backup og meta

Hilangkan Dagu Berlapis, Nak Jawline On Point? Ini 6 Senaman Yang Boleh Diamalkan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 27/06/2023

    Hilangkan Dagu Berlapis, Nak Jawline On Point? Ini 6 Senaman Yang Boleh Diamalkan!
    Memiliki dagu berlapis pastinya boleh mencacatkan penampilan diri, terutamanya bagi wanita. Tetapi ada ke cara hilangkan lemak bawah dagu ya?
    Bagi gadis-gadis sudah tentu akan mencari jalan untuk mengatasinya dan mencuba apa pun cara untuk kelihatan menarik dan memiliki garis rahang yang on point!
    Jika anda antara yang mencari-cari cara untuk dapatkan garis rahang yang cantik, ini 5 jenis senaman yang mungkin boleh dicuba.
    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Badan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Apakah yang menyebabkan dagu berlapis?

    Sebelum mengetahui cara hilangkan lemak bawah dagu, jom kita fahami punca double chin ini.

    Dagu berlapis, juga dikenali sebagai lemak submental, adalah kondisi biasa yang berlaku apabila lapisan lemak terbentuk di bawah dagu anda.

    Dagu sebegini juga sering dikaitkan dengan kenaikan berat badan, tetapi individu yang mempunyai berat badan berlebihan turut boleh memilikinya.

    cara hilangkan lemak bawah dagu

    Selain itu, faktor genetik atau kulit yang lebih ‘longgar’ akibat penuaan juga boleh menyebabkan masalah ini.

    Beberapa faktor yang berbeza bergabung dalam badan menghasilkan dagu yang berlapis.

    Memahami faktor-faktor ia terjadi mungkin dapat membantu anda untuk memahami akan cara menghilangkan masalah itu sendiri.

  • Faktor umur
  • Kulit boleh mulai kehilangan keanjalannya seiring pertambahan usia, yang boleh menyebabkan penampilan kulit yang kurang ketegangan atau kendur sehingga terjadinya masalah lemak di garis rahang ini.

    • Faktor genetik

    Genetik juga mungkin memainkan peranan pada mereka yang memiliki dagu berlapis.

    Sesiapa sahaja yang mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit genetik yang menyebabkan masalah keanjalan kulit seperti dagu berlapis, berisiko untuk mengalami keadaan yang sama.

    • Diet dan berat badan

    Walaupun kenaikan berat badan tidak selalunya menjadi penyebab dagu berlapis, ia turut dapat menyumbang kepada faktornya.

    Makanan tinggi kalori, makanan yang diproses, dan kandungan lemak tidak sihat boleh mempengaruhi kenaikan berat badan dan masalah lemak di bahagian dagu.

    cara hilangkan lemak bawah dagu

    • Postur badan

    Postur yang lemah dapat melemahkan otot leher dan juga dagu. Ini boleh menyebabkan dagu mulai berlapis dari masa ke masa, kerana kulit di sekitarnya akan hilang keanjalannya ketika otot tersebut tidak digunakan.

    Sekiranya anda mempunyai masalah ini dan ingin menyingkirkannya, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan.

    Cara hilangkan lemak bawah dagu melalui senaman

    Walaupun tidak ada bukti saintifik yang menyatakan latihan yang berfungsi untuk menghilangkan dagu berlapis, anda masih boleh mencuba beberapa cara runcingkan dagu berikut.

  • Latihan bola
  • Letakkan bola berukuran 9 sehingga 10 inci di bawah dagu anda. Kemudian, tekankan dagu anda ke bawah bola dan ulangi senaman ini 25 kali setiap hari.

    Baca juga:

    • Straight jaw jut

    Condongkan kepala anda ke arah belakang dan lihat ke arah siling. Kemudian, tolak rahang bawah anda ke hadapan untuk merasakan regangan di bawah dagu.

    Kekalkan kedudukan rahang selama 10 kiraan dan rehatkan rahang anda serta kembalikan kepala anda ke posisi yang neutral.

    • Regangan lidah, antara cara hilangkan lemak bawah dagu

    Melihat lurus ke depan, kemudian julurkan lidah anda sejauh mungkin dan angkatkan lidah ke atas dan ke arah hidung anda.

    Seterusnya, tahan posisi ini selama 10 saat dan lepaskan.

    • Regangan leher

    Condongkan kepala ke arah belakang dan melihat siling. Kemudian, tekan lidah anda ke arah lelangit mulut anda.

    Tahan posisi ini selama 5 sehingga 10 saat dan lepaskan.

    • Bottom jaw jut, cara hilangkan lemak bawah dagu

    Bermula dengan mencondongkan kepala ke belakang dan lihat siling. Pusingkan kepala ke arah kanan dan gerakkan rahang bawah anda ke hadapan.

    Kemudian, tahan posisi ini selama 5 sehingga 10 saat dan lepaskan. Ulangi proses tersebut dengan kepala anda berpusing ke belah kiri.

    Teknik diet dan senaman

    Sekiranya dagu berlemak anda berpunca daripada kenaikan berat badan, penurunan berat dapat menjadikannya lebih kecil atau menghilangkannya secara total.

    cara hilangkan lemak bawah dagu

    Cara hilangkan lemak bawah dagu yang terbaik dengan menurunkan berat badan melalui pemakanan yang sihat dan bersenam secara teratur.

    Beberapa garis panduan pemakanan yang sihat adalah:

    • Makan hidangan sayur setiap hari
    • Makan 3 hidangan buah setiap hari
    • Gantikan bijirin halus dengan bijirin penuh
    • Elakkan makanan yang diproses
    • Makan protein tanpa lemak, seperti ayam dan ikan
    • Makan lemak sihat, seperti minyak zaitun, alpukat, dan kekacang
    • Elakkan makanan bergoreng
    • Makan produk tenusu yang rendah lemak
    • Kurangkan pengambilan gula
    • Amalkan kawalan porsi makanan

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 27/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan