backup og meta

Masalah Kulit Kaki Merekah, Bengkak & Gatal, Ini Angkara Penyakit Ekzema Kaki!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/02/2024

    Masalah Kulit Kaki Merekah, Bengkak & Gatal, Ini Angkara Penyakit Ekzema Kaki!

    Jenis eczema yang sering berlaku di bahagian kaki dikenali sebagai stasis, iaitu keradangan kulit yang menimpa mereka dengan masalah peredaran darah yang lemah.

    Kondisi ini juga cenderung berlaku di bahagian kulit kaki bawah kerana di situlah tempat darah biasanya berkumpul.

    Apabila darah terkumpul di urat kaki bawah, maka tekanan dalam urat bakal meningkat.

    Peningkatan tekanan ini kemudiannya akan merosakkan kapilari, iaitu saluran darah yang sangat kecil. Ini menyebabkan protein untuk membocor ke dalam tisu.

    Kebocoran ini memicu pengumpulan sel darah, cairan, dan protein, lantas membuat kaki membengkak. Kebengkakan ini disebut peripheral edema.

    Penderita stasis ekzema biasanya mengalami bengkak kaki, luka terbuka, kulit gatal dan kemerahan.

    Menurut 1 teori, protein yang disebut fibrinogen mungkin bertanggungjawab terhadap perubahan yang anda lihat pada kulit.

    Apabila fibrinogen membocor ke dalam tisu, badan anda mengubahnya menjadi protein berbentuk aktif, yang digelar fibrin. 

    Ketika bocor, fibrin bakal mengelilingi kapilari anda, membentuk fibrin cuffs, yang mampu mencegah oksigen daripada memasuki tisu anda.

    Jadi, apabila sel tidak lagi berupaya menerima oksigen secukupnya, sel-sel tersebut boleh menjadi rosak dan mati lantas menjadi punca jenis eczema ini.

    jenis eczema

    Simptom umum yang anda perlu tahu

    Gejala awal jenis ekzema stasis biasanya menjejaskan bahagian kaki bawah, tapi ia juga boleh menyebabkan:

  • Iritasi kulit
  • Kemerahan, kegatalan dan kebengkakan kulit, terutamanya pada mana-mana urat varikos
  • Bengkak di bahagian bawah dan pergelangan kaki, khususnya setelah berdiri lama
  • Semasa dermatitis stasis berlangsung, simptom awal ini berisiko untuk bertambah buruk.

    Bahkan, gejala baharu boleh muncul! Ini termasuklah:

    Dalam kes yang teruk, beberapa kawasan di kaki bawah boleh menjadi sangat gatal, mengeras, bersisik, dan terdedah kepada jangkitan!

    Stasis ekzema, apa dalang di sebaliknya?

    Peredaran darah yang lemah dikenal pasti berupaya memicu dermatitis stasis.

    Biasanya, pengaliran darah yang lemah berpunca daripada kondisi kronik (jangka panjang), seperti kekurangan vena (venous insufficiency).

    Kekurangan vena berlaku apabila urat hadapi masalah untuk menghantar darah ke jantung anda.

    Terdapat injap sehala di dalam urat kaki anda yang memastikan darah sentiasa mengalir ke arah yang betul, iaitu ke arah jantung.

    Pada orang yang kekurangan vena, injap ini berisiko menjadi lemah, lalu menyebabkan darah mengalir semula ke bawah dan berkumpul di kaki.

    Ini menjadikan pengumpulan darah yang memicu kondisi jenis ekzema stasis!

    Vena varikos dan kegagalan jantung kongestif turut diketahui menjadi punca pembengkakan kaki dan jenis ekzema stasis.

    Kebanyakan keadaan yang mengakibatkan jenis eczema stasis ini biasanya muncul pada golongan yang berusia.

    jenis eczema

    Pun begitu, terdapat juga beberapa sebab lain yang tidak berkaitan dengan usia, termasuk:

    • Trombosis urat dalam di kaki
    • Kecederaan trauma pada bahagian kaki bawah
    • Jalani pembedahan, seperti urat kaki untuk pembedahan pintasan

    Antara faktor-faktor risiko masalah ini

    Beberapa faktor dilaporkan dapat meningkatkan risiko seseorang terkena jenis eczema ini, termasuk:

    1. Berjantina wanita.
    2. Berumur lebih daripada 50 tahun.
    3. Mempunyai berat berlebihan atau gemuk.
    4. Tekanan darah tinggi.
    5. Hidap penyakit buah pinggang.
    6. Bersalin.
    7. Kerap berdiri atau duduk lama.
    8. Kurang bersenam.

    Bagaimana diagnosis & rawatan ekzema ini?

    Untuk mendiagnosis jenis eczema stasis ini, doktor akan memeriksa kulit kaki anda dengan teliti.

    Mereka mungkin akan melakukan ujian ultrabunyi seperti Doppler vena.

    Ini adalah ujian bukan invasif yang menggunakan gelombang bunyi untuk memeriksa aliran darah di kaki.

    Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan di rumah untuk merawat jenis eczema di kaki ini, seperti:

    1. Elakkan berdiri dan duduk dalam jangka masa yang lama.
    2. Pakai stoking compression.
    3. Pakai pakaian longgar untuk mengelakkan kerengsaan kulit.

    jenis eczema

    Opsyen lain, kalian juga boleh meminta pendapat doktor mengenai jenis krim atau salap kulit yang boleh digunakan.

    Perhatian! Elakkan menggunakan produk berikut:

    • Lanolin
    • Calamine dan losen lain yang mengeringkan kulit
    • Benzocaine dan ubat kebas lain
    • Salap antibiotik topikal seperti neomycin, dek kerana risiko alahan

    Doktor anda mungkin juga akan meminta untuk meletakkan pembalut basah pada kulit dan mempreskripsikan krim atau salap steroid topikal.

    Jika kulit didapati telah dijangkiti, doktor biasanya akan mempreskripsikan antibiotik.

    Pembedahan pula mungkin akan disyorkan untuk membetulkan urat varikos jika didapati menyakitkan.

    Merawat kondisi yang memicu kekurangan vena; tekanan darah tinggi dan kegagalan jantung kongestif juga dapat bantu mengawal stasis ekzema anda.

    Jenis eczema stasis ini jangan sesekali dipandang enteng! Jika tidak dirawat, boleh mengakibatkan:

    • Parut kekal
    • Ulser kaki kronik
    • Osteomyelitis, jangkitan tulang
    • Jangkitan kulit bakteria, seperti abses atau selulitis

    Namun, jangan percaya dengan mitos eczema penyakit berjangkit kerana ia tidak benar!

    Bagaimana ekzema ini boleh dicegah?

    Stasis ekzema acap kali dipicu oleh penyakit kronik, seperti kegagalan jantung kongestif, menjadikannya sukar untuk dicegah sekiranya anda sudah pun berpenyakit.

    Namun, kalian masih boleh mengurangkan risiko dengan mencegah pembengkakan kaki (peripheral edema) yang menyebabkannya.

    Senaman juga amat bagus dalam menurunkan risiko!

    Malah, senaman adalah kaedah terbaik untuk tingkatkan peredaran darah dan mengurangkan lemak badan.

    Di samping itu, jangan lupa menjaga diet ya! Mengehadkan jumlah garam dalam masakan dan makanan juga boleh membantu!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan