Kulit kepala anda ada kelemumur? Sudah banyak cara hilangkan kelemumur teruk yang anda cuba, tetapi ia tidak sembuh-sembuh dan menjadi semakin serius? Baca ini!
Kulit kepala anda ada kelemumur? Sudah banyak cara hilangkan kelemumur teruk yang anda cuba, tetapi ia tidak sembuh-sembuh dan menjadi semakin serius? Baca ini!

Kelemumur atau ketombe boleh menyebabkan sesiapa sahaja rasa rendah diri dan tidak yakin dengan diri sendiri. Ia boleh buatkan anda rasa malu dan segan untuk bertemu dengan orang lain. Bukan itu sahaja, kelemumur juga sukar untuk dirawat.
Selalunya, kelemumur biasa akan berkurangan dengan penjagaan rambut yang betul. Namun, bagaimana pula dengan mereka yang mempunyai kelemumur teruk?
Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan mengenai cara hilangkan kelemumur supaya anda tidak perlu lagi menahan kegatalan kulit kepala!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.
Kelemumur merupakan sesuatu yang biasa. Ia berlaku kepada hampir 50% populasi.
Kulit kepala gatal boleh berlaku disebabkan kondisi yang berbeza. Antaranya ialah kelemumur, dermatitis dan psoriasis.
Syampu khas untuk merawat kelemumur dapat membantu mengurangkan kegatalan.
Selalunya, kelemumur yang tidak serius boleh dirawat menggunakan syampu biasa.
Namun, sekiranya ia tidak hilang, syampu yang lebih kuat dan diformulasi khas untuk kelemumur mungkin dapat membantu.
Di bawah, kami terangkan cara hilangkan kelemumur secara semulajadi yang boleh anda cuba:

Ada beberapa jenis shampoo hilangkan kelemumur yang anda boleh beli di farmasi. Ada juga yang boleh didapati secara preskripsi. Antaranya:

Selepas membeli shampoo hilangkan kelemumur yang bersesuaian, anda perlulah urutkannya pada kulit kepala.
Jangan urut dengan kasar. Anda hanya akan membuatkan kulit kepala menjadi semakin gatal!
Biarkan syampu di atas kulit kepala selama 5-10 minit. Kemudian, bilas seperti biasa.
Sekiranya syampu yang anda beli tidak sesuai, cuba cari syampu lain yang berkesan.
Pakar menyarankan agar orang yang mempunyai kelemumur menggunakan 2 jenis syampu berbeza secara bergilir-gilir.
Sebagai contoh, gunakan syampu biasa pada hari Isnin dan Selasa. Kemudian, gunakan shampoo hilangkan kelemumur pada hari Rabu untuk elakkan kulit kepala kering.

Kadangkala, penggunaan syampu semata-mata tidak cukup untuk merawat kelemumur.
Sekiranya cara hilangkan kelemumur yang anda lakukan setiap hari tidak berkesan, cuba jumpa doktor untuk rawatan.
Antara tanda-tanda kelemumur teruk ialah:
Doktor mungkin akan:
Sekiranya kelemumur di kepala anda tidak hilang-hilang, ia mungkin bukan kelemumur tetapi penyakit lain!
Antara penyakit yang boleh menyebabkan kulit kepala berkuping ialah:
Sekiranya kelemumur yang anda alami tidak sembuh, jumpa doktor secepat mungkin.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
07/06/2024
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim
Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin