diwarisi.

    Kesemua jenis kanser di atas ini mungkin akan agak tinggi risiko buat individu jika ada dalam kalangan ahli keluarga dengan kondisi sama namun peratusannya itu bukan 100%.

    Ini kerana faktor risiko kanser genetik ini mungkin akan lebih bahaya jika ia digabungkan bersama aspek lain seperti cara diet, gaya hidup serta pelbagai faktor risiko yang lain.

    Soalan penting yang anda perlu tanya…

    faktor risiko kanser

    Kita perlu faham, memang benar bahawa genetik itu adalah faktor risiko kanser yang paling utama jika hendak dibandingkan dengan aspek-aspek yang lain. Jadi, bersedialah dengan lebih awal lagi.

    Namun, adalah agak sukar untuk mengetahui jika ada ahli keluarga yang menghidap kanser terutamanya jika mereka di susur galur atas dan jauh, atau ia memang sengaja disorokkan.

    Disebabkan itu, sila selidik senarai perkara-perkara di bawah ini untuk dapatkan lebih kepastian:

    1. Adakah anda ada ahli keluarga rapat (ibu, bapa, adik-beradik) dan ahli keluarga pada darjah 1 (saudara-mara) yang menghidap jenis kanser sama?
    2. Adakah anda ada saudara-mara yang menghidap kanser sebelum usia mereka 50 tahun?
    3. Adakah anda ada saudara-mara yang menghidap lebih daripada 1 jenis kanser sahaja?

    Sekiranya ketiga-tiga soalan ini sudah terjawab dan terdorong kepada risiko yang tinggi untuk anda dapat kanser juga, apa perlu anda buat? Tenang, terus baca saranan di bawah.

    Lakukan ini untuk kesan & lawan kanser!

    Usai sahaja anda menyelidik dan mengkaji sejarah keluarga, adalah sangat penting untuk anda bertindak bagi mengesan dan melawan jika memang benar tinggi risiko kanser.

    #1. Segera periksa risiko kanser

    Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah segera berjumpa doktor untuk buat pemeriksaan kanser bagi menilai faktor, risiko serta simptom-simptom penyakit kanser ini.

    Antara simptom yang mungkin anda boleh waspada sebelum jumpa doktor adalah kewujudan ketuat, benjolan, ketulan atau ketumbuhan di bahagian tertentu pada tubuh badan.

    faktor risiko kanser

    #2. Ubah cara diet anda

    Apa yang anda makan dan minum itu sangat penting dalam usaha untuk mencegah serta mengelak penyakit-penyakit termasuklah kanser. Disebabkan itu, sila ubah cara diet anda.

    Untuk tubuh badan yang lebih sihat, anda perlu ambil lebih banyak nutrisi daripada sayur-sayuran, buah-buahan tinggi dengan vitamin dan mineral bagi meningkatkan sistem imunisasi.

    #3. Tukar gaya hidup anda

    Dalam pada itu juga, anda perlu untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dengan cara banyak bergerak, bersenam dan berehat secara seimbang untuk tubuh badan lebih sihat.

    Cuba untuk tinggalkan dan buang tabiat buruk seperti menghisap rokok, mengambil alkohol dan lain-lain aktiviti faktor risiko kanser lain agar ia dapat dibendung dengan lebih awal.

    Konklusinya, memang benar genetik itu adalah antara faktor risiko paling utama yang kita semua tidak boleh elak namun ia masih boleh dikawal dengan ikhtiar daripada diri sendiri!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan