10 langkah untuk merias kuku dengan bagus di rumah

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Tangan anda mengendalikan banyak kerja di badan anda. Oleh itu, adalah logik untuk kita menjaga tangan kita. Terutamanya kuku anda, terdedah kepada kerosakan jika anda melakukan banyak kerja setiap hari. Untuk mencegah kerosakan, apa yang anda perlu adalah merias kuku dengan baik. Ini adalah langkah-langkah mudah bagaimana anda boleh merias kuku sendiri di rumah:

Langkah 1:

Basahkan kuku jari anda di dalam semangkuk air panas dalam 5-10 minit. Ini akan melembutkan jari dan memudahkan proses mengasah kuku. Kuku rapuh mudah rosak jika anda tidak menjaganya.

Keluarkan tangan dari mangkuk tersebut apabila air menjadi sejuk atau sama seperti suhu bilik. Kuku anda akan mula berasa lembut dan keringkannya dengan tuala.

Langkah 2:

Jika anda punyai kuku panjang, lebih baik anda boleh memotongnya dengan pengetip kuku daripada mengasah. Untuk permulaan, kekalkan ia pada panjang yang sederhana di mana kuku anda tidak akan terpatah dengan mudah. Jika anda mahu pengilat kuku tahan lebih lama, anda patut mempunyai kuku pendek.

Langkah 3:

Apabila kuku anda sudah panjang seperti yang anda hendaki, bentukkan kuku dengan menggunakan pengasah kuku. Setiap pengasah kuku miliki kelembutan berbeza. Lagi lembut pengasah tersebut, lagi lembut ia pada kuku anda, namun proses mengasah juga akan mengambil masa panjang.

Apabila anda mengasah kuku, elakkan pergerakan menggergaji (belakang dan depan pada kuku). Kekal pada satu arah ke tengah kuku. Gunakan berus lembut untuk memberus habuk-habuk daripada pengasah kuku anda.

Langkah 4:

Seterusnya, letakkan minyak kutikel pada jari anda. Anda boleh sahaja guna minyak zaitun atau minyak jojoba. Letakkan setitik pada setiap jari dan urut kuku anda. Ini akan melembutkan kutikel dan memberikan minyak yang penting pada kulit di sekeliling kuku anda.

Langkah 5:

Apabila sudah selesai mengurut, tiba masanya untuk menolak semula kutikel anda. Ini adalah amalan yang sudah lama dipraktikan bagi peminat kuku. Ia tidak akan mencederakan kuku anda jika dilakukan dengan betul. Menolak semula kutikel dapat membantu kuku untuk tumbuh lebih cepat dan panjang.

Terdapat dua alat yang anda boleh guna: batang oren atau penolak kutikel. Batang oren sangat lembut dan ia tidak akan menggali ke dalam kuku anda. Penolak kutikel berbentuk seperti lengkung kutikel, jadi anda boleh membentuk kutikel anda dengan mudah. Walaubagaimanapun, ia juga lebih sukar. Jika anda menggunakan penolak kutikel, jangan menggali ke dalam kuku atau menolak terlalu kuat; anda mungkin terlepas kutikel dan menolak ke dalam kulit.

Langkah 6:

Gunakan bebola kapas yang direndam di dalam pembasuh pengilat kuku untuk menggosok kutikel anda. Ini akan mengeluarkan minyak pada kuku dan kulit di sekitar kuku anda. Mengapa? Kerana ia membantu menghilangkan sebarang bahan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Selain itu, ia akan membantu mengekalkan pengilat kuku anda tahan lebih lama.

Langkah 7:

Sapukan sapuan asas pada kuku anda. Terdapat dua jenis sapuan asas: sapuan mudah di tanggal dan sapuan biasa. Seperti namanya, sapuan mudah di tanggal membantu menanggalkan pengilat kuku tanpa menggunakan pembersih penghilang pengilat kuku yang lebih rumit dan boleh mengeringkan kulit anda.  Sekiranya anda mahu pengilat kuku anda tahan lama, guna sapuan asas tetap.

Sapuan asas akan mencegah pengilat kuku dari mengotorkan kuku anda. Sekiranya anda selalu memakai pengilat kuku, anda mungkin menyedari kuku anda kekuningan berbanding dengan mereka yang tidak memakai pengilat kuku.

Langkah 8:

Di sinilah keseronokan bermula! Sapukan mana-mana pengilat kuku dengan warna pilihan anda. Apa sahaja yang anda lakukan, ingat untuk membiarkan pengilat itu kering sebelum anda meletakkan sapuan seterusnya. Ia mungkin mengambil beberapa percubaan dan kesilapan untuk mendapatkan pengilat seperti yang anda inginkan namun ianya berbaloi. Sekiranya anda menggunakan gel pengilat, bukannya pengilat biasa, ingat untuk merawat kuku anda dengan lampu cahaya UV sebelum setiap sapuan.

Langkah 9:

Akhirinya dengan sapuan terakhir. Terdapat banyak sapuan yang boleh anda pilih: sapuan terakhir tidak berwarna, gel sapuan (anda perlu merawat ini juga), sapuan matte, sapuan holo, dan lain-lain. Sebahagiannya mungkin menyerlahkan reka bentuk dan ada juga yang mungkin menenggelamkan reka bentuk anda. Petuanya adalah dengan mencubanya pada penutup plastik yogurt (atau apa-apa penutup yang anda boleh cari) atau tikar sebelum mengenakan sapuan terakhir pada kuku anda.

Langkah 10:

Bersihkan sebarang ketidakkemasan yang anda lakukan dengan Q-tip yang direndam dalam aseton. Untuk mengekalkan pengilat kuku lebih lama, tutup hujung kuku anda semasa menyapu sapuan.

Rawatan kecantikan kuku dan tangan yang mudah ini bukan sahaja mencantikkan penampilan tetapi juga menyihat dan menguatkan kuku anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Memori Otak Anda Akan Lebih ‘Power’ Kalau Kurang Ambil 5 Jenis Makanan Ini!

    Apa kata, kali ini kita lihat kepada makanan tidak berkhasiat yang boleh memberikan kesan negatif kepada otak, khususnya memori otak. Apakah makanan itu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Kesihatan Mental 19/01/2021 . 3 minit bacaan

    Ini Manfaat Kesihatan Jika Jaga Silaturahim, Antaranya Panjang Umur!

    Sudah menjadi lumrah kita untuk membina pertalian. Hubungan sihat mampu memberi manfaat terhadap kesihatan mental dan fizikal yang lebih baik.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 18/01/2021 . 3 minit bacaan

    Kesan Pada Tekak Jika Alami Difteria, Ini 8 Simptom Yang Boleh Bawa Maut!

    Kesan penyakit difteria akan banyak berlaku kepada tekak. Jom klik untuk tahu 8 simptom yang mungkin akan terjadi sekiranya dijangkiti!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 18/01/2021 . 3 minit bacaan

    Tak Hamil, Tapi Kenapa Ada Garis Hitam Di Perut? Ini Punca & Cara Hilangkannya!

    Perasan tak garisan hitam di perut? Garis hitam itu linea nigra yang selalu ada pada perut wanita hamil. Tapi anda tidak mengandung, jadi kenapa ia wujud?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 18/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kelenjar air liur

    5 Masalah Kesihatan Yang Boleh Berlaku Pada Kelenjar Air Liur, Yang Terakhir Paling Menakutkan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
    tanda kanser usus

    Lakukan Ujian Najis Untuk Kesan Kanser Kolorektal, Adakah Benar-benar Berkesan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
    masalah usus

    Usus Tersumbat Boleh Bawa Maut, Awasi Jika Anda Kerap Muntah & Kembung Perut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
    membunuh diri

    Jika Pernah Terlintas Ingin Membunuh Diri, Usah Berdiam! Lakukan 3 Perkara Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan