backup og meta

Gemar Puaskan Nafsu Sendiri? Ini Kesan Melancap Pada Muka Anda!

Gemar Puaskan Nafsu Sendiri? Ini Kesan Melancap Pada Muka Anda!

Melancap atau beronani bertujuan memuaskan nafsu secara solo yang dilakukan sama ada oleh lelaki atau wanita. Tetapi benarkah ada kesan onani kepada wajah?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Jerawat kesan onani kepada wajah?

Jadi benarkah melancap boleh menyebabkan kesan onani kepada wajah seperti berjerawat? Jawapan sebenarnya, tidak. Mungkin ada sebab mengapa perkara tersebut saling dikaitkan.

Biasanya tabiat melancap atau beronani ini akan dilakukan buat pertama kalinya selepas akil baligh – fasa diri menjadi matang secara seksual. 

Tetapi beronani adalah perbuatan yang amat ditegah buat mereka beragama Islam, ya!

Hormon seks mencetuskan pelbagai perubahan emosi dan fizikal pada badan. Ini sekali gus membuatkan wujud keinginan untuk bereksperimen dengan melancap.

Dalam masa sama, kita juga cenderung untuk mendapat jerawat semasa fasa ini. Sekali lagi, ia disebabkan hormon.

Ia mencetuskan badan untuk menghasilkan lebih banyak bahan berminyak dikenali sebagai sebum – bertujuan melindungi kulit. Tetapi ia juga boleh menyekat liang pori pada wajah, mengakibatkan munculnya jerawat.

Jadi akil baligh boleh menjadi faktor seseorang itu beronani dan mendapat jerawat. Tetapi melancap itu sendiri bukan penyebabnya.

Baca juga:

Kesan onani kepada wajah vs tahap hormon

Sememangnya melancap memberi kesan kepada tahap hormon. Tetapi ia tidak mencukupi sehingga dapat menjejaskan kesihatan kulit anda.

Kajian mendapati bahawa mengalami orgasme boleh membawa kepada peningkatan yang sangat kecil pada tahap hormon testosteron sama ada untuk lelaki atau wanita.

Bahkan perubahan dalam tahap testosteron semasa mengalami klimaks juga tidak ketara dan akan kembali normal dalam tempoh beberapa minit.

Peningkatan sementara hormon kerana melancap sangat kecil sehingga ia tidak boleh dijadikan sebab kepada kemunculan jerawat di wajah!

Selain kesan onani kepada wajah, wujudkah risiko lain?

Untuk rekod, melancap tidak akan menyebabkan sebarang masalah kesihatan fizikal atau mental – walaupun anda kerap melakukannya. Malah adalah amat mustahil anda mencederakan diri sendiri.

Tetapi jika kerap melakukannya dalam tempoh masa yang singkat, alat sulit anda mungkin akan mengalami kesakitan. 

Sekiranya anda melakukannya dengan terlalu kasar, boleh wujud risiko untuk terjadinya luka atau lebam. Ini khususnya jika kalian menggunakan objek seperti mainan seks (sex toys).

kesan onani kepada wajah

Tiada risiko untuk hamil atau berlakunya jangkitan seksual (STD) jika anda melancap sendirian. Sebaliknya, andai kalian beronani dengan pasangan, terdapat risiko kecil untuk berlaku jangkitan. 

Ini terutamanya jika anda menyentuh kemaluan pasangan kemudian memegang alat sulit sendiri. Ia kerana STD boleh menular dalam cecair daripada faraj atau zakar.

Jika menggunakan sebarang objek seperti sex toys, sama ada untuk melancap sendiri atau dengan pasangan, pastikan ia digunakan dengan betul dan bersih bagi mengelakkan risiko kecederaan atau jangkitan.

Petua menghilangkan jerawat

Kini anda sudah mengetahui bahawa kesan onani kepada wajah seperti masalah jerawat adalah tidak benar. Namun, jerawat yang muncul di muka tetap perlu dirawat dengan betul bagi mengelakkan parut.

Secara amnya, terdapat banyak cara boleh anda gunakan untuk mengatasi jerawat. Tetapi tempoh jerawat untuk hilang adalah bergantung sama ada ia ringan atau teruk.

Anda juga boleh memulakan rutin penjagaan kulit setiap hari bagi melawan jerawat dengan berkesan dan menyingkirkan lebihan minyak pada wajah, membersihkan liang pori dan menyembuhkan cela.

Rutin penjagaan kulit

Rutin kecantikan yang baik dan konsisten akan dapat membantu melawan jerawat serta memastikan kulit sentiasa bersih, segar dan cerah.

kesan onani kepada wajah

Cuci muka 2x sehari

Basuh muka sekali pada waktu pagi dan waktu malam untuk memastikan kulit bersih daripada sebarang pembentukan liang pori tersumbat.

Pastikan anda membersihkan muka dengan teliti supaya setiap kotoran dan minyak yang terkumpul pada siang hari dapat disingkirkan.

Bersihkan muka jika berpeluh

Berpeluh pada bahagian dada, bahagian belakang dan bahu boleh menyebabkan ruam kemerahan. Ini disebabkan pertumbuhan yis berlebihan dan boleh mengakibatkan keradangan pori.

Membersih dan mencuci muka serta badan jika berpeluh terutamanya selepas bersenam dapat membantu menyingkirkan yis.

Pengelupasan 2-3x seminggu

Lakukan pengelupasan (exfoliation) beberapa kali seminggu untuk menyingkirkan pengumpulan kotoran pada pori punca jerawat.

Pengelupasan boleh merengsakan kulit, jadi carilah skrub lembut yang mengandungi asid glikolik, asid alfa hidroksi yang berfungsi menanggalkan kulit mati sambil menenangkan kulit.

Toner 

Toner boleh mengecilkan pori, memulihkan keseimbangan pH kulit, melembapkan kulit, menutup serta mengetatkan liang pori.

Gunakan toner tanpa alkohol sejurus selepas membersihkan muka – pagi dan malam.

Elakkan bahan kandungan yang boleh memburukkan jerawat anda seperti:

kesan onani kepada wajah

Kesan onani kepada wajah: Rawatan OTC untuk jerawat

Rawatan OTC (over-the-counter) seperti masker dan serum boleh membantu menyingkirkan jerawat degil dengan:

  • Membunuh bakteria penyebab keradangan
  • Menghilangkan minyak berlebihan
  • Mempercepatkan pertumbuhan sel kulit baru
  • Menyingkirkan sel kulit mati

Anda harus mencari rawatan dengan bahan aktif berikut:

  • Benzoyl peroksida
  • Asid salisilik
  • Asid alfa hidroksi, seperti asid glikolik
  • Sulfur 

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau keraguan, berundinglah dengan pakar kulit (dermatologi) bagi mendapatkan lebih kepastian.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. asturbation and Health: The Effects of Masturbation on Your Health. https://flo.health/menstrual-cycle/sex/masturbation/masturbation-effects, Accessed on Sept 26, 2022
  2. Masturbation and Acne. https://www.acne.org/masturbation.html, Accessed on Sept 26, 2022
  3. Does masturbating cause acne? https://www.plannedparenthood.org/learn/ask-experts/does-masturbating-cause-acne, Accessed on Sept 26, 2022 
  4. Does masturbation cause pimples? https://youngmenshealthsite.org/askus/does-masturbation-cause-pimples/, Accessed on Sept 26, 2022
  5. Exton, M. S., Bindert, A., Krüger, T., Scheller, F., Hartmann, U., & Schedlowski, M. (1999). Cardiovascular and endocrine alterations after masturbation-induced orgasm in women. Psychosomatic medicine, 61(3), 280–289. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/10367606/, Accessed on Sept 26, 2022 
  6. Mayo Clinic Staff. (2015).Nonprescription acne treatment: Which products work best? https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/acne/in-depth/acne-treatments/art-20045814. Accessed on Sept 26, 2022 

Versi Terbaru

07/10/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Termakan 3 Biji Paracetamol, Adakah Ia Akan Membahayakan Hati?

Soal Jawab Doktor: Jangkitan Cacing Pipih Boleh Merebak Ke Mata?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan