backup og meta

Jom Cuba, Ada Banyak Pilihan Rawatan Bagi Penyakit Kulit Psoriasis!

Jom Cuba, Ada Banyak Pilihan Rawatan Bagi Penyakit Kulit Psoriasis!

Kulit dengan penampilan tompokan merah, kering dan bersisik, tak lain tak bukan merujuk kepada penyakit psoriasis dan ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Maka, apakah pilihan ubat psoriasis yang ada?

Sebenarnya, banyak sekali pilihan rawatan yang boleh penderita psoriasis cuba! Ingin tahu? Jom baca!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Penyakit kulit psoriasis, kenal lebih lanjut!

Psoriasis, 1 kondisi yang tidak normal di mana kulit pesakit berganti dengan cepat berbanding kulit yang normal, lantas menghasilkan plak bersisik yang tebal.

Tompokan bersisik dan kemerahan ini biasanya muncul di siku, lutut, kulit kepala dan belakang bawah, tetapi ia juga boleh menjejaskan bahagian badan yang lain termasuk kuku dan tulang.

Sebilangan besar penghidap psoriasis hanya mengalami tompokan yang kecil. Tapi dalam beberapa kes pula, tompok-tompok kulit ini boleh menjadi gatal atau menyakitkan.

psoriasis

Apa sebenarnya faktor yang boleh menyumbang kepada punca psoriasis?

Malangnya, punca psoriasis masih tidak dapat dipastikan. Namun, kajian menunjukkan sistem imun dan genetik mungkin memainkan peranan utama dalam pembentukannya.

Kebiasaannya, terdapat beberapa faktor pencetus psoriasis pada kulit kepala dan badan.

Faktor-faktor yang menjadi punca psoriasis termasuklah:

Kondisi kulit ini juga boleh menyerang seseorang tanpa mengira usia atau jantina, tetapi golongan yang lebih cenderung mengalaminya adalah orang dewasa berusia 35 tahun ke bawah.

Tambah lagi, tahap keparahan psoriasis pula adalah sangat berbeza dalam kalangan pesakit.

Bagi sesetengah orang ia mungkin hanya menjadi kerengsaan kecil, tetapi bagi yang lain pula, sampai mempengaruhi kualiti hidup mereka.

Psoriasis, penyakit yang berlaku buat jangka masa panjang (kronik), yang meliputi tempoh saat tidak bergejala, bergejala ringan dan diikuti dengan waktu ketika simptom menjadi parah.

Pilihan rawatan psoriasis terbahagi kepada 3 kategori!

Untuk makluman anda, tidak ada penawar untuk psoriasis, tetapi pelbagai rawatan dan ubat psoriasis dapat membaik pulih gejala dan penampilan kulit.

Rawatan psoriasis juga bertujuan untuk menghentikan sel-sel kulit daripada tumbuh begitu cepat dan menyingkirkan kulit yang bersisik.

Terdapat 3 kategori rawatan:

  1. Topikal: Krim untuk psoriasis dan salap yang digunakan pada kulit.
  2. Fototerapi: Pendedahan kulit kepada jenis sinar ultraviolet tertentu.
  3. Sistemik: Ubat psoriasis oral dan suntikan yang berfungsi di seluruh badan.

#1 Rawatan topikal

  • Ubat psoriasis: steroid topikal: Ubat ini paling kerap digunakan untuk merawat psoriasis yang ringan hingga sederhana. Mereka boleh didapati dalam bentuk salap, krim, losen, gel, semburan dan syampu
  • Analog vitamin D: Bentuk sintetik vitamin D, seperti calcipotriene dan calcitriol yang berfungsi dengan melambatkan pertumbuhan sel kulit. Jenis ubat ini juga boleh digunakan secara sendiri atau bersama steroid topikal

ubat psoriasis

  • Retinoid: Tazarotene (retinoid topikal preskripsi generasi ketiga) boleh didapati dalam bentuk gel atau krim dan digunakan sekali atau 2 kali sehari. Tazarotene, bagaimanapun tidak digalakkan untuk wanita hamil, sedang menyusu atau yang berhasrat untuk hamil
  • Perencat calcineurin: Calcineurin inhibitors seperti tacrolimus dan pimecrolimus mengurangkan keradangan dan pengumpulan plak
  • Asid salisilik: Syampu asid salisilik dan larutan kulit kepala berupaya mengurangkan kesan sisik psoriasis. Ia boleh digunakan dengan sendirinya, atau menyokong penggunaan ubatan lain untuk menembusi kulit dengan lebih mudah

#2. Terapi cahaya

Terapi menggunakan cahaya, menjadi rawatan first-line atau ubat psoriasis tahap sederhana hingga kronik.

Ia melibatkan pendedahan kulit kepada cahaya semula jadi atau buatan secara terkawal. Selain itu, rawatan berulang mungkin perlu dilakukan.

  • Ubat psoriasis, cahaya matahari: Secara ringkasnya, pendedahan harian kepada cahaya matahari (heliotherapy) dapat membaik pulih psoriasis. Sebelum memulakan rejimen cahaya matahari, rujuk doktor tentang cara paling selamat untuk memanfaatkan cahaya semula jadi ini sebagai rawatan
  • Jalur lebar UVB: Pendedahan kepada cahaya jalur lebar UVB dalam dos yang terkawal dari sumber cahaya buatan dapat merawat masalah tompokan, dan penyebaran psoriasis yang tidak dirawat dengan terapi topikal. Kesan sampingan jangka pendek mungkin merangkumi kemerahan, gatal-gatal dan kulit kering
  • Jalur sempit UVB: Terapi sinar sempit UVB ini mungkin lebih berkesan berbanding rawatan jalur lebar UVB. Ia biasanya diberikan sebanyak 2 atau 3 kali seminggu sehingga kualiti kulit bertambah baik
  • Psoralen plus ultraviolet A (PUVA): Rawatan ini melibatkan pengambilan ubat sensitif cahaya (psoralen) sebelum terdedah dengan sinar UVA. Cahaya UVA dapat menembusi lapisan kulit yang lebih dalam berbanding cahaya UVB, dan psoralen menjadikan kulit lebih responsif terhadap pendedahan UVA. Rawatan yang lebih agresif ini secara konsisten dapat membaik pulih kulit dan sering digunakan bagi kes-kes psoriasis yang kronik
  • Excimer laser: Dengan bentuk terapi cahaya ini, cahaya UVB yang kuat bakal disasarkan terhadap kulit yang terjejas. Terapi laser Excimer memerlukan sesi yang lebih sedikit berbanding fototerapi tradisional disebabkan faktor penggunaan pencahayaaan UVB yang lebih kuat. Kesan sampingannya boleh merangkumi kulit kemerahan dan melecet

#3 Ubat psoriasis oral atau suntikan

  • Steroid
  • Retinoid
  • Methotrexate
  • Cyclosporine
  • Biologik
  • Ubat-ubatan lain: Thioguanine dan hydroxyurea adalah ubat yang boleh digunakan apabila ubatan lain tidak dapat diberikan

Jika masalah psoriasis anda masih tidak pulih, berjumpalah dengan pakar kulit untuk mengetahui rawatan yang sesuai dengan anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/psoriasis/diagnosis-treatment/drc-20355845
  2. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/psoriasis/diagnosis-treatment/drc-20355845
  3. https://www.nhs.uk/conditions/psoriasis/treatment/
  4. https://www.psoriasis.org/about-psoriasis
  5. https://www.aad.org/public/diseases/scaly-skin/psoriasis/what-is-psoriasis
  6. https://dermnetnz.org/topics/treatment-of-psoriasis/
  7. https://www.aad.org/public/diseases/psoriasis/treatment

Versi Terbaru

04/01/2023

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Selaran Matahari: Makanan Yang Membantu Melindungi Diri Anda

Rasa Sangat Gatal Pada Vagina? Ini Mungkin Petanda Psoriasis Kemaluan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 04/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan