“Kenapa lelangit bengkak ya? Susah betul nak minum dan makan sekiranya lelangit rasa pedih dan sakit. Nak bercakap pun susah! Sebenarnya, apa punca lelangit bengkak yang saya alami sekarang?”
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
“Kenapa lelangit bengkak ya? Susah betul nak minum dan makan sekiranya lelangit rasa pedih dan sakit. Nak bercakap pun susah! Sebenarnya, apa punca lelangit bengkak yang saya alami sekarang?”
Bagi mereka yang sedang alami masalah ini, ketahuilah bahawa ia merupakan satu perkara yang sangat lazim.
Ada banyak punca yang boleh menyebabkan lelangit menjadi bengkak dan sakit. Antaranya, anda mungkin makan makanan yang kasar sehingga melukakan lelangit, minum air panas ataupun mengalami alahan!
Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan mengenai punca lelangit bengkak dan sakit serta bila anda perlu berjumpa doktor untuk rawatan lanjut!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mulut, anda boleh klik di sini.
Lelangit bukanlah satu kawasan yang kita boleh lihat dengan mata sendiri. Jadi, sukar untuk kita nampak jika ada sebarang ruam atau luka pada kawasan tersebut.
Namun, antara simptom yang boleh diperhatikan ialah:
Lelangit kita merupakan satu kawasan yang lembut dan sangat sensitif. Ia mudah melecur jika anda termakan atau terminum sesuatu yang panas.
Luka melecur selalunya akan pulih dengan sendirinya dalam masa 3-7 hari tanpa rawatan. Walau bagaimanapun, jumpa doktor secepat mungkin jika luka yang dialami serius dan mendatangkan kesakitan yang amat sangat.
Selain itu, makanan seperti gula-gula, roti yang keras atau bijirin sarapan pagi boleh melukakan lelangit anda.
Gula-gula yang pecah mempunyai permukaan tajam yang boleh mencalarkan lelangit. Calar ini boleh menyebabkan lelangit anda rasa sakit dan mula membengkak.
Ulser kanker merupakan luka kecil yang boleh terbentuk pada mana-mana tisu dalam kawasan mulut. Selalunya, ia berwarna putih atau kuning dengan keliling yang berwarna merah.
Ulser ini boleh membuatkan anda rasa sakit dan pedih ketika makan.
Ada banyak perkara yang boleh menyebabkan ulser kanker. Antaranya ialah kekurangan vitamin B-12, stres, perubahan hormon, jangkitan atau luka kecil pada mulut.
Jarang sekali ulser boleh menyebabkan penyakit yang serius. Anda boleh dapatkan ubat ulser di farmasi atau klinik berdekatan.
Baca juga:
Kadangkala, sakit tekak pun boleh menyebabkan lelangit anda sakit.
Golongan yang paling terkesan dengan sakit tekak yang disebabkan oleh jangkitan virus ialah kanak-kanak, perokok, mereka yang bekerja dalam bangunan tertutup dan juga individu dengan sistem imun yang lemah.
Antara simptom jangkitan virus ialah sakit tekak ketika menelan atau bercakap, tonsil yang berwarna merah, demam, sakit badan dan batuk-batuk.
Sekiranya simptom tidak pulih dalam masa 24 jam, jumpa doktor secepat mungkin. Sakit tekak yang berpanjangan boleh menjadi tanda penyakit yang serius seperti cacar air atau campak.
Sekiranya lelangit anda bengkak, ia mungkin berlaku disebabkan ulser biasa. Mungkin, anda kurang minum air atau demam sehingga ia menyebabkan ulser pada mulut.
Namun, jangkitan virus herpes juga boleh menyebabkan lepuh pada mulut. Virus ini boleh tinggal dalam mulut bertahun-tahun lamanya sebelum menunjukkan sebarang simptom.
Virus ini juga boleh muncul semula ketika anda rasa tertekan, sakit atau mempunyai sistem imun badan yang terjejas.
Jarang sekali lelangit yang bengkak menjadi punca atau tanda kanser mulut.
Kanser mulut merupakan sejenis penyakit serius yang menyebabkan sel-sel kanser merebak dan menjangkiti tisu mulut yang lain.
Ia boleh bermula pada kawasan lidah, gusi, lelangit dan mana-mana sahaja kawasan mulut yang lain.
Kanser mulut yang dikesan awal mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk dirawat.
Oleh sebab itu, sekiranya lelangit anda masih lagi sakit selepas 10 hari atau 2 minggu, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Jika lelangit anda sakit sehingga mengganggu aktiviti harian, anda boleh:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen