backup og meta

5 Bahan Natural Terbaik Perlu Ada Dalam Body Scrub, Mesti Cuba! No. 4 Buat Kulit Lebih Lembut

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/12/2022

    5 Bahan Natural Terbaik Perlu Ada Dalam Body Scrub, Mesti Cuba! No. 4 Buat Kulit Lebih Lembut

    Ada banyak rutin penjagaan kulit wajah serta badan wajar diikuti, dan skrub adalah antara yang paling penting. Pun begitu, masih ramai yang takut untuk melakukan skrub kerana tidak tahu apa dan bagaimana body scrub terbaik bagi tubuh masing-masing. Jadi, jom baca artikel!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

    Prosedur skrub kulit, adakah ia bagus?

    Untuk pengetahuan anda semua, skrub adalah satu teknik di mana kulit akan digosok dan disental dengan alatan serta ramuan yang dirumus khas untuk menanggalkan sel mati daripada kulit.

    Selain itu, prosedur ini juga berpotensi untuk menghilangkan daki dan mencerahkan tona kulit lantas menjadikan ia sangat popular dilakukan sama ada pada kulit wajah mahupun di badan.

    Namun, wujud juga risiko untuk ia mencederakan kulit selain mengurangkan atau menghilangkan sebum sekali gus mengakibatkan kulit hilang kelembapan semula jadi yang sangat diperlukan oleh tubuh.

    Maka, ramai individu hanya akan mengehadkan prosedur ini untuk dilakukan tidak lebih daripada 1 atau 2 kali seminggu sahaja mahupun kurang lagi, demi mengelakkan isu di atas itu terjadi.

    body scrub terbaik

    Menurut pakar pula, prosedur ini masih boleh dilakukan dengan kekerapan, teknik, alat dan bahan yang sesuai. Persoalannya, apa dan bagaimana body scrub terbaik untuk diamalkan oleh kita semua dalam usaha mendapatkan kulit cantik lagi sihat?

    Baca lagi artikel berkaitan:

    Berikut adalah bahan untuk body scrub terbaik!

    Pertama dan paling penting, kita semua sudah tahu bahawa ia tidak boleh dilakukan terlalu kerap dan tempoh yang dicadangkan oleh ramai pakar adalah hanya sekitar 1 atau 2 kali seminggu.

    Kemudian, individu perlu belajar teknik skrub yang tepat iaitu dengan menggosok dan menyental kulit secara lembut dan perlahan kerana ada risiko kulit tercedera jika disapu terlalu kuat dan laju.

    Bagi alat menggosok pula, anda boleh gunakan kain, tuala atau berus khas untuk skrub yang dijual di farmasi, klinik atau pasar raya. Jika tidak ada, gunakan fabrik yang sedikit kasar untuk lebih berkesan.

    Apa yang lebih utama untuk prosedur ini adalah bahan yang digunakan, berikut beberapa contohnya:

    #1. Butir garam atau gula

    Merupakan cara yang paling umum, ramai yang suka menggunakan butir gula atau garam ekoran teksturnya yang halus dan berketul sehingga boleh memudahkan proses pengelupasan kulit.

    Dalam pada itu, kedua-duanya juga mampu merangsang pembentukan sel kulit yang baru namun tidak pula sesekali menyingkirkan air dan kelembapan semula jadi yang ada pada kulit kita.

    body scrub terbaik

    Apa yang individu perlukan hanya satu sudu besar gula atau garam yang dicampurkan dengan air atau sedikit minyak, kemudian gaulkannya sehingga menjadi pes sebelum ia disapukan pada bahagian kulit untuk proses skrub.

    Bahan body scrub terbaik #2. Kopi

    Mempunyai bau dan aroma yang amat menenangkan, kopi juga bagus dijadikan bahan skrub yang amat berkesan. Ini kerana kopi dipercayai mampu membantu mengelupaskan sel kulit mati selain boleh mengurangkan masalah selulit akibat pengumpulan lemak.

    Bahan body scrub terbaik #3. Madu

    Madu adalah antara bahan dapur yang mengandungi sifat antimikrob serta antioksidan sekali gus bagus untuk mengatasi beberapa masalah kulit tertentu. Teksturnya yang berminyak juga mampu membantu memudahkan proses skrub agar berjalan lebih lancar.

    #4. Gel dan ekstrak lidah buaya

    Rasanya, semua sudah sedia maklum bahawa lidah buaya adalah antara tumbuhan yang amat baik untuk kulit kerana ia mampu membantu merawat luka, melicinkan dan melembutkan kulit.

    Memandangkan proses skrub mempunyai risiko kulit mengalami ketidakselesaan angkara sentalan atau gosokan yang terlalu kuat, maka gel dan ekstrak aloe vera boleh membantu melegakannya.

    body scrub terbaik

    #5. Serbuk teh hijau juga bagus?

    Siapa sangka serbuk yang biasa dijadikan sebagai minuman ini mengandungi sifat antiradang dan antioksidan yang tinggi? Jadi, ia mampu membantu mengurangkan kerosakan kulit akibat radikal bebas yang hadir menerusi pendedahan cahaya matahari!

    Ia juga tidak sukar untuk ditemukan dan hanya perlu disapukan secara terus pada kulit kerana teh hijau tidak akan mendatangkan sebarang kesan sampingan malah bagus untuk kulit individu.

    Selain bahan-bahan tradisional di atas tadi, anda juga boleh mendapatkan body scrub terbaik di farmasi atau pasar raya. Kebanyakan produk asli selamat dan efektif untuk anda gunakan.

    Konklusinya, prosedur skrub kulit perlu dilakukan dengan kekerapan, teknik, alat dan bahan yang sesuai agar ia tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan malah lebih selamat dan efektif!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan