backup og meta

Bibir Tiba-Tiba Bengkak Lepas Guna Kosmetik? Jom Tengok Cara Cepat Redakannya!

Pernahkah kalian mengalami situasi di mana bibir bengkak secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda amaran? Ia bukan sahaja akan menjengkelkan, malah turut menjejaskan dan menjatuhkan keyakinan diri individu! Bibir berdenyut? Lihat di bawah ini.

Bibir Tiba-Tiba Bengkak Lepas Guna Kosmetik? Jom Tengok Cara Cepat Redakannya!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Normalkah jika masalah ini terjadi tiba-tiba?

Bibir berdenyut atau bibir kebas?

Siapa sahaja yang tidak terkejut kalau bibir bengkak dengan tiba-tiba sahaja bukan? Situasi tersebut sudah tentu akan membuat individu rasa cemas dan takut apabila memandang wajah di depan cermin.

Di dalam dunia perubatan, pembengkakan pada bibir tidak mungkin muncul dengan begitu sahaja melainkan jika ada masalah yang bakal melibatkan perubahan struktur kulit di bahagian oral itu.

Kebiasaannya, bibir akan mula membengkak dan membesar ketika ada kerengsaan, keradangan atau kehadiran cecair dengan kuantiti sedikit berlebihan di dalam bahagian oral yang paling luar ini.

bibir bengkak
Bibir boleh jadi bengkak akibat banyak faktor.

Masalah ini bukan cuma membawa perubahan pada aspek penampilan bibir bahkan juga memicu rasa gatal, sakit dan tidak selesa. Persoalannya, apa pula punca sebenar di sebalik masalah bibir bengkak?

Apakah penyebab bibir bengkak?

Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, pembengkakan tiba-tiba pada bibir itu tidak normal melainkan kalau betul ada terjadi apa-apa masalah yang melibatkan struktur kulit di bahagian terbabit.

Walaupun ia mungkin nampak tidak begitu serius, individu masih perlu tahu punca masalah ini agar ia tidak berlaku serta berulang kepada anda. Jadi, apa dia punca yang membuat bibir anda membengkak?

Bibir tiba-tiba bengkak dan gatal #1. Reaksi daripada alergi

Pertama dan paling umum, kebengkakan bibir mungkin dipicu oleh reaksi daripada sistem imunisasi tubuh badan di mana ia dicetus gara-gara pengeluaran zat kimia (histamin) yang mungkin berlebihan.

Ada beberapa jenis alergen yang boleh menyebabkan masalah reaksi alergi berlaku, berikut adalah antara contohnya:

  • Alahan lingkungan – Pasir, debu, habuk, dan lain-lain
  • Alahan makanan – Kacang, gandum, tenusu dan lain-lain
  • Alahan ubatan – Ubat tahan sakit atau jenis yang lain
  • Serangga & haiwan kecil – Bulu, gigitan, sengatan serta cakaran

Perkara lain yang anda perlu tahu, alergen di atas juga tidak perlu terdedah secara terus kepada bibir untuk mencetuskan reaksi alergi. Ini kerana jika ia tersentuh di tempat lain juga akan turut menyebabkan perkara yang sama!

bibir bengkak
Antara jenis alahan yang biasa berlaku.

#2. Kecederaan pada bibir

Kedua, bibir luka.

Kecederaan di dalam bentuk luka atau lebam pada bibir anda juga akan mengakibatkan kebengkakan ekoran ia merupakan antara kawasan yang penuh dengan aliran serta saluran darah.

Disebabkan bibir luka, anda harus segera merawat bibir yang cedera dengan kompres dingin sebelum ia membengkak.

#3. Kekeringan pada bibir

Ketiga, kekeringan akan menyebabkan bibir kurang mendapatkan kelembapan yang cukup, sekali gus mengakibatkan masalah mata ikan atau ulser. Kesannya, kuman lebih mudah masuk lalu menyerang bibir individu.

#4. Angioedema

Merupakan kondisi di mana individu mengalami pembengkakan di bawah kulit akibat pelbagai faktor risiko, ia kerap menyerang kawasan bibir sekali gus membuat ia nampak membesar dan membengkak.

bibir bengkak
Gunakan pelembap bibir untuk elakkan bibir kering.

Cara menyembuhkan bibir bengkak

Sekiranya bibir anda sudah membengkak dan membesar, usah bimbang kerana kami ada beberapa cara mudah dan cepat yang anda boleh lakukan dalam usaha untuk hilangkan masalah ini seperti berikut:

  • Menggunakan kompres yang dingin
  • Menyapukan gel lidah buaya
  • Menjaga kebersihan bibir
  • Menjaga kelembapan bibir
  • Mengambil makanan dan minuman lembut
  • Mengambil ubat dengan preskripsi 

Kesimpulan

Kadangkala, cara-cara di atas ini mungkin tidak mampu menyelesaikan masalah anda ekoran pembengkakan itu sudah berada di tahap serius. Justeru, segera jumpa doktor untuk maklumat dan nasihat lebih lanjut.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Swelling of the Lips, https://www.aafp.org/pubs/afp/issues/2015/0101/p53.html, Accessed Mar 23 2023.

Lip, Swollen (Local Allergic Reaction), https://hhma.org/healthadvisor/pa-lip-hhg/, Accessed Mar 23 2023.

Angioedema, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/22632-angioedema, Accessed Mar 23 2023.

How to prevent and treat dry, chapped lips, https://www.aad.org/news/how-to-prevent-and-treat-dry-chapped-lips, Accessed Mar 23 2023.

Cuts and Wounds of the Mouth and Lips, https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=cuts-and-wounds-of-the-mouth-and-lips-90-P02836, Accessed Mar 23 2023.

Versi Terbaru

26/11/2025

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

7 Punca Badan Naik Bintik-Bintik Merah, Jaga-jaga Dengan Sumber Air Mandian Anda!

Ini 4 Alasan Kukuh Mengapa Anda Perlu Pakai Serum Muka!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 6 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan