backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Punca Sakit Kepala Semasa Hamil Berbeza Setiap Trimester, Ini Cara Rawatannya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/03/2023

    Punca Sakit Kepala Semasa Hamil Berbeza Setiap Trimester, Ini Cara Rawatannya!

    Sepanjang tempoh mengandung, kepala kerap berdenyut? Adakah sakit kepala ketika hamil satu keadaan yang normal? Ikuti penjelasan dalam perkongsian artikel ini. 

    Normalkah sakit kepala ketika hamil?

    Bagi seorang wanita yang sedang hamil dan mengalami sakit kepala, percayalah anda tidak sendirian. Bahkan, berdasarkan kajian perubatan dilaporkan hampir 39% ibu mengandung dan selepas bersalin mengalami sakit kepala.

    Walaupun semasa tempoh mengandung anda mungkin mengalami masalah kepala berdenyut berbeza daripada yang biasa, namun kebanyakan sakit kepala semasa hamil adalah tidak berbahaya.

    Umumnya, sakit kepala pada trimester pertama kehamilan mungkin berpunca atas sebab yang berbeza daripada trimester kedua atau ketiga. 

    Dalam beberapa kes, sakit kepala mungkin menjadi tanda masalah kesihatan lain semasa kehamilan.

    Jenis sakit kepala 

    Kebanyakan sakit kepala ketika hamil adalah sakit kepala jenis utama. Ini bermakna kesakitan yang dialami berlaku dengan sendirinya.

    Ini bukan tanda atau gejala gangguan lain atau komplikasi semasa tempoh mengandung.

    Sakit kepala primer merangkumi:

    sakit kepala ketika hamil

    • Sakit kepala berpunca daripada tekanan/ sakit kepala ketegangan
    • Serangan migrain
    • Sakit kepala kluster

    Dianggarkan lebih kurang 26% sakit kepala semasa hamil adalah disebabkan tekanan. 

    Anda disarankan untuk memberitahu doktor jika mengalami sakit kepala atau migrain kronik semasa mengandung serta sekiranya mempunyai sejarah migrain.

    Sesetengah wanita yang mempunyai sejarah mendapat serangan migrain mungkin kurang mengalaminya sepanjang tempoh mengandung.

    Pun begitu, masalah migrain juga dikaitkan dengan komplikasi yang berlaku pada kehamilan atau selepas kelahiran bayi. 

    Sakit kepala sekunder pula berlaku disebabkan oleh komplikasi ketika mengandung, seperti tekanan darah tinggi.

    Punca sakit kepala ketika hamil mengikut trimester

    Ramai wanita mengalami sakit kepala semasa mengandung, ini terutamanya semasa trimester pertama dan ketiga. 

    Jika anda tergolong dalam kelompok wanita yang berbadan dua, terdapat kemungkinan besar untuk menghadapi peningkatan jumlah sakit kepala atau migrain sekitar minggu ke-19 tempoh mengandung. 

    Selain berpunca daripada perubahan hormon, sakit kepala pada peringkat awal kehamilan juga boleh disebabkan oleh peningkatan jumlah darah yang dihasilkan tubuh anda.

    Trimester pertama

    Sakit kepala ketegangan adalah perkara biasa pada trimester pertama kehamilan anda. Ia mungkin berlaku kerana tubuh mengalami beberapa perubahan pada ketika ini. 

    Perubahan berikut boleh mencetuskan sakit kepala:

    Penyebab lain sakit kepala yang kerap pada trimester pertama kehamilan termasuklah:

    • Dehidrasi
    • Pening dan muntah
    • Tekanan
    • Kurang tidur
    • Pengambilan kafein
    • Diet pemakanan yang tidak seimbang
    • Tahap gula dalam darah rendah
    • Kurang melakukan aktiviti fizikal
    • Kepekaan/ sensitif terhadap cahaya
    • Perubahan penglihatan

    sakit kepala ketika hamil

    Sesetengah jenis makanan juga boleh menyebabkan sakit kepala ketika hamil. Makanan yang menjadi punca pencetus sakit kepala mungkin berubah semasa tempoh mengandung. 

    Antara jenis makanan yang biasanya menyebabkan sakit kepala adalah seperti:

    • Produk tenusu
    • Coklat
    • Keju
    • Yis
    • Tomato 

    Trimester kedua dan ketiga

    Masalah kepala berdenyut yang berlaku pada trimester kedua dan ketiga mungkin disebabkan punca yang berbeza, antaranya:

    • Pertambahan berat badan yang berlebihan
    • Postur badan
    • Tidak mendapat tidur yang mencukupi
    • Diet pemakanan
    • Ketegangan otot
    • Tekanan darah tinggi
    • Diabetes 

    Kesakitan lain yang mungkin turut dirasai adalah:

    • Loya
    • Muntah
    • Melihat garis atau kilatan cahaya
    • Mengalami titik buta

    Masalah kepala berdenyut juga cenderung berkaitan dengan postur badan yang lemah dan ketegangan akibat membawa berat badan berlebihan. 

    Sakit kepala semasa trimester ketiga juga mungkin disebabkan oleh keadaan yang disebut preeklampsia, iaitu tekanan darah tinggi semasa kehamilan.

    Tekanan darah tinggi

    Sakit kepala ketika hamil dalam tempoh trimester kedua dan ketiga kehamilan mungkin petanda anda mengalami masalah tekanan darah tinggi. Biasanya berlaku selepas minggu ke-20 kehamilan.

    Risiko yang boleh berlaku disebabkan masalah tekanan darah tinggi:

    Cara merawat sakit kepala sepanjang tempoh mengandung

    Berdasarkan keadaan anda semasa mengandung, doktor mungkin akan mengesyorkan acetaminophen.

    Pun begitu, terdapat beberapa cara untuk meredakan sakit kepala dengan kaedah semula jadi yang boleh dicuba:

    sakit kepala ketika hamil

    1. Sekiranya anda mengalami sakit kepala sinus, letakkan mampatan hangat di sekitar mata dan hidung.
    2. Jika mengalami sakit kepala ketegangan, letakkan mampatan sejuk atau pek ais di bahagian bawah leher anda.
    3. Kekalkan paras gula darah dengan saiz hidangan makanan yang lebih kecil tetapi kerap – ini juga dapat membantu mencegah sakit kepala.
    4. Dapatkan urutan – mengurut bahu dan leher adalah kaedah yang berkesan untuk menghilangkan rasa sakit.
    5. Rehat di bilik yang gelap dan amalkan pernafasan mendalam.
    6. Lakukan mandian air suam.
    7. Amalkan postur badan yang baik, terutamanya semasa trimester ketiga.
    8. Pastikan badan mendapat rehat yang mencukupi dan sentiasa dalam keadaan tenang.
    9. Lakukan senaman secara berkala.
    10. Amalkan pemakanan seimbang.

    Pemeriksaan doktor

    Bagi menjawab persoalan utama mengenai sama ada normal atau tidak untuk mengalami sakit kepala ketika hamil, jawapannya YA. 

    Ia satu keadaan normal. Pun begitu, jika anda mengalami sakit kepala dalam tempoh mengandung, dinasihatkan untuk segera melakukan pemeriksaan doktor. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/03/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan