backup og meta

Warna Lidah Normal Merah Jambu? Ini Cara Nak Tahu Kesihatan Lidah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/01/2022

    Warna Lidah Normal Merah Jambu? Ini Cara Nak Tahu Kesihatan Lidah

    Jika dibandingkan dengan gigi atau gusi, lidah adalah bahagian di dalam mulut yang mungkin sering kali diabaikan. Disebabkan itu, tidak ramai tahu akan warna lidah normal yang sihat.

    Melalui warna lidah juga, individu akan dapat tahu sama ada ia sihat atau tidak. Selepas itu pula, barulah kita semua mampu rancang bagaimana untuk jaga tahap kesihatannya.

    Persoalannya, apa dia warna lidah normal yang sihat dan bagaimana cara untuk kita semua jaga tahap kesihatannya? Untuk tahu dengan lebih lanjut, jom teruskan membaca artikel ini!

    Rupanya, ini dia warna lidah normal yang sihat!

    Ya, memang benar bahawa umumnya lidah itu berwarna merah sama ada lebih cerah atau lebih gelap tonanya. Pun begitu, ia boleh jadi berbeza bergantung kepada individu itu juga.

    Bukan itu sahaja, warna merah pada lidah ini juga mungkin disertai oleh bintik bersaiz kecil dan berwarna putih bernama papila. Kewujudannya itu adalah kunci kesihatan organ ini.

    Menurut Pakar Pergigian Dr. Puneet Ahuja dari Sri Balaji Action Medical Institute di India, warna lidah yang sihat adalah merah jambu dan disertai dengan bintik yang kecil dan putih.

    “Jika lidah anda bukan berwarna merah jambu sebaliknya hitam, kuning, putih atau merah menyala serta tiada papila di atasnya, maka itu bermakna lidah anda adalah tidak bersih dan tidak sihat”, jelas beliau lagi.

    warna lidah normal

    Jadi, sila segera periksa warna lidah anda di hadapan cermin dan jumpa doktor untuk pengesahan lebih lanjut. Kemudian, pertimbangkan untuk amal cara jaga kesihatan lidah anda.

    Bagaimana cara jaga kesihatan lidah?

    Ia mungkin bukan satu perkara yang mudah untuk dilakukan kerana lidah itu akan digunakan setiap hari malah setiap saat oleh individu dalam pelbagai aspek kehidupan kita semua.

    Jika diabaikan, maka organ ini cenderung untuk timbul masalah yang ditandai dengan perubahan warna, tekstur atau fungsi. Dalam kes lebih teruk, boleh jadi punca kanser lidah.

    Maka dengan itu, kita semua wajar ambil tahu cara jaga kesihatan lidah yang baik seperti berikut:

    #1. Banyakkan minum air kosong

    Rasanya, semua orang sudah tahu bahawa kita semua perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas atau 2 liter dalam masa satu hari agar tubuh badan kekal terhidrasi.

    Bukan sahaja pada tubuh badan, lidah anda juga mungkin akan dapat manfaat melalui cara ini kerana cukup air dapat menghindarkan lidah daripada menjadi kering atau kotor.

    Dengan itu, anda bukan sahaja dapat memastikan lidah lebih bersih dan sihat malah dapat mengurangkan risiko terkena ulser mulut akibat keadaan lidah yang tidak bagus.

    warna lidah normal

    #2. Dapatkan warna lidah normal dengan perbanyakkan kumur air garam

    Dalam usaha untuk menjaga kesihatan lidah juga, anda mungkin perlu berkumur dengan air garam bagi menghalang segala pertumbuhan mikroorganisme pada lidah dan mulut anda.

    Caranya, campurkan separuh gelas air suam serta setengah sudu air garam dan gunakan campuran tersebut untuk berkumur. Buat ini setiap hari dan anda akan dapat lihat hasilnya.

    Menurut British Dental Journal, kumuran ini sangat penting dan akan beri manfaat dalam meningkatkan tahap pH di dalam mulut sehingga mampu menghindarkan segala anasir tidak baik.

    #3. Bersihkan lidah dengan alat khas boleh bantu anda dapatkan warna lidah normal

    Dr Euan Swan dari Canadian Dental Association di Kanada mendedahkan bahawa permukaan lidah manusia sudah biasa jadi habitat untuk bakteria penyebab bau mulut hidup.

    Selain mengakibatkan bau mulut yang tidak menyenangkan, ia juga akan menghilangkan warna lidah yang sihat sekali gus menyebabkan perubahan pada warna, tekstur dan fungsi.

    Jika ia dibiarkan, maka bakteria itu mungkin akan beralih ke bahagian lain seperti gigi dan gusi. Maka, adalah sangat penting untuk mulut dan lidah kerap serta segera dibersihkan dengan baik.

    warna lidah normal

    Bagaimana? Anda perlu untuk mencuci lidah serta gusi setiap kali anda memberus gigi dengan menggunakan alat pembersih lidah khas yang boleh diperoleh di klinik atau farmasi.

    Di samping itu, gabungkan juga cara jaga kesihatan lidah ketiga ini dengan yang pertama serta kedua tadi bagi mendapatkan lidah, gusi dan gigi yang lebih kuat, selamat lagi sihat.

    #4. Elakkan pakai perhiasan pada lidah

    Akhir sekali, anda perlu elak daripada menggunakan perhiasan pada lidah seperti tindik kerana ia hanya akan meningkatkan risiko terkena jangkitan bakteria atau mikroorganisme.

    Tidak hanya itu, besi yang digunakan sebagai alat perhiasan itu juga akan merosakkan lidah kerana ia akan merosakkan saraf sekali gus menyebabkan lidah kehilangan kepekaan.

    Konklusinya, sila ambil tahu cara jaga kesihatan lidah agar kita semua dapat mengekalkan warna lidah normal yang sihat yakni merah jambu dengan bintik kecil dan putih di atasnya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan