Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa simptom, silalah berunding dengan doktor anda.
Bila saya harus berjumpa doktor?
Kanak-kanak yang mengalami akil baligh terlalu awal (sebelum umur 8 tahun) atau terlalu lewat (selepas 14 tahun) seharusnya berjumpa dengan doktor untuk menyaring keluar apa-apa keadaan perubatan.
Punca
Apakah Punca Akil baligh?
Akil baligh adalah proses kematangan seks semula jadi tubuh badan manusia. Pencetus kepada proses ini terletak pada bahagian kecl oak yang dipanggil hipotalamus, kelenjar yang merembeskan hormon pelepasan gonadotrofin (GnRH). GnRH merangsang kelenjar pituitari (organ bersaiz kekacang yang berhubung dengan bahagian bawah hipotalamus), untuk melepaskan dua hormon; hormon peluteinan (LH) dan hormon perangsang folikel (FSH). Dua hormon ini memberi isyarat kepada organ seks lelaki dan perempuan (testis dan ovari) untuk merembeskan hormon seks yang sepatutnya, iaitu testosteron dan estrogen yang akan melancarkan tanda-tanda baligh pada tubuh badan.
Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Akil baligh?
Terdapat banyak faktor risiko untuk akil baligh prekosius seperti;
- Perempuan. Mereka lebih cenderung untuk mengalami baligh prekosius
- Berbangsa Afrika Amerika. Akil baligh prekosius lebih banyak berlaku pada kanak-kanak berbangsa Afrika Amerika berbanding kanak-kanak bangsa lain
- Menjadi seorang yang obes. Sekiranya anak perempuan anda mempunyai berat badan berlebihan, dia mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami baligh prekosisus
- Terdedah kepada hormon seks. Sekiranya anak anda pernah terkena atau terdedah kepada krim/salap estrogen atau testosteron , ataupun bahan-bahan lain yang mengandungi hormon-hormon ini(seperti ubat-ubatan orang dewasa atau penokok diet), mereka berisiko tinggi untuk mengalami baligh prekosius
- Mempunyai keaadan kesihatan yang lain. Akil baligh prekosius mungkin juga disebabkan komplikasi sindrom McCune-Albright atau hiperplasia adrenal kongenital – kondisi yang melibatkan penghasilan hormon lelaki yang luar biasa (androgen). Jarang-jarang sekali, baligh prekosius boleh terkait dengan hipotiroidisme.
- Pernah menerima terapi radiasi pada sistem saraf tunjang . Terapi radiasi untuk ketumbuhan , leukemia dan kondisi-kondisi lain boleh meningkatkan risiko baligh prekosius.
Faktor risiko bagi lewat akil baligh ialah:
- Masalah pituitari kongenital
- Mutasi genetik
- Kecelaruan kromosom
- Anosmia
- Masalah permakanan
- Penyakit sistemik yang kronik
- Malnutrisi
- Senaman lasak
- Masalah gonad kongenital dan perolehan
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>
Bagaimana pesakit Akil baligh didiagnosis?
Untuk mengenalpastti samada seorang kanak-kanak sudah mengalami akil baligh atau belum, pakar kanak-kanak akan memeriksa dengan teliti perkara-perkara berikut:
- Budak perempuan; penumbuhan bulu ari-ari dan pembesaran buah dada
- Budak lelaki, pertambahan pada saiz testis dan zakar, dan pertumbuhan bulu ari-ari
Pakar kanak-kanak akan membandingkan hasil pemeriksaannya dengan skala tanner, iaitu skala 5 poin yang menunjukkan tahap pertumbuhan akil baligh dalam diri kanak-kanak.
Selepas melakukan pemeriksaan fizikal yang lengkap dan menganalisa sejarah perubatannya, doktor akan menjalankan ujian-ujian tertentu untuk mendiagnosis akil balgih prekosius, antaranya ialah:
- Ujian darah untuk memeriksa paras hormon seperti hormon gonadotrofin (hormon peluteinan [LH] dan hormon perangsang folikel [FSH]), estradiol, testosteron, dehidroepiandrosteron sulfat (DHEAS) dan hormon tiroid.
- Ujian rangsangan agonis hormon pelepasan gonadotrofin (GnRH), yang membezakan samada baligh prekosius bersandar gonadotrofin atau tidak bersandar gonadotrofin.
- Memeriksa paras hormon 17-hidroksiprogesteron dalam darah untuk menguji hiperplasia adrenal kongenital
- X-ray “umur tulang” untuk memastikan tulang membesar pada kadar normal.
Doktor juga akan menjalankan ujian pengimejan untuk menyaring keluar sebarang ketumbuhan dan perkara luar biasa yang menjadi punca . Teknik-teknik pengimejan ini termasuklah:
- Ultrasound untuk memeriksa gonad. Ultrasound menghasilkan imej pembuluh darah dan tisu tanpa rasa sakit pada skrin komputer, membenarkan doktor untuk memerhati organ dan aliran darah pada waktu sebenar.
- MRI (Pengimejan resonans magnetik) , mengimbas otak dan kelenjar pituitari menggunakan alat yang menghasilkan imej organ dan struktur badan dengan sangat teliti.
Untuk mendiagnos lewat akil baligh , doktor akan menjalankan ujian berikut:
- Ujian darah untuk memeriksa paras hormon
- Ujian darah untuk memeriksa respon kelenjar pituitari kepada GnRH
- MRI untuk mengimbas otak dan kelenjar pituitari
Bagaimana pesakit Akil baligh dirawat?
Akil baligh prekosius; tidak semua kanak-kanak yang mengalami baligh prekosius memerlukan rawatan, terutamanya apabila permulaan akil baligh hanya sedikit awal daripada biasa. Tujuan utama rawatan adalah untuk menghalang penghasilan hormon seks bagi mengelakkan tumbesaran kanak-kanak terbantut awal, ketinggian dewasa yang rendah, masalah emosi ,sosal dan masalah libido (terutamanya budak lelaki)
Sekiranya akil baligh prekosius disebabkan oleh masalah perubatan yang khusus, merawat masalah tersebut boleh menghentikan pelanjutan akil baligh prekosius. Selain itu, baligh prekosius selalunya boleh dihentikan dengan pengambilan ubat yang menyekat hormon penyebab baligh . Sebagai contoh, ubat yang dipanggil agonis hormon pelepasan gonadotrofin (GnRH agonists) boleh digunakan untuk merawat baligh prekosius pusat. Ubat ini ,yang sesetengahnya disuntik, menahan penghasilan hormon peluteinan (LH) dan hormon perangsang folikel (FSH).
Rawatan untuk lewat akil baligh berbeza bergantung kepada punca masalah, antara Bagi lelaki, suntikan, tampalan atau gel testosteron akan digunakan.
- Bagi perempuan, estrogen dan progesteron akan diberi dalam bentuk pill atau tampalan kulit.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Akil baligh?
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingn yang berikut boleh membantu anda untuk berhadapan dengan baligh prekosius
- Terapi kelasi
- Vitamin D
- Probiotik
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen