Merupakan kacang yang penting yang dapat melindungi kerosakan kulit. Badam, walnut dan biji bunga matahari – mengandungi vitamin E – antioksidan penting yang dipercayai dapat melindungi kulit dari sinaran matahari apabila digabungkan dengan beta karoten yang terkandung dalam buah-buahan, sayuran dan juga suplemen lain.
- Jambu batu
Buahan yang kaya dengan antioksidan ini mengandungi kandungan vitamin C tinggi – penting sebagai perlindungan kulit – yang dapat menyediakan kulit kepada sinaran matahari. Anda juga boleh memilih buahan sitrus lain atau sayuran brokoli yang kaya dengan vitamin C.
- Koko
Koko yang terkandung dalam kebanyakan coklat, terutama coklat gelap bukan sahaja dapat melindungi kulit daripada selaran matahari tetapi juga mencantikkannya. Koko membantu peredaran darah dan menghidrat kulit. Memakan coklat yang tinggi kandungan koko dapat membantu menguat dan melindungi kulit daripada sinaran matahari.
- Avokado
Seperti vitamin C, vitamin E yang terkandung dalam avokado juga merupakan sumber antioksidan penting yang dapat melindungi kulit daripada kerosakan berpunca daripada radikal bebas. Vitamin E juga memainkan peranan sebagai antipenuaan. Jadi pengambilan avokado bukan sahaja dapat melindungi kulit daripada kedutan berpunca dari sinaran UVA, tetapi dalam masa yang sama anda juga melindungi kulit daripada penuaan.
- Delima
Butiran buahan kecil berwarna merah ini merupakan sumber antioksidan yang hebat yang dapat memperlahankan dan mencegah tekanan oksidatif daripada radikal bebas yang akan menjejaskan kelembutan kulit.
Anda mungkin berminat untuk membaca:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen