Salam doktor, saya biasanya ambil 2 biji panadol sahaja. Tapi hari ini saya sakit kepala dan tak sengaja telah makan 3 biji panadol. Adakah ini akan memudaratkan? Saya pernah terbaca panadol berlebihan boleh menjejaskan hati. Adakah saya perlu ke hospital segera?

Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan.
Untuk makluman anda had pengambilan sesuatu ubat bergantung kepada dosnya. Bagi panadol atau nama lainnya paracetamol: Orang dewasa, had maksimum ialah 4,000 mg/sehari (bersamaan 8 tablet paracetamol 500mg). Pengambilan tidak melebihi had maksimum ini tidak memudaratkan organ hati.
Namun begitu, setiap pengguna dinasihatkan untuk mengambilnya mengikut dos yang disarankan pada satu-satu masa iaitu 2 biji atau 1000mg sekali pengambilan dalam selang masa 6 jam. Selain itu, terdapat pelbagai dos untuk ubat paracetamol, ada tablet yang mengandungi 500 mg paracetamol dan ada yang mengandungi 650 mg paracetamol.
Jika anda terambil paracetamol dalam jumlah yang banyak, hubungi talian kecemasan secepat mungkin. Simptom-simptom overdose selalunya akan muncul dalam masa 24 jam.
Antara simptom-simptom overdose ialah:
Kematian akibat paracetamol selalunya berlaku dalam masa 2-4 hari dan berpunca daripada kegagalan hati. Untuk menjawab soalan tersebut, kesan makan panadol 3 biji mungkin tidak membahayakan hati anda sekiranya pengambilan tidak melebihi maksimum dos sehari.
Namun, berhati-hatilah semasa mengambil sebarang ubat-ubatan. Pastikan anda ingat berapa biji ubat yang telah diambil untuk mengelakkan kesan paracetamol terhadap organ anda.
Sekiranya terambil dos secara berlebihan atau gejala yang dialami tidak berkurangan selepas pengambilan paracetamol, anda dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor untuk rawatan.
Jawapan ini disediakan oleh Dr Zai Muhammad Zaidi, Panel Perubatan Hello Doktor.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan, anda boleh klik di sini.
Atau sertai komuniti kami untuk bertanyakan soalan terus kepada ahli perubatan atau berkongsi pengalaman dengan ahli komuniti yang lain.
Paracetamol merupakan sejenis ubat tahan sakit yang sangat berkesan untuk merawat sakit otot. Ia juga sering diambil untuk mengurangkan simptom demam.
Ubat ini boleh didapati secara meluas di farmasi berdekatan. Bukan itu sahaja, paracetamol juga merupakan satu bahan yang sering digunakan untuk merawat demam selesema. Jadi, kebanyakan ubat demam di pasaran mungkin mengandungi paracetamol.
Baca juga:
Sebelum mengambil paracetamol, anda perlu tahu:

Sebelum mengambil apa-apa ubat, pastikan anda baca informasi mengenainya di belakang pek pembungkus. Selalunya, dos rekomendasi dan juga dos maksimum sudah tertera. Jika anda tidak pasti, bercakaplah dengan doktor dan ahli farmasi.
Dos paracetamol mungkin berbeza mengikut umur, berat dan dos produk tersebut. Oleh sebab itu, pastikan anda baca dahulu label yang tertera sebelum mengambil sebarang ubat.
Selain itu, paracetamol juga boleh dijumpai di dalam pelbagai jenis produk, termasuklah ubat batuk. Pengambilan beberapa produk yang mengandungi paracetamol boleh membawa bahaya lebih-lebih lagi jika ia melebihi dos yang sepatutnya.
Setiap ubat datang dengan kesan sampingannya yang tersendiri. Malah, setiap ubat pasti ada risikonya.
Kesan sampingan makan panadol berlebihan mungkin berbeza mengikut individu. Sebagai contoh, ia mungkin berbeza mengikut:
Kesan makan panadol 3 biji yang lain ialah:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
29/11/2022
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Dr Zai Muhammad
Diperbaharui oleh: Nurul Halifah