backup og meta

Cuaca Tak Menentu Buat Kulit Kering & Mengelupas? Ini 6 Punca Sebenar Anda Patut Tahu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 7 hari lalu

    Cuaca Tak Menentu Buat Kulit Kering & Mengelupas? Ini 6 Punca Sebenar Anda Patut Tahu!

    Ramai yang menyangka bahawa masalah kulit muka mengelupas adalah disebabkan kulit terlalu kering dan tidak lembap terutama jika anda ada tabiat kurang minum air.

    Ya, dakwaan itu mungkin ada benarnya tetapi sudah tentu terdapat banyak lagi punca lain yang boleh menjadi faktor risikonya, selain daripada amalan kurang sihat tersebut.

    Jom baca artikel ini untuk mengetahui mengenai masalah kulit muka mengelupas dan kering dengan lebih lanjut lagi.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

    Apa maksud dan kesan kulit muka mengelupas?

    Untuk pengetahuan anda semua, pengelupasan kulit itu merupakan masalah umum yang mungkin boleh terjadi di mana-mana bahagian kulit tubuh badan termasuk juga pada wajah individu.1

    Khususnya pada wajah, masalah ini akan menyebabkan kulit anda seakan terkopek atau tertanggal daripada kawasan yang terkesan1 sekali gus mengakibatkan penampilan diri turut terjejas.

    Dalam pada itu, kondisi yang juga disebut facial skin peeling ini boleh mendatangkan kesan buruk lain seperti kemerahan, kegatalan, kesakitan dan keradangan1 yang perlu dirujuk kepada pakar.

    Sekiranya kulit muka mengelupas akibat kering dibiarkan tanpa rawatan lanjut, tahap keselesaan dan keyakinan diri individu itu sudah pasti akan menurun lantas membawa kepada implikasi kesihatan lain.

    Persoalannya, apa punca kulit muka mengelupas dan kering terjadi? Adakah sebab utamanya kerana dehidrasi?

    kulit muka mengelupas
    Kulit wajah yang mula mengelupas.

    Punca masalah kulit muka mengelupas

    Menurut Cleveland Clinic, kondisi kulit muka mengelupas boleh dilihat pada gejala di mana wajah terasa kering dan kemerahan yang akhirnya akan membawa kegatalan dan kesakitan.2

    Sebenarnya, terdapat beberapa punca utama masalah kulit ini berlaku dan berulang tanpa anda sedar dan tentunya menjejaskan penampilan:

    Punca kulit wajah mengelupas #1. Dehidrasi

    Sudah terang lagi bersuluh, tabiat kurang minum air akan mengakibatkan tubuh badan kita kekurangan dua benda, iaitu air dan tenaga.

    Apabila anda kurang mendapatkan air yang diperlukan oleh tubuh badan, maka wujud risiko yang agak tinggi untuk individu mengalami dehidrasi lalu menjejaskan kesihatan tubuh dan kulit.3

    Apa yang lebih membimbangkan, dehidrasi ini bukan sahaja bakal menyebabkan kulit anda nampak kusam, tetapi juga ia turut meningkatkan risiko untuk berlakunya pengelupasan yang teruk.3

    #2. Kulit muka kering dan gatal

    Kedua, keadaan kulit muka kering dan gatal yang melampau itu tentu sahaja tidak bagus untuk wajah kita.

    Ini kerana, kekeringan pada kulit boleh mengakibatkan sel-sel tidak mampu melekat di antara satu sama lain sekali gus menyebabkan ia mengelupas daripada jaringan kulit asal masing-masing.4

    Kurangnya kelembapan dan kekeringan kulit itu berpunca daripada beberapa hal termasuk disebabkan kurang minum air, iklim atau cuaca terlalu sejuk terutama jika anda tinggal di kawasan bercuaca sejuk atau berhawa dingin.4

    #3. Penggunaan produk yang tidak sesuai

    Ketiga, penggunaan produk kulit seperti ubat, krim, losyen, minyak atau lain-lain yang tidak sesuai lebih-lebih lagi bagi muka berjerawat turut boleh memicu masalah kulit muka mengelupas dan kering.5

    Ini kerana banyak produk kulit yang mengandungi bahan tidak sesuai termasuk asid salisilik, benzoil peroksida, sulfonamida serta macam-macam lagi terutama buat mereka yang memiliki kulit jenis sensitif.5

    Oleh itu, pertimbangkan untuk hanya menggunakan produk terbaik di pasaran dengan saranan pakar kulit.

    #4. Pendedahan kepada sinar matahari

    kulit muka mengelupas
    Cuaca hangat boleh menjadi punca kulit kering. 

    Keempat, kulit muka mengelupas juga boleh terjadi disebabkan selaran matahari (sunburn atau sunspots).6 Akibat daripada pendedahan sinar matahari yang berlebihan, ia akan membunuh sel-sel kulit asli kita.

    Selepas sel kulit asli itu mati, ia akan digantikan dengan sel kulit yang baharu. Maka, pengelupasan kulit wajah akan berlangsung secara semula jadi dan ini adalah suatu proses yang normal.6

    Usah terkejut jika perkara ini kerap terjadi terutama di musim cuaca panas yang sudah tentu akan memberi kesan kepada kulit kita semua.

    Punca kulit muka mengelupas dan kering #5. Hipotiroidisme

    Hipotiroidisme merupakan kondisi di mana kelenjar tiroid anda hilang upaya untuk menghasilkan hormon tiroid yang cukup. Ini sekali gus akan menjejaskan proses metabolisme tubuh badan.7

    Menurut American Academy of Dermatology, salah satu simptom kondisi ini adalah kulit individu akan mula mengering lalu mengelupas kerana ketiadaan hormon tiroid yang sangat penting bagi proses pembentukan dan penggantian sel kulit baharu.

    #6. Pelbagai masalah kulit yang lain

    Beberapa keadaan kesihatan kulit di bawah ini turut boleh menjadi punca kulit wajah mengelupas8:

    • Ekzema – Kondisi ini akan menyebabkan kulit anda mengelupas, merah dan gatal serta mungkin mengeluarkan nanah atau cecair
    • Rosacea – Kondisi ini pula mengakibatkan kulit anda mengelupas, merah, gatal dan berbenjol akibat daripada sensitiviti keterlaluan
    • Alergi – Selain produk, alahan dengan bahan seperti besi, logam, plastik dan lain-lain juga boleh membawa kepada masalah kulit yang mengelupas

    Adakah cara untuk mengatasi masalah kulit kering mengelupas? 

    Terdapat banyak punca kulit muka mengelupas dan mengalami masalah kulit yang terlalu kering atau sensitif. Jadi, bagaimana cara menghilangkan kulit mengelupas dengan cepat? Jika mahu cantik, mesti kena atasi!

    Apa yang paling penting, anda perlu lihat semula segala punca serta faktor risiko di atas tadi. Jika terdapat sebarang masalah kulit yang tidak boleh diselesaikan sendiri, segera jumpa doktor!

    masalah kulit
    Petanda awal anda ada masalah kulit.

    Tabiat kurang minum airadalah antara punca kulit mengelupas bersama beberapa faktor lain:


    • Dehidrasi
    • Kekeringan kulit
    • Penggunaan produk yang tidak sesuai
    • Pendedahan cahaya matahari
    • Hipotiroidisme
    • Kondisi kulit yang lain

    Dalam masa yang sama, pertimbangkan juga untuk menggunakan skincare9 yang sesuai bagi membantu merawat masalah ini!

    Skincare untuk kulit mengelupas akibat kering

    Ada banyak produk kulit popular di pasaran yang anda boleh cuba9, salah satunya jenama terkenal, Simple yang banyak dijual di rangkaian farmasi atau kedai penjagaan kesihatan seluruh negara. 

    Selain tinggi dengan kandungan asid yang penting untuk kulit anda, rangkaian produk penjagaan muka, Simple Waterboost Range turut kaya dengan vitamin B5, pentavitin, gliserin, asid hyaluronik dan pelbagai lagi kandungan yang mampu membantu merawat masalah kulit mengelupas akibat kering.

    kulit muka mengelupas

    Antara manfaat penggunaan produk Simple adalah ia mampu mengekalkan hidrasi pada kulit dan badan sehingga 100 jam sekali gus memulihkan tanda-tanda dehidrasi yang ketara.

    Apa yang lebih menarik, skincare untuk kulit mengelupas akibat kering ini juga bebas daripada kandungan alkohol, pewarna, pewangi atau bahan kimia yang boleh menjejaskan kulit dan ibadah anda. 

    Sekiranya anda masih risau dengan masalah kulit muka mengelupas terutama di musim cuaca tidak menentu, maka sila pertimbangkan untuk gunakan produk ini sebagai cara menghilangkan kulit mengelupas dengan cepat! Tidaklah risau tentang masalah kulit yang tidak cantik lagi nanti!

    Jangan risau, anda boleh klik di sini untuk mendapatkan variasi produk penjagaan kulit Simple secara online!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 7 hari lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan