backup og meta

Losyen Pencerah Celah Paha Biasanya Ada 13 Bahan Kimia Ini, Adakah Ia Selamat?

Losyen Pencerah Celah Paha Biasanya Ada 13 Bahan Kimia Ini, Adakah Ia Selamat?

Walaupun ia mungkin tersorok dan tersimpan daripada tatapan mata orang ramai, namun tiada siapa yang mahu celah paha gelap bukan? Persoalannya, adakah losyen pencerah celah peha farmasi itu ikhtiar yang bagus?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda juga boleh klik di sini.

Kenapa celah peha hitam dan kusam?

Buat anda yang belum tahu, hormon melanin akan mempengaruhi warna pada tubuh badan termasuk di kulit, rambut dan mata. Tanpanya, individu itu berisiko untuk mengalami kondisi bernama albino!

Penghasilan melanin yang tinggi di dalam tubuh badan akan menyebabkan kulit individu itu lebih gelap. Hipotesisnya: lebih tinggi kadar melanin di dalam kulit, lebih gelap warna kulit seseorang itu.

Hormon ini juga adalah antara faktor utama kenapa celah peha hitam sama ada pada seluruh atau sebahagian kulit sahaja terutama di kawasan tersembunyi termasuk celah paha.

Celah peha boleh menjadi gelap akibat geseran kulit.
Celah peha boleh menjadi gelap akibat geseran kulit.

Tidak hanya itu, ada banyak lagi faktor yang membawa kenapa celah peha hitam iaitu hormon tidak seimbang, tekanan berat badan, geseran pada kulit, kesan luka melecet, tabiat suka menggaru dan macam-macam lagi punca lain.

Jadi, anda sudah tahu kenapa celah peha hitam dan kusam. Maka, apa anda boleh buat untuk rawat masalah kenapa celah peha hitam ini?

Apa produk yang individu boleh pakai?

Sudah lumrah dunia kesihatan dan kecantikan, individu gemar mencari dan memakai produk yang mereka rasa sesuai untuk sesuatu masalah pada kulit. Bagaimana pula dengan isu celah paha yang gelap?

Mungkin secara spesifik, produk putihkan celah peha yang khusus belum banyak wujud di pasaran tetapi ia sudah ada dan selalu digunakan. Pun begitu, produk sebegini mungkin kurang galakan dan sambutan.

Perhatian!

Sebagai alternatif kepada losyen pencerah celah peha farmasi ini, individu mungkin bakal lebih percaya kepada produk mencerahkan dan memutihkan kulit secara keseluruhan tanpa pengkhususan pada paha sahaja.

Malangnya, produk yang biasa disebut sebagai ‘produk timbang kilo’ ini mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya termasuk merkuri berlebihan di mana ia turut mempunyai risiko tersembunyi.

Selain merkuri, kebanyakan produk pencerah kulit di pasaran itu biasa menggunakan kandungan berikut:

  • Alfa arbutin
  • Asid azelaik
  • Asid glikolik
  • Asid hialuronik
  • Asid kojik
  • Asid linoleik
  • Hidrokuinon
  • Hidrogen peroksida
  • Melatonin
  • Niasinamida
  • Steroid
  • Tretinoin
  • Vitamin C

Meskipun bahan-bahan ini begitu popular dan ramai percaya ia boleh bawa manfaat, namun jangan lupa bahawa ia juga akan beri mudarat lebih-lebih lagi jika tidak kena pada jenis kulit, produk dan cara penggunaan!

[embed-health-tool-bmi]

Apa alternatif yang anda boleh cuba?

Ya, mungkin memang ada losyen pencerah celah peha farmasi namun adakah individu mahu menggunakannya? Anda juga perlu tahu bahawa produk-produk tersebut boleh jadi tidak berkesan malah berbahaya.

Ini kerana sudah wujud beberapa kes di mana pengguna losyen pencerah celah peha farmasi atau produk yang hampir serupa dengan itu mengalami kesan seperti kerengsaan, keradangan dan pengelupasan kulit.

Menurut Pakar Ortodontik dan Usahawan Kosmetik, Dr Irma Shida, ada banyak bahan tradisional yang individu boleh cuba sebagai usaha alternatif untuk memutihkan kembali celah paha yang gelap.

“Antara bahan semula jadi yang paling efektif dan selamat adalah gel lidah buaya kerana ia sangat tinggi dengan kandungan aloin. Ia dipercayai mampu memutihkan atau mencerahkan kulit dengan penggunaan yang konsisten.” jelas Dr Irma Shida

Aloe vera mempunyai sifat yang melegakan selain melembutkan kulit.
Aloe vera mempunyai sifat yang melegakan selain melembutkan kulit.

Jika anda tidak mahu menggunakan losyen pencerah celah peha farmasi, ada juga alternatif tradisional lain:

  1. Serbuk tawas – Sejenis garam dengan bentuk kristal, ia sudah digunakan sejak zaman dahulu lagi dengan cara disapukan pada kawasan kulit yang ingin dicerahkan.
  2. KunyitPopular sebagai masker kulit muka, ekstrak kunyit turut boleh disapukan pada celah paha, biar seketika dan bilas sehingga bersih untuk mencerahkan bahagian ini.
  3. Timun – Tidak hanya untuk menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata, penyapuan timun juga tinggi potensi untuk memutihkan kembali kawasan gelap di celah paha.
  4. Ubat gigi – Jangan terkejut kerana ia mungkin mampu membantu mencerah celah paha tetapi penggunaannya tidak digalakkan buat mereka dengan jenis kulit sensitif kerana ia akan menghakis kulit.
  5. Skrub yogurt & oat – Khusus buat anda yang ada masalah celah paha gelap dan kondisi lain seperti ekzema atau dermatitis, ia kaya dengan asid laktik yang boleh membantu mencerahkan kulit anda.

Konklusinya, anda yang ada masalah paha gelap mungkin boleh cuba losyen pencerah celah peha farmasi atau bahan dari dapur sahaja.

Pun begitu, sebelum cuba dapatkan nasihat daripada pakar kulit dahulu ya?

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Pigmentation: Abnormal Pigmentation, https://my.clevelandclinic.org/health/articles/11014-pigmentation-abnormal-pigmentation, Accessed Feb 2 2023.
  2. The Dark Side of Skin Whitening, https://www.sapiens.org/biology/skin-whitening/, Accessed Feb 2 2023.
  3. Q&A: Can I Naturally Lighten Dark Inner Thighs?, https://blackdoctor.org/lighten-dark-inner-thighs/, Accessed Feb 2 2023.
  4. How to Whiten Your Skin Naturally, https://www.mhealthknowledge.org/skin-lightening.html, Accessed Feb 2 2023.
  5. Traditional Asian Herbs in Skin Whitening: The Current Development and Limitations, https://www.frontiersin.org/articles/10.3389/fphar.2020.00982/full, Accessed Feb 2 2023.

Versi Terbaru

28/10/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Cari Cara Untuk Putihkan Paha Gelap? Cuba 5 Petua Ini, Mana Tahu Berhasil Untuk Anda!

Paha Bergesel Tanda Sudah GEMUK? Ini Cara Berkesan Mengecilkan Paha!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan