Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mulut, anda boleh klik di sini.
Apa maksud kondisi ulser pada lidah?
Ulser adalah keadaan kesihatan di mana timbul tompok atau bintik berbentuk bulat dan berwarna putih di atas permukaan organ angkara luka terbuka yang gagal dirawat dengan kadar segera.
Untuk pengetahuan anda semua, kondisi ini boleh terjadi di mana-mana anggota badan termasuk kulit, perut, usus dan lain-lain tetapi mungkin lebih biasa berlaku pada bahagian mulut (oral).
Oral itu pula merangkumi bibir, gusi, lidah, tekak, lelangit dan kesemua bahagian ini mempunyai risiko untuk mengalami mata ikan. Namun, bibir dan gusi lebih berisiko tinggi berbanding yang lain.

Fokus kepada lidah, kondisi ini bukan sahaja menyakitkan bahkan menjejaskan kemampuan atau keselesaan anda dalam usaha berbicara, menelan air liur serta merasa makanan dan minuman.
Disebabkan itu, adalah amat penting bagi anda tahu apa punca sebenar di sebalik kondisi ulser lidah ini!
Apa punca kondisi ulser lidah?
Ramai yang mungkin sangka kondisi oral ini hanya satu perkara biasa dan boleh datang atau pergi dengan begitu sahaja. Ya, kepercayaan ini ada benarnya tetapi turut wujud kesalahan pada tanggapan anda itu.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen