backup og meta

Bagaimana Ingin Buatkan Bibir Kembali 'Bernyawa'? Ini Tip Beli Lip Balm Untuk Bibir Hitam!

Bagaimana Ingin Buatkan Bibir Kembali 'Bernyawa'? Ini Tip Beli Lip Balm Untuk Bibir Hitam!

Bibir nampak kusam dan kering? Tahukah anda, ada beberapa lip balm untuk bibir hitam yang mungkin dapat membantu ‘menaikkan seri’ bibir anda. Tetapi, pelembap bibir yang bagaimana perlu dibeli? Takut kalau beli yang biasa-biasa, tidak ada kesan pula…

Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan menenai pelembap bibir. Selain itu, kami juga akan berikan tip memilih lip balm untuk bibir hitam dan kering.

Nak tahu lebih lanjut? Jom, teruskan pembacaan anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Apakah fungsi pelembap bibir?

Pelembap bibir merupakan satu produk yang sangat baik untuk mereka yang mempunyai masalah bibir kering, merekah atau sering terluka.

Selain itu, formulasinya yang mengandungi pelembap juga dapat memastikan anda mempunyai bibir yang cantik dan sihat.

Ada juga produk yang mengandungi pelindung matahari di dalam formulasinya.

Pendedahan yang terlalu lama kepada sinaran UV boleh menyebabkan hiperpigmentasi di sekitar kawasan bibir. Ini jugalah yang menyebabkan bibir nampak lebih gelap daripada biasa!

“Tetapi, saya minum banyak air. Jadi, perlukah saya memakai lip balm?” Jawapannya, ya!

Kadangkala, bibir kita boleh menjadi kering disebabkan perubahan cuaca. Penggunaan pelembap bibir merupakan satu cara yang mudah dan pantas untuk memastikan bibir sentiasa hidrat.

Ada banyak pilihan lip balm yang boleh anda cuba. Kuncinya, pastikan produk yang anda beli mengandungi SPF yang dapat memastikan bibir terlindung daripada cahaya matahari!

Baca juga:

Tip memilih lip balm untuk bibir hitam

Sebelum anda beli apa-apa produk bibir, ada beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan. Antaranya:

1. Pilih produk yang mengandungi madu

lip balm untuk bibir hitam

Madu merupakan sejenis humektan. Ini bermaksud, ia dapat menarik lembapan ke kawasan bibir anda.

Produk yang mengandungi madu bukan sahaja dapat melembapkan bibir, malahan ia juga boleh membantu exfoliate permukaan bibir untuk pastikan ia sentiasa lembap dan nampak sihat.

Penggunaan madu bukanlah satu perkara baharu dalam dunia kecantikan. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan lip balm untuk bibir hitam, sapukan sahaja madu terus pada bibir anda.

Madu mempunyai banyak kebaikan. Ia dapat memulihkan kulit, melembapkan dan mengurangkan risiko jangkitan kulit disebabkan sifat antibakteria dan antikulatnya.

2. Shea dan cocoa butter mungkin dapat membantu

Shea dan cocoa butter merupakan lemak yang datang dari pokok shea dan koko.

Dua jenis lemak ini dapat membantu mengekang lembapan pada bibir dan membantu luka untuk sembuh dengan lebih cepat.

Shea butter mengandungi banyak bahan yang baik untuk kulit, antaranya fitoesterol yang dapat merawat kulit dan mengurangkan keradangan.

Cocoa butter pula kaya dengan vitamin seperti A1, B1, C, D, E, zat besi dan magnesium. Semua nutrisi ini sangat penting untuk memastikan kulit lembut dan sentiasa sihat.

Walau bagaimanapun, lemak shea dan koko mungkin bersifat komedogenik. Ini bermaksud, ia berpotensi membuatkan liang kulit tersumbat.

3. Zink dan titanium dioksida: Bahan penting dalam lip balm untuk bibir hitam

lip balm untuk bibir hitam

Sama seperti kulit anda, bibir juga sangat sensitif terhadap matahari. Terlalu banyak pendedahan kepada sinaran mentari boleh menyebabkan kulit kering, merekah dan mengalami pigmentasi.

Zink dan titanium dioksida merupakan bahan yang lazim ditemui di dalam produk kecantikan, termasuklah pelembap bibir.

Kedua-dua bahan ini dapat melindungi bibir dari sinaran UV. Sebagai panduan, pilih produk yang mempunyai SPF 30 atau lebih tinggi sebelum keluar rumah.

[embed-health-tool-bmi]

4. Lanolin sebagai bahan dalam lip balm untuk bibir hitam

Lanolin merupakan sejenis lilin yang dihasilkan oleh haiwan berbulu seperti biri-biri. Menurut kajian, lanolin dapat mengurangkan kehilangan air pada kulit sebanyak 20 hingga 30%.

Ramai orang yang sangat sukakan produk yang mengandungi lanolin. Katanya, ia dapat membuatkan bibir nampak lembut dan berwarna merah jambu.

Walau bagaimanapun, ia mungkin boleh mencetuskan alahan dalam sesetengah orang. 1.2-6.9% populasi didapati mempunyai alahan terhadap lanolin.

Jadi, sekiranya anda mempunyai sebarang masalah – seperti gatal-gatal, bibir menjadi merah, dan sebagainya – elakkan penggunaan sebarang produk yang mengandungi lanolin.

5. Minyak semula jadi

lip balm untuk bibir hitam

Selain lanolin dan madu, minyak semula jadi seperti minyak kelapa, jojoba, matahari dan marula juga dapat mengekalkan lembapan pada kawasan bibir.

Kebanyakan lemak semula jadi mempunyai asid lemak yang juga merupakan sumber antioksidan.

Ia juga dapat memastikan bibir kekal hidrat dan membentuk satu lapisan perlindungan pada permukaan bibir.

Jadi, apa tunggu lagi? Jika anda inginkan bibir yang sihat dan merah, carilah pelembap bibir yang mengandungi bahan-bahan di atas.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 11 Essential Oils: Their Benefits and How To Use Them. https://health.clevelandclinic.org/essential-oils-101-do-they-work-how-do-you-use-them/. Accessed on February 2, 2023.
  2. Allergy to wool alcohols. https://dermnetnz.org/topics/allergy-to-wool-alcohols. Accessed on February 2, 2023.
  3. Can You Be Addicted To Lip Balm? https://health.clevelandclinic.org/7-signs-your-lip-balm-use-is-just-a-bad-habit/. Accessed on February 2, 2023.
  4. Diagnosing lanolin contact allergy with lanolin alcohol and Amerchol L101. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6593808/. Accessed on February 2, 2023.
  5. Honey. https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements-honey/art-20363819. Accessed on February 2, 2023.
  6. Skin Pigmentation Disorders. https://medlineplus.gov/skinpigmentationdisorders.html. Accessed on February 4, 2023.
  7. Skin lightening. https://www.nhs.uk/conditions/cosmetic-procedures/non-surgical-cosmetic-procedures/skin-lightening/. Accessed on February 4, 2023.

Versi Terbaru

08/11/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Tip Mencantikkan Bibir

Bibir Kering, Berkerak & Berkuping Lepas Pakai Gincu Baru? Itu Tanda Dermatitis!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan