Mempunyai penyakit psoriasis ketika sedang hamil atau menyusu boleh menyebabkan seseorang wanita stres dan rimas dengan kondisi kulitnya.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Mempunyai penyakit psoriasis ketika sedang hamil atau menyusu boleh menyebabkan seseorang wanita stres dan rimas dengan kondisi kulitnya.
Psoriasis ialah sejenis penyakit autoimun kronik, yang menjejaskan kulit. Ia berlaku apabila sistem imun menghantar isyarat salah yang akan mempercepatkan kitaran pertumbuhan sel kulit.
Kitaran yang cepat ini akan menyebabkan sel terkumpul pada kulit sehingga menjadi tebal.
Namun, bolehkah anda merawat penyakit psoriasis ketika sedang hamil atau menyusu?
Ya, merawat psoriasis dibenarkan semasa mengandung atau menyusu. Namun, individu wanita mesti mengelakkan beberapa jenis rawatan kerana ia boleh membahayakan bayi.
Mempunyai penyakit psoriasis tidak akan menghalang anda untuk hamil serta mempunyai bayi yang sihat.
Tahukah anda, kehamilan sebenarnya boleh memberikan ‘waktu rehat’ selama 9 bulan kepada segelintir wanita daripada terus menderita penyakit kulit ini? Menarik bukan!
Sekiranya gejala-gejala anda tidak reda semasa hamil, pencarian rawatan bagi merawatnya boleh menjadi satu cabaran.
Ini kerana, sebilangan ubat yang mungkin anda perlukan untuk mengawal penyakit tersebut mungkin tidak selamat untuk bayi anda.
Pun begitu, penyakit psoriasis tidak akan mempengaruhi kemampuan wanita untuk hamil. Psoriasis belum pernah dikaitkan dengan sebarang kecacatan kelahiran atau keguguran.
Satu kajian dalam Jurnal Akademi Dermatologi Amerika mendapati wanita dengan masalah psoriasis yang teruk lebih cenderung mempunyai bayi dengan berat lahir lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyainya.
Namun, kebimbangan terbesar semasa kehamilan adalah ubat yang digunakan untuk merawat psoriasis.
Sekiranya diberikan ubat-ubatan yang tidak sesuai, ia boleh menyebabkan keguguran dan kecacatan kelahiran, dan perlu dielakkan.
Bagi yang mempunyai penyakit ini, cuba jauhkan atau hadkan penggunaan ubat-ubatan yang disenaraikan di bawah.
Ubatan berikut masih belum diketahui dengan baik untuk menentukan sama ada ia selamat digunakan semasa mengandung ataupun tidak:
Jauhilah ubat-ubatan ini yang terbukti tidak selamat untuk bayi anda:
Hormon selepas bersalin ditambah dengan penyakit psoriasis yang teruk mampu mempengaruhi keyakinan si ibu.
Si ibu yang sedang menyusu dan mempunyai penyakit ini harus diberikan sokongan emosi dan fizikal sepenuhnya oleh orang sekeliling.
Para doktor boleh galakkan bakal ibu dengan menerangkan bagaimana keadaannya mempengaruhi kehidupan seharian, dan bantu individu tersebut dalam membuat rancangan penjagaan selepas bersalin yang realistik.
Seorang ibu mungkin bimbang untuk mendedahkan tubuhnya ketika menyusu, sekiranya mempunyai masalah kulit seperti luka, kulit bersisik, atau lepuh.
Sekiranya si ibu mengalami masalah arthritis di tangan, dia boleh mencuba posisi bola sepak dengan kakinya dibengkokkan di lutut atau disandarkan untuk mengangkat kepala bayi ke paras payudara.
Cara lain adalah dengan menggunakan bantal penyusuan yang rata di atas meja rendah, atau bahkan berdiri di atas kaunter tinggi agar mampu menyokong badan bayi.
Tidak lama selepas melahirkan anak, kebanyakan wanita mendapati penyakit psoriasis mereka semakin mengurang.
Malahan, ramai yang bertanya kepada pakar dermatologi mereka apa rawatan yang dapat digunakan semasa menyusu.
Ini boleh menjadi soalan sukar untuk dijawab. Tidak ada kajian mengenai ubat apa yang masuk ke dalam susu ibu.
Apa yang kita ketahui hanyalah datang daripada laporan bayi mengalami masalah ketika ibu menyusu menggunakan rawatan psoriasis.
Bagi ibu yang menyusu, ubat-ubatan berikut dianggap sebagai pilihan paling selamat:
Pendedahan bayi terhadap ubat ini adalah minimum. Sekiranya anda menggunakan ubat kortikosteroid yang kuat, elakkan menggunakannya pada atau dekat puting payudara.
Jika ia berlaku, seseorang bayi boleh mengalami tekanan darah tinggi dari ubat kortikosteroid kuat yang disapu pada puting.
Sekiranya ia termasuk dalam rancangan rawatan anda, pastikan pakar dermatologi anda memberikan dos yang dianggap selamat.
Masih tidak ada laporan mengenai fototerapi UVB yang membahayakan bayi yang menyusu badan.
Sebaik sahaja anda memutuskan untuk hamil dan mempunyai penyakit psoriasis, berbincanglah dengan OB-GYN dan pakar dermatologi anda.
Anda juga mungkin perlu mengurangkan atau tidak mengambil sesetengah jenis ubat selama beberapa minggu atau bulan sebelum mula hamil.
Selain itu, cuba atasi penyakit anda sebelum hamil. Oleh itu, anda tidak akan mengalami masalah dan memerlukan ubat semasa kehamilan.
Di samping itu, maklumkan doktor kulit atau rheumatology anda mengenai kehamilan sehingga ubat dapat disesuaikan jika diperlukan.
Pun begitu, keputusan untuk merawat psoriasis semasa hamil atau menyusu adalah keputusan peribadi anda.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen