1. Pilih produk yang mengandungi madu

Madu merupakan sejenis humektan. Ini bermaksud, ia dapat menarik lembapan ke kawasan bibir anda.
Produk yang mengandungi madu bukan sahaja dapat melembapkan bibir, malahan ia juga boleh membantu exfoliate permukaan bibir untuk pastikan ia sentiasa lembap dan nampak sihat.
Penggunaan madu bukanlah satu perkara baharu dalam dunia kecantikan. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan lip balm untuk bibir hitam, sapukan sahaja madu terus pada bibir anda.
Madu mempunyai banyak kebaikan. Ia dapat memulihkan kulit, melembapkan dan mengurangkan risiko jangkitan kulit disebabkan sifat antibakteria dan antikulatnya.
2. Shea dan cocoa butter mungkin dapat membantu
Shea dan cocoa butter merupakan lemak yang datang dari pokok shea dan koko.
Dua jenis lemak ini dapat membantu mengekang lembapan pada bibir dan membantu luka untuk sembuh dengan lebih cepat.
Shea butter mengandungi banyak bahan yang baik untuk kulit, antaranya fitoesterol yang dapat merawat kulit dan mengurangkan keradangan.
Cocoa butter pula kaya dengan vitamin seperti A1, B1, C, D, E, zat besi dan magnesium. Semua nutrisi ini sangat penting untuk memastikan kulit lembut dan sentiasa sihat.
Walau bagaimanapun, lemak shea dan koko mungkin bersifat komedogenik. Ini bermaksud, ia berpotensi membuatkan liang kulit tersumbat.
3. Zink dan titanium dioksida: Bahan penting dalam lip balm untuk bibir hitam

Sama seperti kulit anda, bibir juga sangat sensitif terhadap matahari. Terlalu banyak pendedahan kepada sinaran mentari boleh menyebabkan kulit kering, merekah dan mengalami pigmentasi.
Zink dan titanium dioksida merupakan bahan yang lazim ditemui di dalam produk kecantikan, termasuklah pelembap bibir.
Kedua-dua bahan ini dapat melindungi bibir dari sinaran UV. Sebagai panduan, pilih produk yang mempunyai SPF 30 atau lebih tinggi sebelum keluar rumah.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen