home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Isteri Ada Masalah Sukar Terangsang Ketika Seks? Mungkin Boleh Cuba Urutan 'Yoni' Ini!

Isteri Ada Masalah Sukar Terangsang Ketika Seks? Mungkin Boleh Cuba Urutan 'Yoni' Ini!

Pernah terdengar atau terbaca tentang urutan yoni? Jika belum tahu, maka artikel ini adalah tepat buat anda!

Seperti mana yang kita semua sudah tahu, seks adalah antara perkara terpenting dalam kehidupan suami isteri.

Tanpa aktiviti hangat ini, maka akan hambar dan tidak bermaknalah kehidupan di kamar tidur buat kalian berdua.

Persoalannya, apakah yang boleh dilakukan sekiranya anda atau pasangan sukar terangsang tatkala projek asmara berlangsung?

Mungkin kalian boleh cuba sejenis urutan yang dinamakan sebagai urutan yoni. Jom baca artikel ini dengan lebih lanjut lagi!

Apa itu urutan yoni?

Sebelum itu, wajarlah untuk kita semua tahu apa definisi sebenar urutan ini terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, ‘yoni’ adalah perkataan sanskrit yang membawa maksud ‘faraj’.

Ia adalah sejenis urutan khusus buat wanita untuk membuat anda lebih selesa dengan tubuh badan dan mengetahui apa yang membikin kalian terangsang ketika seks.

Sesuai dengan namanya, urutan ini berfokuskan khas kepada bahagian alat sulit wanita dan boleh dilakukan berseorangan atau bersama pasangan.

Berminat untuk melakukannya? Ketahuilah ia membawa banyak manfaat!

Apa manfaat urutan yoni?

Urutan ini membenarkan anda sebagai seorang wanita mempelajari tubuh badan kalian untuk mengetahui apa yang terbaik dari aspek seksual.

Ya, mungkin manfaat ini juga boleh didapati melalui aktiviti penetrasi zakar ke dalam faraj itu sendiri namun ia hadir dengan tekanan yang tinggi.

urutan yoni

Sekiranya anda mengalami trauma seksual lantas membuat anda tertekan semasa bersenggama, maka urutan ini adalah sangat sesuai.

Ini kerana urutan yoni boleh merangsang faraj anda secara seksual selain bahagian tubuh badan lain yang juga merupakan zon erotik seperti perut dan payudara.

Kesannya? Wanita yang ada masalah sukar terangsang ketika seks ekoran tertekan mungkin mampu mencapai orgasma dengan mudah!

Apa yang lebih penting, urutan ini bukan sahaja berfokuskan kepada aspek seksual malahan emosi juga.

Jika dilakukan secara bersama, maka hubungan anda dan pasangan akan lebih terjalin dengan ikatan yang kuat.

Jom teruskan ikuti artikel ini untuk tahu cara melakukannya.

Bagaimana untuk melakukan urutan yoni?

Ketahuilah bahawa urutan yoni adalah berbeza bergantung kepada individu itu sendiri.

Sekiranya anda atau pasangan baharu sahaja mahu memulakannya, teknik-teknik berikut adalah bagus untuk digunapakai:

Cupping

  1. Pegang faraj dengan tangan membentuk seakan sebentuk sudu.
  2. Perlahan gerakkan tangan anda dengan pergerakan membulat.
  3. Perlahan tekankan tangan anda kepada bahagian bukaan faraj.
  4. Gunakan tapak tangan untuk mengurut keseluruhan faraj.

Circling

  1. Gunakan hujung jari untuk menyentuh klitoris.
  2. Lakukan pergerakan membulat mengikut arah jam dan lawan jam berulang kali.
  3. Lakukan sentuhan ini daripada bulatan kecil kepada bulatan besar dan ulang semula.
  4. Berikan tekanan lemah, sederhana dan kuat menggunakan jari jemari anda.

urutan yoni

Pushing & pulling

  1. Perlahan tarik klitoris ke bawah menggunakan jari.
  2. Perlahan kawal jari anda ke atas dan ke bawah dengan tekanan yang sama.
  3. Ulang proses ini dari awal hingga akhir.

Tugging

  1. Perlahan picit klitoris menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.
  2. Perlahan cubit klitoris ke atas dan lepas.
  3. Perlahan cubit bibir faraj ke atas dan lepas.
  4. Lakukan proses ini secara berulang dengan lembut.

Tapping

  1. Gunakan satu jari atau lebih untuk menyentuh klitoris.
  2. Gentel klitoris dari kiri ke kanan.
  3. Gentel klitoris dari bawah ke atas.
  4. Lakukan proses ini secara berulang dengan lembut.

Rolling

  1. Pegang klitoris menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.
  2. Perlahan lagakan klitoris ini di antara dua jari anda.
  3. Ulang proses ini secara perlahan.

urutan yoni

Kesemua teknik yang kami nyatakan ini boleh anda lakukan secara berseorangan atau bersama pasangan tercinta.

Adakah selepas melakukan ururtan ini kalian boleh terus berasmara? Terpulang kepada anda!

Ia akan bikin seks lebih hangat & sensasi!

Konklusinya, urutan yoni ini wajar dilakukan buat wanita terutamanya mereka yang ada masalah sukar terangsang ketika beraksi di ranjang.

Ini kerana ia membantu kalian untuk mengenali tubuh badan sendiri di samping merelakskan tubuh badan yang sering ‘keras’ tatkala bersama.

Sekiranya anda dan pasangan ingin melakukannya tetapi kurang pasti bagaimana untuk bermula, sila rujuk pakar terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://flo.health/menstrual-cycle/sex/pleasure/vaginal-massage
  2. https://www.herfamily.ie/wellness/vagina-massage-people-getting-243459
  3. https://www.okwhatever.org/topics/naughty/i-got-a-yoni-massage-weird-news
  4. https://doi.org/10.1057/9780230119925_7
  5. https://doi.org/10.3402/snp.v6.31763
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 05/07/2021
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor