backup og meta

9 Sunblock Terbaik Di Pasaran, Bantu Lindungi Kulit Daripada BAHAYA Sinar UVA & UVB!

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

9 Sunblock Terbaik Di Pasaran, Bantu Lindungi Kulit Daripada BAHAYA Sinar UVA & UVB!

Sedang mencari sunblock terbaik untuk jeragat sebab hujung minggu nanti akan bercuti ke pantai? Tepat pilihan anda membaca artikel ini, sebab kami akan kongsikan 9 jenis pelindung matahari yang baik sebagai panduan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Kepentingan memakai sunblock

Apabila menyebut sunblock terbaik untuk jeragat, pasti akan ada yang bertanya, sama ke fungsinya dengan sunscreen?

Amnya, kedua-duanya mempunyai peranan utama untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari – UVA (Long Wave Ultraviolet A) dan UVB (Short Wave Ultraviolet B), atau dalam erti kata lain, pelindung matahari.

Namun secara khususnya sunblock berfungsi sebagai penghalang fizikal antara kulit dan sinaran matahari UVB yang sangat berbahaya kepada kulit kita.

Manakala sunscreen pula berperanan untuk menyerap sinaran matahari UVA dan menghalang ia daripada memasuki kulit muka. 

Sinaran UV (ultraviolet) adalah sinaran dalam cahaya matahari yang menjadi punca utama kepada masalah kulit. Ia boleh merosakkan DNA pada sel kulit.

Jadi ini bermakna sunblock atau sunscreen perlu dijadikan antara item wajib dipakai sebelum keluar rumah setiap hari, terutamanya jika melibatkan aktiviti luar dan terdedah kepada sinaran matahari, dan bukan hanya sewaktu ingin ke pantai sahaja!

sunblock terbaik

Sunblock terbaik untuk kulit wajah

Oleh sebab ia wajib dipakai setiap hari, sudah tentu anda ingin mengetahui apakah jenis pelindung matahari yang ada di pasaran, betul tak?

Berikut beberapa jenama sunblock dan sunscreen terbaik untuk semua keadaan kulit yang boleh anda jadikan panduan:

SUNPLAY Skin Aqua Super Moisture Gel SPF50+

Pelindung matahari ini diformulasikan dengan ekstrak Snow Fungus dan Nano Hyaluronic Acid yang dapat melembapkan kulit secara mendalam serta menjadikan kulit terhidrat sepanjang hari.

Selain diformulasikan dengan SPF50+ PA++++, ia juga mengandungi vitamin C untuk mencerahkan tona kulit tidak sekata dan meningkatkan keserian kulit.

Pelindung matahari ini juga tidak berminyak dan amat sesuai untuk dipakai setiap hari. Paling penting, ia tidak merengsakan dan tanpa pewarna.

Sunblock terbaik untuk kulit berminyak #Biore UV Perfect Block Milk Moisture SPF50+

Memberikan perlindungan tinggi terhadap sinaran UVA dan UVB melalui SPF50+ PA+++, krim pelindung matahari ini sesuai untuk kegunaan harian kerana ia ringan dan tidak melekit. 

Pelindungan UVA/UVB sangat berkesan untuk mengelakkan penuaan kesan kulit pramatang serta pigmentasi.

Ia mengandungi vitamin E dan ekstrak rice germ yang berfungsi sebagai primer pelembap untuk melicinkan tekstur kulit tidak sekata dan mencegah kekeringan kulit. Ia dapat menjadikan kulit lebih lembut dan mencerahkannya. 

L’Oreal UV Perfect Super Aqua Essence SPF50+

sunblock terbaik

Bukan sekadar berfungsi sebagai pelindung kulit daripada sinaran matahari dengan SPF50+ PA++++, produk keluaran L’Oreal ini juga bertindak menghalang perkembangan tompok hitam, kulit kusam dan tanda penuaan.

Dengan tekstur mudah menyerap ke dalam kulit, ia juga membantu mengawal lebihan minyak dan melindungi kulit daripada pencemaran.

Nutox Youth Restoring Solar Protect SPF45

Dengan pelindung suria spektrum luas, fungsi utamanya adalah untuk melindungi kulit wajah daripada sinar UVA dan UVB.

Dirumus dengan antioksidan untuk melawan radikal bebas, pelindung matahari ini juga diperkaya dengan B’nest Collagen & Oxyfusion yang membantu mencerah dan melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan.

Sunblock terbaik untuk jeragat #Sendayu Tinggi UV Defense Cream Matte Sunscreen SPF50

sunblock terbaik

Merupakan antara jenama kosmetik tempatan yang terkenal di pasaran, krim pelindung matahari keluaran Sendayu Tinggi ini diformulasikan dengan kandungan pelembap yang tinggi, sekali gus sesuai untuk anda dengan kulit kering.

SPF50 PA++ dalam pelindung matahari ini mampu melindungi kulit wajah daripada terdedah kepada sinaran UV.

Selain dapat membantu mengurangkan kehadiran jeragat, ia juga antipenuaan serta sesuai untuk semua jenis kulit kerana teksturnya ringan dan tidak terlalu melekit.

Cuma kekurangan produk ini adalah anda perlu menggunakan jari untuk mengambil sunscreen daripada bekasnya.

Sunblock terbaik #Cetaphil UVA UVB Defense SPF50+

Sesuai untuk digunakan pada semua jenis kulit, bahkan pelindung matahari ini juga boleh diaplikasikan bukan sahaja pada wajah tetapi juga di badan. 

Selain mengandungi vitamin E, produk Cetaphil ini juga sesuai buat mereka yang mempunyai kulit bermasalah kerana dapat melindungi kulit daripada kegatalan dan kerengsaan.

Ia menawarkan pelindungan terbaik dengan SPF 50+ daripada sinaran UVA dan UVB. Dalam masa sama, pelindung matahari Cetaphil ini juga berfungsi untuk melembut dan melembapkan kulit.

Nivea Sun Protect & Moisture SPF50

Kandungan SPF50 PA++ dapat memberikan perlindungan UVA dan UVB yang sangat berkesan. Ia juga mencegah selaran matahari dan penuaan kulit pramatang.

Pelindung matahari keluaran Nivea ini bertekstur ringan dan mempunyai formula kalis air. Ia juga mengandungi vitamin E untuk memberikan kelembapan berpanjangan.

Sunblock terbaik untuk kulit kombinasi #Nanowhite Essential Omega Day Shield Sunscreen SPF50

Produk ini dibangunkan dengan nanoteknologi dan omega White-C untuk melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB bersama SPF50 PA++.

Sesuai untuk semua jenis kulit, produk ini tidak menyumbat pori-pori dan ia berperanan mencegah kulit anda daripada bintik-bintik hitam dan menjadi gelap.

Kandungan arbutin di dalam pelindung matahari Nanowhite ini berperanan sebagai antioksidan dan menjadikan kulit lebih berseri.

Baca juga:

Garnier Bright Complete Super UV Natural SPF50+

Diformulasikan dengan Mexoryl bersama SPF50+ PA+++ untuk memberikan perlindungan kulit yang lebih sekata daripada sinaran UV berbahaya, kulit gelap dan bintik hitam.

Selain itu produk keluaran Garnier ini juga dipertingkatkan dengan teknologi vitamin C yang dapat mencerahkan kulit dan menghilangkan kusam.

Kesimpulan

Sememangnya terdapat banyak jenama dan jenis sunblock terbaik lain yang terdapat di pasaran. Namun apa yang dikongsikan ini adalah berdasarkan jenis yang paling banyak digunakan dan merupakan cadangan berdasarkan pembacaan penulis. 

Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai pelindung kulit, berundinglah dengan pakar untuk mendapatkan lebih kepastian.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. NUTOX Youth Restoring Solar Protect SPF45 PA++. https://nutox.my/product/nutox-solar-protect-spf45-pa/, Accessed on Jan 4, 2023
  2. Garnier Light Complete Super UV Natural SPF50 30ML. https://htmpharmacy.my/products/garnier-light-complete-super-uv-natural-spf50-30ml,  Accessed on Jan 4, 2023
  3. Sunplay Skin Aqua Super Moisture Gel SPF50 PA++++ 80g. https://www.hermo.my/mall/53150-sunplay-skin-aqua-super-moisture-gel-spf50-pa-80g/, Accessed on Jan 4, 2023
  4. Biore UV Perfect Protect Milk Moisture 25ml. https://www.hermo.my/mall/5861-biore-uv-perfect-protect-milk-moisture-25ml/, Accessed on Jan 4, 2023
  5. L’Oreal Paris UV Perfect Super Aqua Essence SPF50 30ml. https://www.hermo.my/mall/44383-loreal-paris-uv-perfect-super-aqua-essence-spf50-30ml-exp-nov23/, Accessed on Jan 4, 2023
  6. Nivea Sun Protect & Light Moisture Face & Body Sunscreen SPF50+ PA+++ 70ml.  https://www.hermo.my/mall/54217-nivea-sun-protect-light-moisture-face-body-sunscreen-spf50-pa-70ml/, Accessed on Jan 4, 2023  
  7. 10 Sunscreen Terbaik di Malaysia 2022. https://www.myweekendplan.asia/ms/sunscreen-terbaik-di-malaysia/#, Accessed on Jan 4, 2023
  8. Top 10 Sunscreen Terbaik Malaysia 2022 (Semua Jenis Kulit). https://www.shoptrack.my/rekomendasi/sunscreen-terbaik/, Accessed on Jan 4, 2023 
  9. 13 Krim Sunscreen/Sunblock Muka Terbaik di Malaysia 2023. https://productnation.co/my-bm/3552/sunblock-sunscreen-muka-terbaik-malaysia/, Accessed on Jan 4, 2023
  10. 22 Sunblock Terbaik 2021 Pilihan Ramai. https://bidadari.my/sunblock-terbaik/, Accessed on Jan 4, 2023
  11. 14 Sunblock Terbaik Di Malaysia Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit. https://beautyinsider.my/sunblock-terbaik-di-malaysia-yang-sesuai-untuk-semua-jenis-kulit/,  Accessed on Jan 4, 2023

 

Versi Terbaru

16/03/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Anda Punya Dagu Seperti Selebriti Popular Ini? Ada 5 Fakta Menarik Tentang Dagu Terbelah!

Orang Ada Lesung Pipit Istimewa? Ini Keunikan Lekuk Di Pipi, Manis & Nampak Muda!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 16/03/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan