Niat Nak Dye Rambut Tapi Tak Tahu Warna Apa? Lihat Balik Kulit & Bentuk Muka Anda!

    Niat Nak Dye Rambut Tapi Tak Tahu Warna Apa? Lihat Balik Kulit & Bentuk Muka Anda!

    Teringin untuk dye mahkota di kepala tetapi tidak pasti apa warna rambut yang cantik bagi anda?

    Ramai orang mungkin belum menemukan jawapan untuk soalan ini dan memerlukan pandangan daripada pakar atau ahli saloon. Tenang, jom baca artikel untuk tahu dengan lebih lanjut!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

    Bagaimana pilih warna rambut yang cantik?

    Seperti mana kita semua sedia maklum, manusia dilahirkan dalam variasi etnik yang tentu sahaja berbeza warna rambut, tona kulit, bentuk wajah serta lain-lain fitur bagi masing-masing.

    Bagi warna rambut, ada yang mungkin dilahirkan dengan mahkota berwarna hitam, kuning, oren, merah dan macam-macam lagi warna lain dan ini juga anugerah Ilahi kepada kita semua.

    Namun, itu mungkin tidak menghalang individu daripada mengubah warna rambut dengan cara mewarnakan atau dalam istilah mudah dye mahkota di kepala kepada warna pilihan.

    Meskipun pilihan terletak di tangan anda, namun warna itu harus sesuai dengan fitur luaran tubuh badan terutama tona kulit dan bentuk wajah agar ia tidak terlihat aneh dan cantik di pandangan.

    Persoalannya, bagaimana warna dai rambut yang cantik serta sesuai tona kulit dan bentuk wajah?

    Sesuaikan dai warna rambut dengan tona kulit!

    warna rambut yang cantik

    Pertama, anda perlu lihat serta kenal tona kulit anda terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk mewarnakan rambut agar ia terlihat lebih neutral dan tidak pula menjejaskan penampilan.

    Baca lagi artikel berkaitan:

    Tona kulit putih

    Menurut Petugas Senior Salun, Matt King dan Julien Raineieri dari Amerika Syarikat, individu yang memiliki kulit cerah mungkin tidak mempunyai masalah bagi memilih warna rambut pilihan.

    Ini kerana mereka terlihat agak sesuai menggayakan sebarang warna rambut terutama warna yang terletak dalam kategori ‘hangat’ seperti merah, kuning, oren dan lain-lain sewaktu dengannya.

    Selebriti Emma Stone adalah contoh yang anda harus ikut ketika ingin menentukan warna rambut yang cantik!

    Tona kulit gelap

    Cuba perhatikan warna rambut yang cantik milik Beyonce, Halle Berry, cukup anggun, kan! Kalau anda memiliki tona kulit yang sedikit gelap, warna rambut yang dipilih mungkin perlu lebih ‘dingin’.

    Menurut Jason Dolan, Pakar Warna Rambut dari Amerika Syarikat, warna-warna yang gelap seperti karamel, mahoni, toffee serta violet dengan versi pekat sangat sesuai untuk digayakan anda.

    Turut tidak salah juga untuk menambah shades biru, merah atau ungu, asalkan tidak terlalu menyerlah!

    warna rambut yang cantik

    Tona kulit sederhana

    Bagi masyarakat kita terutama kaum Melayu dengan kulit sawo matang, anda mungkin kena lebih berwaspada dengan warna rambut idaman supaya pilihan itu tidak menjejaskan penampilan.

    Warna yang ramai percaya ideal untuk individu dengan tona kulit ini adalah hitam, perang, coklat, emas dan lain-lain namun tidak terlalu ‘kuat’ kerana khuatir ia menenggelamkan wajah anda.

    Lihat sahaja artis Jessica Alba dengan warna rambut butterscoth, kelihatan sangat anggun bukan?

    Bagaimana mencampur warna rambut yang cantik?

    Sebenarnya, campuran warna rambut yang bagus juga adalah antara ikhtiar yang anda perlu cuba bereksperimen dan menemukan warna paling sesuai untuk anda menggayakan mahkota.

    Nasihat kami pula, dapatkan pandangan dan saranan pakar terlebih dahulu sebelum mewarnakannya.

    Sesuaikan juga warna rambut yang cantik dengan bentuk muka!

    warna rambut yang cantik

    Selain tona kulit, ada satu lagi aspek yang perlu anda pertimbangkan sebelum memutuskan untuk mewarnakan rambut iaitu bentuk muka! Ini nasihat penting daripada laman Modern Salon:

    • Bentuk wajah huruf V – Sebaiknya, anda perlu mewarnakan akar rambut di kulit kepala dengan warna lebih gelap dan mula menambahkan highlight di sekitar telinga dan rahang
    • Bentuk wajah petak – Anda boleh cuba memberikan warna yang lebih gelap di bahagian atas muka namun lebih cerah di bahagian tepi muka dalam usaha untuk menonjolkan sisi lebih ideal
    • Bentuk wajah bulat – Anda boleh cuba memberikan warna yang lebih gelap di sekitar muka tetapi sedikit gelap di bahagian atas dan bawah muka demi mengurangkan bentuk wajah bulat
    • Bentuk wajah bujur Merupakan bentuk paling fleksibel, anda boleh bereksperimen dengan pelbagai warna teras pada mana-mana bahagian bersama highlight yang juga bebas

    Konklusinya, anda perlu menentukan warna dai rambut yang cantik berpandukan pada dua aspek utama iaitu tona kulit dan bentuk muka selain faktor luaran lain seperti usia, jantina, adat, agama serta macam-macam perkara lagi. Sila dapatkan pandangan pakar terlebih dahulu ya!

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/12/2022

    Iklan
    Iklan
    Iklan
    Iklan