backup og meta

4 Punca Sakit Kepala Semasa Berpuasa Dan Cara Mengatasinya

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 15/03/2024

    4 Punca Sakit Kepala Semasa Berpuasa Dan Cara Mengatasinya

    Banyak orang yang berpuasa di bulan Ramadan mengaku mengalami sakit kepala ketika puasa. Ada juga orang yang baru merasakan sakit kepala yang berulang semasa berpuasa.

    Sebenarnya, apakah punca sakit kepala pada bulan Ramadan? Bagaimana cara menghilangkan sakit kepala agar puasa tetap lancar? Jangan bimbang, sakit kepala ketika puasa boleh diatasi dengan mudah. Sila baca selanjutnya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Saraf & Otak, sila dapatkannya di sini.

    Punca sakit kepala semasa berpuasa

    Bagi setiap orang, punca sakit kepala ketika puasa adalah berbeza-beza. Ini bergantung kepada keadaan fizikal anda dan tahap sakit kepala yang dirasakan. Berikut adalah empat kemungkinan yang ada.

    1. Dehidrasi semasa berpuasa

    sakit kepala ketika puasa

    Bila anda tak minum banyak air ketika berbuka puasa sehingga sahur, anda berisiko mengalami dehidrasi.

    Dehidrasi atau kekurangan air menyebabkan isi padu otak mengecut dan tidak mendapatkan oksigen yang cukup. Akibatnya, selaput otak menghantar isyarat rasa sakit ke seluruh bahagian otak.

    Simptom dehidrasi selain sakit kepala adalah letih, otot kejang, sukar menumpukan perhatian, air kencing berwarna pekat atau gelap, serta kulit sangat kering hingga bersisik atau mengelupas.

    2. Hipoglisemia

    Hipoglikemia adalah keadaan kesihatan di mana paras glukosa (gula) darah di dalam badan anda menurun secara drastik.

    Gula sangat diperlukan oleh otak sebagai sumber tenaga untuk berfungsi seperti biasa. Maka, apabila anda tidak makan atau minum apa-apa selama berjam-jam, tubuh yang kekurangan glukosa tak boleh mengepam darah ke otak.

    Hal ini menyebabkan anda sakit kepala ketika puasa, rasa pusing, mual, dan fikiran jadi bercelaru. Jika tidak segera ditangani, ia boleh menyebabkan pengsan atau tidak sedar diri.

    3. “Ketagih” kafein

    punca sakit kepala

    Adakah anda mengalami ketagihan kafein? Jika anda tidak boleh melalui sehari sahaja tanpa beberapa cawan kopi, sakit kepala semasa berpuasa mungkin disebabkan oleh simptom putus kafein.

    Semasa berpuasa, anda tentu tidak boleh minum kopi seperti biasa atau bahkan anda tidak minum kopi sama sekali. Anda berisiko mengalami simptom putus kafein.

    Simptomnya antara lain adalah sakit kepala, letih, mual, cemas, gelisah, sukar menumpukan perhatian. Simptom putus kafein boleh berlangsung bermula dari seharian penuh hingga dua bulan. Bergantung kepada kekerapan anda mengambil minuman berkafein.  

    4. Perubahan pola tidur

    sakit kepala ketika puasa

    Di bulan Ramadan, anda mungkin mengalami perubahan pola tidur kerana harus bangun lebih pagi untuk sahur. Akibatnya, anda mungkin mendapatkan kurang tidur atau jam biologi berubah. Hal ini berisiko menyebabkan sakit kepala ketika puasa.

    Ini adalah kerana, kajian dari Missouri State University membuktikan bahawa kurang tidur akan meningkatkan pengeluaran protein jenis tertentu di dalam otak. Protein ini mencetuskan reaksi saraf yang menjadi punca sakit kepala.

    Cara menghilangkan sakit kepala ketika puasa

    Sakit kepala semasa puasa tentu sangat mengganggu. Namun, jangan bimbang. Berikut adalah tip meredakan sakit kepala yang selamat semasa berpuasa.

    1. Lakukan urutan ringan

    Mengurut wajah dan kepala anda boleh membantu meringankan rasa sakit. Mulakan dengan membuat gerakan melingkar dengan jari, dari kedua-dua tulang pipi anda.

    Kemudian perlahan-lahan gerakkan jari ke atas, iaitu di sisi luar kedua-dua mata anda. Teruskan sehingga jari-jari anda bertemu di bahagian tengah dahi.

    Baca juga:

    2. Kompres sejuk

    Sering sakit kepala ketika puasa? Sediakan ais batu dan bungkuskannya di dalam kain lembut.

    Kemudian letakkan kompres sejuk tersebut di bahagian kepala yang sakit. Menurut seorang doktor saraf dari Michigan Headache Clinic, Dr. Edmund Messina, kompres sejuk boleh membantu meredakan keradangan saraf atau pembuluh darah di dalam otak.

    3. Cahaya yang terlalu terang punca sakit kepala ketika puasa

    cahaya komputer

    Cahaya dari komputer atau tingkap yang terlalu terang boleh membuatkan mata letih sehingga kepala semakin sakit.

    Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa ini boleh menjadi punca sakit kepala. Jadi, elakkan cahaya yang terlalu terang. Anda boleh menutup tirai atau menurunkan kontras cahaya di skrin komputer atau telefon pintar anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 15/03/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan