backup og meta

Nak Pergi Pantai? Ini Cara Pakai Sunblock Yang Betul Kalau NAK Lindungi Kulit Anda!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/10/2022

    Nak Pergi Pantai? Ini Cara Pakai Sunblock Yang Betul Kalau NAK Lindungi Kulit Anda!

    Biasanya kalau berkelah di pantai pastinya pemakaian losyen pelindung matahari menjadi pilihan. Tetapi adakah anda tahu cara pakai sunblock yang betul apabila ke pantai?

    Tetapi bagaimana kalau berpayung semata-mata, adakah cara tersebut dapat menjaga kesihatan dan keremajaan kulit daripada proses penuaan pantas?

    Ayuh ketahui jawapannya sama ada pemakaian sunscreen adalah yang terbaik atau penggunaan payung sudah mencukupi.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

    Payung vs sunblock SPF100

    Apabila anda ke tepi pantai untuk mandi-manda atau sekadar berkelah, anda mungkin terbiasa berteduh menggunakan payung bagi mengelakkan daripada terkena cahaya matahari.

    cara pakai sunblock

    Namun, kajian terbaharu ada menyatakan, penggunaan payung semata-mata tidak begitu berkesan dalam melindungi kulit daripada cahaya matahari.

    Perbandingan ini dibuat dengan menggunakan losyen pelindung matahari atau sunblock.

    Kajian yang diterbitkan dalam jurnal JAMA Dermatology tersebut menyatakan, secara umumnya berteduh di bawah payung berkesan dalam mengurangkan kulit anda daripada terdedah kepada sejumlah cahaya ultraungu.

    Namun, kesan pengurangan tersebut sebenarnya hanyalah sedikit sahaja berbanding dengan apa yang kita percayai sebelum ini.

    Kajian tersebut mengkaji 2 kumpulan responden yang mempunyai kulit yang cerah dan mendedahkan mereka 3 jam setengah di bawah cahaya matahari.

    Kumpulan yang pertama diletakkan di bawah teduhan payung pantai manakala kumpulan kedua pula dikehendaki memakai sunblock atau sunscreen dengan SPF100.

    Hasil kajian menunjukkan bahawa kumpulan yang berada di bawah teduhan payung mempunyai lebih banyak sunburn berbanding kumpulan yang memakai SPF100.

    Perbandingan antara penggunaan payung dan juga penggunaan SPF100 ini dilakukan oleh para penyelidik.

    Ini memandangkan kedua-dua kaedah ini adalah cara yang sering digunapakai oleh orang ramai untuk melindungi diri daripada kesan cahaya matahari apabila ke pantai. 

    Baca juga:

    Cara pakai sunblock yang terbaik

    Menurut salah seorang Ahli Pakar Kulit, Dr. Amy Kassouf, penggunaan sunblock adalah satu kaedah perlindungan terbaik untuk melindungi kulit daripada kesan sinaran ultraungu (UV) matahari.

    Menurut Dr. Amy, untuk cara pakai sunblock yang terbaik, sekiranya kita memakai pakaian mandi ketika ke pantai, kita seharusnya perlu menggunakan sekurang-kurangnya 30ml sunblock dalam satu-satu masa.

    Pastikan kita kembali menggunakannya dalam setiap 2 atau 3 jam. Kita juga perlu untuk lebih kerap memakainya jika berpeluh.

    Selepas mandi atau berenang di pantai, kita masih juga disarankan untuk memakai sunblock bagi melindungi kulit daripada kesan sinar UV matahari.

    Pelindung matahari spektrum luas adalah yang terbaik kerana ia  melindungi tubuh badan kita daripada sinar UVA dan UVB.

    UVA dan UVB adalah dua jenis sinar matahari yang menyebabkan kerosakan pada badan.

    Sinar UVA dan UVB menyebabkan beberapa perkara berkenaan keadaan kesihatan yang berlaku seperti penuaan kulit pramatang, kerosakan mata – termasuk katarak – dan kanser kulit.

    Selain itu juga, sinar UVA dan UVB turut menekan sistem imun tubuh daripada berfungsi dengan baik.

    cara pakai sunblockMenurut Dr. Amy, adalah sangat penting untuk individu menggunakan sunblock yang betul iaitu pelindung matahari dengan spektrum yang luas.

    Ini kerana, sunblock jenis ini boleh melindungi kulit kita daripada kedua-dua sinar UVA dan UVB. Bagi penentuan kadar SPF, gunakan losyen pelindung matahari dengan nilai SPF sekurang-kurangnya 30. 

    Gunakan perlindungan tambahan, selain cara pakai sunblock

    Selain daripada cara pakai sunblock yang terbaik, anda juga dinasihatkan untuk menggunakan pakaian yang melindungi tubuh daripada sinar UV, iaitu pakaian yang mempunyai SPF.

    Pakaian yang mempunyai SPF memberikan lebih banyak kebebasan kepada kita untuk bergerak daripada hanya duduk di bawah teduhan payung semata-mata.

    Menurut Dr. Amy, apabila kita memakai pakaian yang mempunyai SPF, ia akan kekal bersama kita dan tidak hilang.

    cara pakai sunblock

    Selain itu, pemakaian seperti ini tidak memerlukan anda untuk kerap menukar pakaian yang lain, tidak seperti penggunaan losyen pelindung matahari yang memerlukan anda untuk kerap memakainya selepas tempoh tertentu.

    Namun, jika anda menggunakan kedua-duanya iaitu pakaian SPF berserta payung daripada sinar cahaya matahari, ia adalah kaedah yang lebih baik dengan 2x perlindungan bagi kulit dan tubuh daripada sinar UV. 

    Kesimpulan

    Jelas sekali bahawa apa yang kita sangkakan sebelum ini tidak begitu tepat. Kita mungkin seringkali berpendapat bahawa penggunaan payung adalah lebih selamat berbanding penggunaan sunblock di bawah cahaya matahari.

    Namun, kajian telah membuktikan penggunaan losyen pelindung matahari adalah nyata lebih baik berbanding penggunaan payung semata-mata, dengan kesan sunburn yang lebih sedikit terhadap kulit dan tubuh anda.

    Anda juga perlu memastikan bahawa anda tahu cara pakai sunblock yang betul agar kesannya berlaku seperti yang anda harapkan. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan