brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

3 Cara Kulit Berminyak Nak Cari Sunscreen Yang Sesuai. No 3 Paling Penting!

3 Cara Kulit Berminyak Nak Cari Sunscreen Yang Sesuai. No 3 Paling Penting!

Susah ke nak cari sunscreen untuk kulit berminyak? Sebenarnya, mencari sunscreen yang sesuai dipakai kadang-kadang mencabar. Salah pilih boleh menyebabkan kulit muka rasa melekit, berkilat atau menyebabkan jerawat.

Kami akan bongkarkan 3 rahsia mudah untuk mencari pelindung matahari yang bersesuaian dengan jenis kulit ini. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Bagaimana memilih sunscreen yang sesuai dengan kulit?

Masalah utama ramai orang berhenti pakai sunscreen ialah rasa melekit dan tak selesa. Jadi, kuncinya ialah cari sunscreen yang sesuai dengan jenis kulit anda. Bila teksturnya ringan dan mudah serap, anda akan lebih konsisten menggunakannya setiap hari.

Pelindung matahari yang sesuai akan:

  • Memberi perlindungan tanpa rasa berat
  • Membantu mengawal minyak sepanjang hari
  • Melindungi kulit daripada jeragat, kusam dan penuaan pramatang

Jadi, macam mana nak cari sunscreen untuk kulit berminyak?

3 Cara memilih sunscreen untuk kulit berminyak

Berikut beberapa tip penting untuk anda:

1. Tidak menggunakan pelindung matahari mineral  

sunscreen untuk kulit berminyak (2)
Pelindung suria mestilah dipakai setiap hari.

Mineral sunscreen, juga dikenali dengan physical sunscreen antara pelindung matahari yang akan membuatkan individu kulit berminyak dan acne-prone mengalami pori-pori tersumbat. 

Jika pori tersumbat, kulit muka anda akan mudah berjerawat. Jadi, anda perlu elakkan ya!

Tetapi, jika jenis pelindung matahari ini jenis yang ringan dan cepat meresap, anda boleh mencubanya terlebih dahulu sama ada sesuai atau tidak. 

2. Pilih tekstur ringan dan tidak menyumbat pori

Cari pelindung matahari dengan label oil-free, non-comedogenic atau gel-based. Tekstur seperti gel, water-based atau essence lebih mudah diserap tanpa meninggalkan rasa berat pada kulit.

Contohnya:

  • Jenis gel: ringan dan cepat meresap
  • Jenis hybrid atau chemical: tidak meninggalkan white cast, sesuai untuk kulit berminyak

3. Elak bahan yang terlalu melembapkan

Sunscreen terbaik untuk kulit berminyak tidak akan menggunakan bahan seperti mineral, shea butter atau lanolin kerana ia mungkin terlalu berat untuk kulit berminyak.

Sebaliknya, cari pelindung matahari dengan bahan pengawal minyak seperti:

  • Niacinamide (mengawal sebum dan cerahkan kulit)
  • Zinc oxide (melindungi kulit serta kurangkan minyak)
  • Silica (menyerap lebihan sebum untuk hasil matte)

cara pakai sunscreen
4 Cara memilih pelindung matahari untuk kegunaan seharian.

Ini caranya mencari sunscreen terbaik untuk kulit berminyak

Kini, anda telah tahu cara mencari sunscreen untuk kulit berminyak. Tak kira di rumah, pejabat atau luar bangunan, kulit anda sentiasa memerlukan perlindungan. 
Jadikan rutin memakai pelindung matahari setiap pagi dan setiap 3 jam jika terdedah kepada cahaya matahari, pilih formula yang sesuai dengan kulit berminyak untuk kegunaan setiap hari.

medical
Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid
Disemak secara perubatan oleh
Dokter Umum · Hello Health Group
Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip · Disemak pada 20/11/2025