Bagaimana pula dengan produk di pasaran?
Kini, telah ada banyak produk untuk memutihkan kulit di pasaran. Namun, mungkin masih ramai tidak mahu menggunakan produk-produk tersebut kerana risau dengan kesan tersembunyi.
Sebenarnya, kerisauan itu juga amat penting kerana berlambak produk di luar sana mengandungi bahan kimia berbahaya pada kulit seperti merkuri, hidrokuinon, kortikosteroid dan lain-lain.
Sebagai contoh jelas lagi nyata, kini wujud banyak produk timbang kilo yang dijual dan dipromosi oleh personaliti bukan pakar kononnya mampu untuk mencerahkan kulit muka. Namun sebenarnya ia bukan sahaja tidak efektif malah tidak selamat lantas membahayakan kulit anda sendiri!
Tidak salah kalau anda masih ingin mencuba produk di pasaran tetapi pastikan ia telah mendapat perakuan daripada doktor pakar dermatologi agar tiada masalah timbul pada kemudian hari.

Ini cara nak putihkan muka dan glowing!
Sekiranya bahan natural atau produk kulit itu ada pro dan kontra masing-masing, apa yang anda individu boleh lakukan untuk cara putihkan muka? Wujudkah alternatif yang lebih baik?
Ya, anda mungkin tidak pernah sangka bahawa gaya hidup berikut boleh menjadi cara putihkan muka:
Cara putihkan muka #1. Jangan abaikan waktu rehat dan tidur
Pertama dan paling penting, pastikan anda dapatkan waktu rehat serta tidur yang cukup kerana ia mampu untuk mencerahkan kulit daripada dalam sekali gus membuat kulit lebih sihat.
Alasannya, waktu rehat dan tidur yang cukup mampu meningkatkan aliran darah ke kawasan kulit dan sebaliknya pula bakal terjadi terutama jika individu tidur kurang durasi 7 ke 9 jam.
Lebih teruk lagi, kurang tidur di waktu malam adalah punca muncul lingkaran hitam bawah mata!
Cara putihkan muka #2. Makan dengan ideal
Kedua, anda juga perlu tahu bahawa ada makanan atau minuman tertentu boleh memicu masalah kulit. Jika anda selalu ada isu jerawat atau lain-lain, lihat kembali apa yang anda makan.

Ini kerana kulit yang sihat sudah tentu datang daripada nutrien makanan dan minuman. Jadi, sila amalkan diet ideal di samping elakkan menu tinggi gula, tenusu serta yang penuh minyak.
Antara contoh diet yang bagus adalah makanan daripada sumber sayur-sayuran dan buah-buahan ekoran ia kaya dengan vitamin penting untuk kulit termasuk C, D dan E serta mineral lain.
Cara putihkan muka #3. Minum banyak air
Ketiga, anda juga kena tahu bahawa minum air putih adalah sangat penting untuk kesihatan tubuh badan malah ramai orang percaya jika hidrasi itu adalah kunci kecantikan paling utama.
Ini mungkin benar kerana minum banyak air yakni sekurang-kurangnya 8 gelas sehari bakal dapat membantu melembapkan kulit kering serta mengelakkan risiko kulit rengsa atau radang.
Kesannya, kulit anda mungkin akan terlihat lebih cerah dan bersih daripada sebarang cela. Namun anda juga diingatkan untuk tidak minum air kosong terlalu banyak atau nanti timbul mudarat lain.
Konklusinya, ada pelbagai cara nak putihkan muka dengan cepat. Tetapi pesan kami, jangan hanya kerana anda obses dengan kulit wajah yang cerah, anda mula hilang pertimbangan!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen