backup og meta

Kenapa Ada Yang Suka Tidur Dengan Selimut Walaupun Panas?

Kenapa Ada Yang Suka Tidur Dengan Selimut Walaupun Panas?

Mengapa ada antara kita yang gemar tidur dengan selimut toto? Walaupun panas, ada yang tidur berselubung dengan selimut hingga ke pagi. Kalau tidak ada selimut, tidur rasa tidak lengkap. Ada juga yang gunakan langkah ini sebagai cara mudah tidur malam. Tak ada selimut, tidak lenalah tidur!

Sebenarnya, penggunaan selimut ketika tidur merupakan sesuatu yang baharu. Pada zaman dahulu, selimut merupakan aksesori tidur yang sangat mahal.

Malah, selimut merupakan sesuatu yang sangat berharga sehinggakan ia diwarisi dari satu keturunan ke keturunan yang seterusnya.

Namun, harga selimut kini sudah semakin murah. Anda boleh beli selimut di pasar raya atau secara atas talian serendah RM50.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan mengapa ada antara kita yang tidak boleh tidur malam tanpa selimut toto dan bagaimana anda boleh tidur malam dengan lebih lena.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Tidur Berkualiti, sila dapatkannya di sini.

Mengapa ada yang perlu tidur dengan selimut toto?   

Kategori insomnia yang perlu anda ketahui.
Kategori insomnia yang perlu anda ketahui.

Pernahkah anda dengar mengenai ritma sirkadian? Ritma sirkadian merupakan jam biologi badan. Waktu tidur dan waktu bangun pagi merupakan antara proses yang dipengaruhi ritma sirkadian.

Pada waktu malam, suhu persekitaran dan suhu badan akan mula menurun, terutamanya sebelum tidur.

Ritma sirkadian membolehkan badan mengenal pasti bilakah masa yang terbaik untuk tidur. 1 jam sebelum benar-benar lena, suhu badan akan mula menurun.

Apabila kita memasuki fasa tidur REM (rapid eye movement), badan tidak lagi boleh melakukan regulasi suhu.

Pada waktu inilah, selimut memainkan peranan yang penting! Ia memastikan badan kita terus hangat sepanjang malam.

Jika suhu terlalu rendah, kita akan terjaga dari tidur. Perkara yang sama juga berlaku ketika cuaca panas.

5 cara mudah tidur pada waktu malam

  1. Kekal konsisten. Pastikan anda tidur dan bangun tidur pada waktu yang sama setiap hari, termasuklah pada hari cuti.
  2. Pastikan bilik tidur selesa dan senyap. Gunakan lampu malap. Jika rumah anda mempunyai pendingin hawa, setkan pada suhu yang selesa.
  3. Jangan main telefon sebelum tidur. Tutup TV, telefon pintar dan laptop.
  4. Jangan makan terlalu banyak sebelum tidur.
  5. Bersenam. Senaman pada waktu siang dapat membantu anda tidur lebih lena pada waktu malam.

Tetapi mengapa ada yang terus gunakan selimut walaupun panas?

Basuh selimut secara berkala bagi menjaga kebersihan tempat tidur.
Basuh selimut secara berkala bagi menjaga kebersihan tempat tidur.

Ramai yang terus menggunakan selimut toto walaupun pada waktu panas kerana ia menyebabkan kita rasa selesa dan selamat.

Malah, penggunaan selimut juga telah menjadi sebahagian daripada rutin harian. Tanpa selimut, tidur kita rasa tidak lengkap.

Penggunaan selimut, terutamanya selimut yang berat dapat membuatkan badan merembeskan lebih banyak serotonin. Serotonin memainkan peranan penting dalam fungsi badan.

Ia bertanggungjawab dalam meregulasi mood, masa tidur, proses penghadaman, penyembuhan luka, kesihatan tulang, pembekuan darah dan keinginan seksual. Tahap serotonin yang tinggi boleh membantu kita tidur dengan lebih lena.

Baca juga:

Selimut tebal dapat membantu anda memperbaiki kualiti tidur.
Selimut tebal dapat membantu anda memperbaiki kualiti tidur.

Sekiranya anda menghidap depresi atau kegelisahan, selimut pemberat (weighted blanket) mungkin dapat membantu. Kajian menunjukkan, penggunaan selimut dapat meningkatkan rembesan serotonin.

Menurut kajian yang dimuatkan di dalam Journal of Sleep Medicine & Disorders pada tahun 2015, mereka yang menggunakan selimut toto pada waktu malam dapat tidur dengan lebih lena.

Kajian yang dimuatkan dalam American Journal of Occupational Therapy juga mendapati individu yang sering rasa gelisah merupakan golongan yang akan mendapat manfaat paling besar daripada penggunaan selimut ini. Sekiranya anda mencari cara mudah tidur malam, cuba gunakan selimut pemberat!

Tidak dinafikan, penggunaan selimut dapat membantu anda tidur dengan lebih lena. Selain itu, anda juga kurang berisiko untuk mengalami masalah mood yang merupakan punca utama tahap serotonin anda rendah.

Tip menjaga selimut toto agar kekal lama:

  1. Lipat sebelum simpan. Jangan biarkan toto tidak berlipat dalam bakul terlalu lama.
  2. Basuh selimut 2 kali sebulan. Gunakan pencuci yang lembut dan basuh dengan air sejuk.
  3. Sayangi selimut anda. Selepas menggunakannya, pastikan anda lipat dan letak di atas katil dengan tertib. Jangan biar selimut tidak berlipat sepanjang hari. Amalan ini mungkin akan menyebabkan selimut mudah rosak.
  4. Jangan keringkan selimut menggunakan dryer. Cara yang terbaik adalah dengan menyidainya di bawah cahaya matahari.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Circadian Rhythm. https://www.sleepfoundation.org/circadian-rhythm. Accessed on November 15, 2022.
  2. How to Sleep Better. https://www.helpguide.org/articles/sleep/getting-better-sleep.htm. Accessed on November 15, 2022.
  3. Serotonin. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/22572-serotonin. Accessed on November 15, 2022.
  4. Sleep tips: 6 steps to better sleep. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/in-depth/sleep/art-20048379. Accessed on November 15, 2022.
  5. Study shows weighted blankets can decrease insomnia severity. https://aasm.org/study-shows-weighted-blankets-can-decrease-insomnia-severity/. Accessed on November 15, 2022.
  6. Tips for Better Sleep. https://www.cdc.gov/sleep/about_sleep/sleep_hygiene.html. Accessed on November 15, 2022.

Versi Terbaru

22/10/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

Anak Tak Nak Tidur Malam? Mama, Jangan Bimbang! Cuba 11 Cara Ini Dulu...

Cepat Penat & Susah Tidur? Awas, Ia Mungkin Akibat Masalah Yang Tak Disangka Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 22/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan