Bagi kaum lelaki yang mengalami masalah zakar berkaitan hubungan seksual, ramai yang cenderung memilih untuk melakukan cara urutan batin.
Secara tradisionalnya, urutan sebegini telah lama wujud dan dipercayai mampu meningkatkan kemampuan serta ketahanan lelaki di ranjang.
Sekiranya memang mempunyai masalah seksual, mungkin tiada masalah untuk melakukannya. Jika tidak? Ada mudarat!
Jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini untuk tahu tentang kesan melakukan cara urutan batin dengan lebih mendalam lagi.
Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.
Apa itu cara urutan batin lelaki?
Buat anda yang mungkin belum tahu tentangnya, urut batin maksud akan berfokuskan kepada alat sulit lelaki yakni zakar, testis serta prostat.
Cara urutan batin ini akan dilakukan oleh tukang urut kepada lelaki yang kebiasaannya menghadapi masalah berkaitan kehidupan seksual mereka.
Mungkin ramai dalam kalangan masyarakat kita yang gemar menjalani prosedur ini apabila sudah dekat tarikh perkahwinan masing-masing.
Ini bertujuan memberikan lebih stamina dan tenaga batin yang diperlukan untuk melalui fasa malam pertama yang begitu mendebarkan.
Berikut merupakan antara manfaat yang mungkin boleh diperolehi melalui urutan ini:
- Membantu merawat masalah mati pucuk
- Membantu merawat masalah kelenjar prostat
- Membantu menyelesaikan masalah ejakulasi pramatang
- Membantu melegakan rasa sakit ketika air mani terpancut
- Membantu melancarkan saluran air kencing
- Membantu meredakan simptom prostatic hyperplasia (BPH)
Kajian preliminari pada tahun 2009 mengesahkan bahawa kesemua masalah di atas mungkin dapat diselesaikan dengan cara urutan batin yang betul.
Ini kesan buruk jika lelaki salah guna urutan!
Ya, memang benar bahawa urut batin tradisional mungkin boleh memberi kesan baik terhadap kesihatan batin bagi kaum lelaki.
Pun begitu, tersembunyi juga beberapa kesan buruk yang boleh datang akibat daripada prosedur yang disalahgunakan.
Untuk pengetahuan anda, ada individu yang sengaja mendapatkan khidmat urut alat kemaluan ini bagi tujuan yang salah yakni melampiaskan nafsu syahwat.
Cara urutan batin yang salah ini lebih dikenali dengan istilah ‘happy ending’ dan cenderung melibatkan tukang urut bukan daripada kalangan profesional.
Selain itu, wujud juga teknik urut batin untuk lelaki dari badan ke badan yang lebih dikenali dengan akronim B2B dan ia juga merupakan satu prosedur yang tidak bermoral untuk dicuba.
Apa kesan buruk yang boleh didapati? Semestinya, ada risiko terkena penyakit!
#1. Penyakit jangkitan kelamin (STD)
Pertama sekali, kalian perlu tahu bahawa pusat urut tidak berlesen yang menawarkan khidmat sebegini memang tidak selamat.
Ini kerana ia kebiasaannya menawarkan khidmat tukang urut dari luar negara yang tidak diketahui tahap kesihatan dan cara kehidupan mereka.
Disebabkan telah bercampur dengan ramai pelanggan yang juga tidak diketahui latar belakang, maka risiko penyakit berjangkit adalah tinggi.
Ini terutamanya penyakit jangkitan kelamin STD seperti HIV yang mudah merebak melalui aktiviti seksual yang tidak sihat.
#2. Kerosakan kekal pada alat sulit
Individu yang gemar melakukan cara urutan batin lelaki tidak berhasrat untuk memulihkan masalah seksual, sebaliknya hanya ingin memuaskan nafsu syahwat.
Khidmat urut yang menawarkan handjob atau blowjob ini pula seterusnya hanya akan melaksanakannya dengan teknik yang mungkin tidak bagus untuk anda.
Geseran, hentakan atau sentuhan yang terlalu kuat pada zakar lelaki mungkin boleh membawa kerosakan kekal seterusnya menyebabkan kondisi kronik berlaku.
Antara kondisi yang dibimbangi akan terjadi adalah ereksi tidak kuat, ejakulasi pramatang serta mati pucuk!
Ketahuilah, urutan batin lelaki memang benar ada manfaat namun turut wujud kesan sampingan:
- Penyakit jangkitan kelamin (STD)
- Kerosakan kekal pada alat sulit
- Berdepan tindakan undang-undang
#3. Berdepan tindakan undang-undang
Untuk pengetahuan anda, khidmat urutan batin yang tidak berlesen boleh menyebabkan anda berdepan tindakan undang-undang.
Jika anda berada di dalam premis serta membayar untuk khidmat tersebut, maka kalian boleh disabitkan kesalahan dan dikenakan hukuman.
Fikir semula, adalah risiko terhadap kesihatan dan kehidupan anda ini berbaloi semata-mata untuk melampiaskan nafsu syahwat yang sementara?
Konklusinya, mungkin adalah tidak salah untuk mendapatkan khimat urutan batin lelaki asalkan ia adalah untuk tujuan menyelesaikan masalah seksual lelaki.
Namun adalah penting untuk kalian mendapatkan khidmat cara urutan batin tersebut melalui cara, tempat dan orang yang tepat untuk mengelakkan komplikasi lain pula berlaku.
[embed-health-tool-ovulation]