Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Cara Pakai Shawl Ikat Belakang + Tips Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung!
Ingin tahu cara pakai shawl terkini dan trendy tetapi mudah untuk digayakan? Jom cuba cara pakai shawl ikat belakang!
Selain tutorial, kami juga akan kongsikan serba sedikit mengenai cara penjagaan tudung dan juga rambut untuk wanita berhijab. Mari, teruskan pembacaan anda!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.
Cara pakai shawl atau cara lilit shawl ikat belakang
Contoh shawl mudah.
Sebenarnya, cara memakai shawl ikat belakang sangat mudah. Hanya ada beberapa langkah sahaja. Anda juga boleh menonton tutorial pakai shawl.
Caranya:
Pakai shawl seperti biasa. Pastikan kedua-dua bahagian sama panjang. Pin di kawasan dagu.
Kemudian angkat bahagian belakang tudung. Selempangkan tudung dan ikat dengan kemas.
Turunkan bahagian belakang tudung. Kemaskan tudung dan pinkan jika perlu. Siap!
Gaya tudung ini sesuai dengan apa-apa jenis material. Jadi, ia sangat versatil dan boleh digayakan sekiranya anda sudah lambat ke tempat kerja!
Jika anda ingin gaya tudung yang lebih labuh, anda boleh labuhkan bahagian depan dan pin sebelum selempang tudung ke belakang.
Jaga shawl anda dengan baik:
Jangan basuh shawl dengan mesin. Basuh dengan tangan sudah memadai.
Basuh anak tudung selepas 1-2 kali pemakaian. Walaupun kita rasa bau anak tudung kita itu OK dan masih boleh dipakai lagi, jangan ingat orang lain tak boleh hidu bau peluh kita ya!
3. Longgarkan ikatan rambut mengikut cara pakai shawl
Ramai wanita yang suka ikat rambut ketat-ketat sebelum pakai tudung. Namun, amalan ini sebenarnya akan membuatkan rambut kita lebih mudah gugur.
Jika anda suka ikat rambut, gunakan getah rambut yang diperbuat daripada kain yang lembut seperti kapas atau satin.
Elakkan penggunaan gelang getah kerana ia boleh menyebabkan rambut anda tercabut dan semakin rapuh.
4. Jangan beratkan cara pakai shawl sahaja, material juga penting!
Shawl yang pelbagai warna.
Jangan fikir cara pakai shawl sahaja, material tudung yang dipilih pun perlulah bersesuaian!
Pilih material yang ‘breathable’, contohnya kapas, sutera atau chiffon.
Elakkan penggunaan material sintetik seperti poliester atau nilon yang boleh menyebabkan geseran pada kulit kepala.
Tetapi, tidak salah jika anda gemarkan material tertentu. Jika anda rasa selesa ketika menggayakannya, apa salahnya, kan!
5. Beli produk yang sesuai dengan rambut
Akhir sekali, penjagaan rambutlah yang paling penting untuk memastikan ia kekal sihat dan kuat.
Rambut merupakan mahkota seorang wanita, jadi jangan berkira untuk berbelanja dan beli produk penjagaan rambut yang sesuai dengan anda.
Jika anda mempunyai masalah rambut kering, beli syampu dan perapi yang dapat mengurangkan masalah tersebut. Sama jugalah jika anda mempunyai masalah rambut lain.
Setiap produk mempunyai bahan aktif yang berbeza. Jika anda tidak pasti, anda boleh rujuk pada jurujual atau ahli farmasi yang bertugas.
Untuk mengelakkan rambut gugur, anda juga boleh tukar sarung bantal. Sarung bantal sutera lebih lembut dan tidak akan menyebabkan rambut gugur ketika tidur.
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
10 Hair Care Habits That Can Damage Your Hair. https://www.aad.org/public/everyday-care/hair-scalp-care/hair/habits-that-damage-hair. Accessed on January 16, 2023.
Hair Cosmetics: An Overview. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4387693/. Accessed on January 16, 2023.
Hair loss. https://www.nhs.uk/conditions/hair-loss/. Accessed on January 16, 2023.
Patient Hair Care. https://www.nationwidechildrens.org/family-resources-education/health-wellness-and-safety-resources/helping-hands/patient-hair-care. Accessed on January 16, 2023.
The Importance of a Healthy Hair Care. https://americanbeautycollege.edu/the-importance-of-a-healthy-hair-care/. Accessed on January 16, 2023.