backup og meta

5 Kebaikan Kunyit Untuk Muka Yang Anda Tidak Akan Tahu Jika Belum Baca ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 24/05/2022

    5 Kebaikan Kunyit Untuk Muka Yang Anda Tidak Akan Tahu Jika Belum Baca ini!

    Meskipun ia lebih popular sebagai rempah ratus di dalam masakan masyarakat kita, namun tahukah anda bahawa turut wujud kebaikan kunyit untuk muka? Ia mungkin bukan plasebo.

    Ini kerana kunyit juga sudah lama digunakan di dalam perubatan tradisional dan dipercayai ada banyak manfaat terhadap aspek kesihatan dan kecantikan individu terutama kulit.

    Persoalannya, benarkah serbuk kunyit untuk muka ini bagus? Jom terus baca artikel untuk tahu!

    Kunyit, antara rempah popular jadi masker!

    Pada zaman sekarang ini, sudah ada banyak topeng muka atau ‘masker’ yang mengandungi rempah atau bahan semula jadi seperti lidah buaya, timun, lemon, kunyit dan lain-lain.

    Kunyit adalah salah satu yang paling popular ekoran ia mempunyai sifat antioksidan, antiradang, antibakteria dan sebatian aktif ajaib iaitu kurkumin yang amat bagus untuk kulit.

    Apabila manfaat-manfaat di atas tadi digabungkan dan dijadikan masker, maka kulit wajah anda itu mungkin akan lebih sihat, cantik dan bersih. Jadi, pernahkah anda cuba guna?

    kebaikan kunyit untuk muka

    Jika anda masih belum cuba guna, teruskan baca artikel ini untuk tahu apa manfaat serbuk kunyit untuk muka dan anda sudah pasti akan terkejut dengan tahap keberkesanannya.

    Apa kebaikan kunyit untuk muka dan kulit?

    Disebabkan ia sudah popular, ramai individu yang mula mengaplikasikannya pada wajah untuk dapat manfaat seperti:

    #1. Kunyit untuk mengurangkan masalah jerawat

    Sebenarnya, salah satu manfaat yang paling utama dalam penggunaan rempah ini pada kulit wajah adalah ia mungkin mampu untuk mengurangkan masalah jerawat di muka anda itu.

    Manfaat ini mungkin boleh diperolehi angkara sebatian kurkumin serta sifat-sifat kunyit itu sendiri yang antioksidan dan antiradang, sekali gus mengurangkan masalah jerawat ini.

    Cuma, pastikan anda guna bahan ini dengan kualiti dan kuantiti betul agar tidak timbul masalah.

    Kebaikan kunyit untuk muka #2. Kunyit untuk memudarkan parut jerawat

    Selain itu juga, kebaikan kunyit untuk muka adalah ia mungkin mampu untuk memudarkan parut jerawat yang hitam setiap kali selepas masalah jerawat itu sudah mula sembuh.

    Menurut Journal of Clinical Aesthetic Dermatology, penggunaan topeng muka kunyit selama sekitar satu bulan mungkin akan dapat memudarkan parut jerawat sebanyak 14%.

    Semakin lama ia digunakan, maka manfaat daripada kunyit ini mungkin akan mencapai tahap maksimum.

    #3. Membunuh bakteria punca jerawat

    Anda juga perlu tahu bahawa selain ia ada sifat antioksidan serta antiradang, kunyit juga ada satu lagi sifat paling penting untuk lawan masalah jerawat ini iaitu sifat antibakteria.

    Ini kerana salah satu punca utama masalah jerawat ini adalah akibat jangkitan bakteria bernama Propionibacterium acnes (P. acnes). Jadi, membunuh bakteria ini sangat penting.

    kebaikan kunyit untuk muka

    Namun ini hanyalah satu alternatif yang mungkin efektif buat orang lain tapi bukan anda. Jadi, anda disarankan mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakannya.

    Kebaikan kunyit untuk muka #4. Merawat kesan reaksi alergi

    Bukan sahaja isu jerawat, serbuk kunyit untuk muka ini juga mungkin bagus untuk merawat kesan akibat daripada reaksi alergi pada wajah dan bahagian kulit tubuh badan lain.

    Ajaibnya, rempah ini turut mampu berfungsi hampir sama dengan antihistamin untuk menghambat aktiviti protein punca radang dan rengsa sekali gus merawat kesan alergi kulit.

    Adakah ia antara cara utama untuk lawan masalah alahan? Tidak, ia hanya boleh jadi salah satu alternatif.

    #5. Kunyit juga bagus untuk kerut & kedut

    Seiring peningkatan usia individu, maka mungkin akan mula muncul garis kerut dan kedut pada kulit wajah anda. Dengan kunyit, ia mungkin boleh bantu menghilangkannya.

    Ini kerana sebatian kurkumin itu tadi boleh bertindak dengan memperbaiki tekstur kulit secara total. Kesannya, maka garis kerutan dan kedutan itu mungkin boleh hilang.

    Dalam erti kata lebih mudah, kebaikan kunyit untuk muka ini juga boleh jadi agen antipenuaan.

    kebaikan kunyit untuk muka

    Tenang, ia mungkin tiada kesan sampingan!

    Mungkin individu di luar sana agak risau untuk menggunakan rempah ratus ini pada kulit mereka terutamanya bahagian muka kerana khuatir jika ia akan mendatangkan kesan sampingan.

    Anda mungkin tidak salah kerana ada banyak bahan atau cara tradisional yang sebenarnya hanya akan buat kondisi jadi lebih teruk bahkan mungkin cuma kesan plasebo sahaja.

    Tidak bagi kunyit kerana ia adalah antara rempah ratus yang sudah digunakan dari zaman dahulu lagi dan telah banyak kajian tentangnya dilakukan berkaitan kesihatan dan kecantikan.

    Apa yang lebih penting, jangan terus guna tanpa informasi dan nasihat daripada doktor anda ya?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 24/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan