#1. Pastikan anda ludah kahak dengan kerap
Petua pertama adalah anda tidak boleh biar kahak terkumpul terlalu lama dan banyak dengan cara meludahkan kahak keluar sekerap yang mungkin sebelum ia mula berkumpul dan berlegar.
Sebaiknya, anda perlu cuba mengeluarkan kahak setiap kali sebelum dan selepas tidur kerana pada waktu ini kahak akan mula bertambah kuantiti demi melindungi diri ketika sedang lena.

Cara hilangkan kahak di tekak #2. Minum air suam
Kedua. anda juga perlu minum air suam dengan lebih banyak dan kerap kerana cara ini dipercayai mampu mencairkan sekali gus memudahkan untuk kahak segera keluar daripada kerongkong.
Dalam pada itu, kumur air garam juga sangat bagus untuk melegakan batuk, sakit dan gatal tekak.
Cara hilangkan kahak di tekak #3. Minum pati madu
Ketiga, pati madu yang dicampurkan dengan kayu manis, halia, ginseng, pudina serta variasi herba lain juga dikatakan mampu membuatkan kahak lebih cair sekali gus mudah untuk dikeluarkan.
Sifat antioksidan yang wujud di dalam herba-herba ini turut bagus untuk batuk dan masalah tekak.
#4. Mengunyah lozeng atau gula-gula dingin
Lozeng atau gula-gula dingin sudah tentu amat berguna di saat anda sedang mengalami ketidakselesaan pada tekak serta ketika batuk teruk.
Bukan sahaja ia mampu membantu membuat tekak lebih nyaman dan selesa malah turut memberi kesan kepada kuantiti kahak yang bakal berkurang serta tidak lagi terkumpul di kerongkong.
#5. Berhenti merokok dengan kadar segera!

Sudah terang lagi bersuluh, tabiat merokok sama ada dengan cara tradisional yakni tembakau atau moden iaitu vape dan pod merupakan seteru yang utama kepada sistem pernafasan manusia.
Dengan berhenti daripada mengamalkan tabiat-tabiat tiada faedah ini, bukan sahaja individu akan dapat lari daripada kahak malah mampu menjadikan tubuh badan lebih sihat keseluruhannya.
Maka, jadikan cara hilangkan kahak di tekak ini sebagai amalan semasa atau sebelum masalah itu hadir!
Jumpa doktor jika kahak masih banyak!
Sekiranya anda sudah lakukan semua cara nak hilangkan kahak di tekak namun masih tiada kesan yang positif, itu mungkin tanda bahawa anda mengalami masalah pada sistem pernafasan.
Fokus kepada asma atau resdung, kondisi-kondisi lain yang berkaitan turut boleh membuat kahak anda berkumpul, berlegar bahkan bertambah di kerongkong. Jadi, sila segera jumpa doktor untuk mendapatkan informasi dan nasihat lebih lanjut tentangnya!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen