Oleh itu, psoriasis yang tidak dirawat akan membuat kalian lebih berisiko menghidapi penyakit Crohn.
#3. Psoriatic arthritis
Psoriasis dan psoriatic arthritis adalah sangat berkaitan namun akan memberikan kesan yang berbeza kepada tubuh badan. Selain itu, kedua-dua penyakit ini berkemungkinan untuk tidak dihadapi secara serentak oleh individu. Ada individu psoriasis yang tidak mempunyai penyakit ini dan begitulah sebaliknya.
Pun begitu, psoriatic arthritis ini boleh terjadi sekiranya individu itu tidak merawat psoriasis yang dialaminya. Kesannya, ia akan mengakibatkan sendi dan tulang belakang terjejas. Tidak merawat penyakit ini pula akan mengakibatkan anda kehilangan fungsi sendi pada tubuh badan.
#4. Diabetes jenis 2

Kedua-dua penyakit ini boleh mengakibatkan keradangan yang kronik pada tubuh badan. Selain kesan penyakit psoriasis yang tidak dirawat, penyakit ini juga boleh terjadi sekiranya seseorang itu mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, meminum alkohol secara berlebihan dan diet tidak seimbang.
Dengan bantuan teknologi perubatan yang terkini, kedua-dua penyakit ini boleh dikawal dengan baik. Ubatan yang dipreskripsi doktor berupaya membuat sistem imun tubuh badan menjadi lebih kuat sekali gus mengurangkan keradangan pada tubuh badan.
Pun begitu, ada ubatan untuk merawat psoriasis yang akan membuat kandungan gula dalam tubuh badan menjadi lebih tinggi. Ini seterusnya akan mengakibatkan penyakit kencing manis menjadi lebih teruk. Ubatan ini termasuklah steroid dan cyclosporine, yang biasa diguna untuk mengurangkan keradangan.
#5. Kanser

Tidak merawat psoriasis dengan efektif juga boleh menjadi pencetus kanser walaupun sebabnya masih belum diketahui. Namun, ia mungkin mempunyai kaitan dengan keradangan yang dialami pada tubuh badan.
Menurut penelitian terhadap 37 kajian dan artikel, didapati psoriasis mungkin akan meningkatkan risiko kanser pada saluran penghadaman, saluran pernafasan, hati, pankreas dan saluran kencing.
Kajian lain pula menunjukkan bahawa individu yang ada psoriasis lebih berisiko menghidapi kanser kulit melanoma, limfoma, mulut, larings, farings, kolon, paru-paru serta buah pinggang.
Inilah 5 penyakit kronik kesan penyakit psoriasis yang tidak dirawat.
Jadi, psoriasis perlu dirawat untuk mengelakkan risiko penyakit di atas ini.
Selain itu, sila buang segala tabiat buruk anda yang hanya akan menggandakan faktor risiko keradangan tubuh badan. Segera dapatkan rawatan dari doktor sekiranya anda menghidapi simptom psoriasis ya!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen