backup og meta

Miliki Bibir Seksi Persis Selebriti Cantik Ini? Pssttt... Ada Rahsia Di Sebalik Bentuk Bibir Anda!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 16/03/2023

    Miliki Bibir Seksi Persis Selebriti Cantik Ini? Pssttt... Ada Rahsia Di Sebalik Bentuk Bibir Anda!

    Bibir yang seksi seperti selebriti cantik Kilafairy dan Zahirah Macwilson sering menjadi idaman kebanyakan wanita. Tahukah anda, sebenarnya di sebalik setiap keunikan bentuk bibir ideal itu mempunyai rahsia personaliti tersendiri? Jom kita bongkar!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini.

    Keunikan karakter bibir

    Selepas mata, bibir merupakan antara ciri wajah yang paling menarik untuk dilihat. Dengan senyuman manis, ia sedikit sebanyak boleh mengurangkan kesedihan yang dirasai.

    Mungkin ramai yang tidak tahu, bibir juga boleh mendedahkan banyak perkara tentang personaliti diri anda.

    Bahkan, sebenarnya berdasarkan face-reading science, setiap ciri badan memberikan gambaran tentang keperibadian diri. Menarik, bukan?

    Ini bermakna setiap individu dilahirkan dengan keunikan tersendiri ini atas sebab tertentu, yang akhirnya menjadikan siapa diri kita yang sebenarnya.

    Beberapa fakta menarik tentang bentuk bibir dan sifatnya

    Analisis bibir, atau turut dikenali sebagai Lipsology – dikaitkan dengan kemahiran Cina dalam face-reading.

    Bermula dari aspek saiz, bentuk kepada keadaan konturnya, bibir boleh mendedahkan beberapa aspek penting keperibadian diri anda.

    Bibir penuh & tebal

    Individu dengan bibir jenis ini secara semula jadinya mempunyai sifat empati dan naluri keibubapaan yang sangat baik. Mereka dilahirkan penyayang dan sering menjaga orang lain – sama ada anak-anak, adik-beradik atau rakan-rakan.

    bentuk bibir

    Mereka juga suka membina hubungan kukuh dengan pihak lain dan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkannya.

    Individu ini paling menghargai perhubungan dan jika terperangkap dalam situasi kompleks, mereka akan memikirkan tentang orang lain terlebih dahulu sebelum diri sendiri.

    Bibir bawah tebal daripada atas

    Happy-go-lucky adalah cara mudah untuk menjelaskan personaliti individu dengan gaya bibir ini.

    Tempoh kerja 9-5 tidak bersesuaian dengan jiwa dan mereka sering hadir dengan rancangan baharu untuk meraih pendapatan seiring gaya hidup penuh keseronokan.

    Mereka juga gemarkan pengembaraan dan sentiasa cuba mencari restoran dan tempat baharu untuk dilawati.

    Mempunyai bibir jenis ini? Anda berjiwa ingin tahu dan terbuka kepada segala yang baharu!

    Bentuk bibir atas tebal daripada bawah

    tebal

    Digelar drama queen kerana gemarkan perhatian yang diberikan kepada mereka. Beremosi namun, individu dengan personaliti ini sangat digemari ramai pihak. 

    Mereka juga berkarisma dan menyayangi kehidupan dengan sepenuhnya. 

    Percaya atau tidak, individu dengan gaya bibir ini dikatakan sebagai kelakar dan boleh membuat jenaka dalam apa jua keadaan.

    Bibir nipis

    Menggambarkan personaliti bukan sosial dan seseorang yang suka kekal dalam kawalan (berwaspada). Ada kalanya dilihat sebagai individu yang suka menyendiri.

    Kelebihan keperibadian introvert ini menjadikan anda seorang yang mampu berdikari. Anda juga yakin walaupun bersendirian.

    Namun dalam situasi berkumpulan, mereka yang memiliki jenis bibir ini mampu bergaul dengan cepat dan tidak kekok untuk berbual.

    nipis

    Bibir atas dengan cupid bow bulat

    Dianggap sebagai individu yang boleh dipercayai, matang dan mampu menangani sebarang isu dengan bertimbang rasa. 

    Mereka juga dikatakan mempunyai rasa belas kasihan dan baik hati. Anda cenderung untuk melupakan diri sendiri dalam situasi cuba untuk mengasihani orang lain.

    Pun begitu, individu dengan bibir ini mempunyai sifat sensitif dan menjadikan mereka mudah marah – terutamanya jika dicetuskan oleh perkara seperti ketidakadilan.

    Baca juga:

    Bentuk bibir mungil

    Individu dengan gaya bibir ini dikatakan memiliki sikap jujur, lemah-lembut serta manja.

    Namun mereka dikatakan lebih mendahulukan diri berbanding yang lain, kerana lebih menghargai diri sendiri.

    Sikap tersebut sekali gus menyukarkan anda untuk membina hubungan baik dengan pasangan. Pun begitu, jika pasangan mula memberikan perhatian, anda akan mula mementingkan pasangan.

    Bibir atas dengan cupid bow tajam

    bentuk bibir

    Disebut heart-shaped lips, individu di bawah kategori ini memiliki kreativiti – berusaha mengekspresikan diri dalam setiap bentuk, dengan hasil produktif dan artistik.

    Mereka juga mempunyai daya ingatan yang mengagumkan – bermakna individu dengan gaya bibir ini hebat dalam mengingati wajah dan mengekalkan interaksi sosial.

    Bentuk bibir ideal

    Secara umumnya, seseorang yang memiliki bibir ini – tidak terlalu nipis atau terlalu tebal, dalam erti kata lain terdapat keseimbangan antara bibir bahagian atas dan bawah – dianggap sebagai individu yang mempunyai jiwa keseimbangan.

    Selain daripada gemar ketawa dan berjenaka, mereka ini dikatakan pandai membawa diri dan boleh menyelesaikan masalah dengan penuh kesabaran.

    Personaliti individu di bawah bentuk bibir ideal ini juga tidak mudah terkesan dengan keadaan sekeliling. Mereka juga bersedia menerima kritikan.

    Bibir lebar

    bentuk bibir

    Digambarkan sebagai peramah, ekstrovert dan bukan seorang ‘pak turut’. Mereka yang mempunyai bibir ini boleh menjadi pemimpin yang baik dan sering didorong oleh kesempurnaan.

    Selain pandai berkawan, mereka juga sangat bertanggungjawab dan ada kalanya boleh menjadi terlalu memberi dan tidak mempunyai batasan emosi.

    Jadi yang mana satu bentuk bibir anda? Jom belek muka di cermin dan bandingkan adakah sama dengan ciri-ciri yang di atas.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 16/03/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan