Semua mungkin sudah sedia maklum apa maksud bersetubuh bukan? Namun, tahukah anda ada banyak perkara mengenai seks suami isteri yang belum ramai tahu atau peduli? Jom baca artikel!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual , anda boleh klik di sini.
1. Seks kali pertama boleh menghamilkan
Kehamilan boleh berlaku pada bila-bila masa.
Ia tidak menunggu kali kedua atau ketiga. Jika anda seorang individu wanita dan subur, anda boleh hamil jika anda tidak menggunakan perlindungan seks.
Terdapat kanak-kanak perempuan yang hamil walaupun sebelum kedatangan haid pertama mereka. Jadi, perlindungan adalah penting.
Pastikan anda menggunakan kontraseptif. Kondom adalah yang terbaik kerana ia dapat melindungi anda daripada penyakit kelamin (STD).
2. Pancut di luar belum tentu selamat
Pasangan anda menyatakan bahawa anda tidak perlu bimbang kerana dia akan menarik keluar zakar tepat pada waktu? Jangan terpedaya.
Ia merupakan antara perihal mengenai seks yang sering kali dipercayai, sama ada individu wanita mahupun lelaki.
Walaupun dia berjaya menarik keluar zakar sebelum ejakulasi, anda masih berisiko untuk hamil.
Ini kerana apabila seorang individu lelaki teruja, badannya akan mengeluarkan cairan pra ejakulasi, yang mengandungi sperma dan jangkitan kelamin yang lain.
Paling selamat, sila pakai kondom.
3. Tiada posisi boleh mencegah kehamilan
Mitos menyatakan kehamilan boleh dielakkan jika ia dilakukan pada posisi berdiri atau duduk dalam tab mandi.
Kedengaran menyakinkan, bukan?
Tapi, malangnya, sperma adalah satu sel yang mempunyai semangat yang kuat. Ia akan berenang ke atas mencari telur untuk disenyawakan.
Ia tidak mengira sama ada anda duduk, berdiri malah melompat sekali pun, anda tetap berisiko untuk hamil jika tiada kontraseptif.
4. Seks oral tidak mungkin menghamilkan
Ya, anda menelan sperma dan ia akan masuk ke usus dan dicerna. Namun, anda masih berisiko untuk mendapat penyakit kelamin melalui oral seks.
Mencegah adalah yang terbaik, bukan? Sentiasa gunakan kondom apabila berkaitan seks.
5. Cling film tidak boleh menggantikan kondom
Plastik telus yang digunakan untuk membalut makanan atau cling film bukanlah satu idea yang hebat untuk melindungi anda daripada kehamilan.
Sebarang plastik tidak boleh digunakan sebagai pengganti kondom.
Hanya kondom yang dapat melindungi anda daripada kehamilan dan penyakit kelamin.
6. Testis tidak akan meletup
Jangan pernah tertipu dengan alasan ini.
‘Bola’ yang menyimpan sperma atau dirujuk sebagai testis ini tidak akan meletup walaupun tidak melakukan apa-apa yang berkaitan mengenai seks.
Tidak pernah wujud kes individu cedera apabila tidak melakukan seks.
Sperma akan dihasilkan setiap hari dan sperma yang tidak digunakan, akan diserap kembali.
7. Hanya sekali pakai
Kondom direka untuk kegunaan pakai buang. Jangan basuh dan memakainya kembali.
Geseran boleh melemahkan fungsi perlindungan kondom, yang menyebabkan berlaku kebocoran.
Sebaiknya tukar kondom yang baru selepas 30 minit hubungan seks.
8. Saiz tidak penting
Tiada jaminan zakar yang besar akan memberi wanita lebih kepuasan.
Zakar yang besar tidak menjadikan ia mudah untuk mengesan G-spot anda.
Sebaliknya, ia mungkin menyebabkan anda berasa sakit kerana zakar pasangan anda terlalu besar dan menyakiti serviks anda semasa hubungan seks suami isteri.
Teknik dan posisi adalah lebih penting daripada saiz.
9. Wanita tidak berminat tentang seks?
Ia adalah satu kepercayaan mengenai seks yang dipercayai.
Norma kehidupan, malah pendidikan berkaitan seks membuatkan wanita malu, apatah lagi untuk mengutarakan tentang keperluan dan keinginan diri.
Ia sekali gus menimbulkan kepercayaan bahawa hanya lelaki berminat mengenai seksual suami isteri.
Hakikatnya, wanita turut menikmati hubungan seks. Dan, ia adalah satu perkara yang tidak salah.
10. Gay hanya melakukan seks anal
Sama ada anda tulen atau gay, mengenai seks anal atau seks dubur ini adalah berkaitan dengan kehendak peribadi.
Ada yang menyukainya, ada yang tidak.
Kenyataan daripada Third National Survey of Sexual Attitudes and Lifestyles, yang disiarkan pada 2013, menunjukkan hanya 18.5% lelaki dalam kumpulan usia 16 hingga 24 tahun melakukan seks anal pada tahun sebelumnya.
11. Lesbian boleh meningkatkan risiko infeksi
Melakukan hubungan seks sejenis, antara wanita dengan wanita lain, tidak bermakna ia selamat.
Penyakit kelamin boleh merebak melalui cecair faraj, darah atau perhubungan yang rapat.
Cara terbaik dalam menggunakan kondom pada mainan seks yang digunakan.
12. STD tidak mendatangkan simptom
Anda mungkin tidak mengalami sebarang simptom dan anda mungkin tidak dapat mengesannya pada pasangan anda, jika wujudnya penyakit kelamin.
Dalam kebanyakan kes, simptom penyakit kelamin ini hanya dapat disedari pada ketika ia sudah terlambat.
Penyakit kelamin tidak boleh dirawat dan boleh menyebabkan kerosakan kekal pada tahap kesihatan anda.
Hanya dengan pemeriksaan mengenai seks sahaja dapat memastikannya.
13. STD tidak menjejaskan seks
Kebanyakan penyakit kelamin disembuhkan dengan antibiotik. Bakteria penyebab penyakit kelamin ini mudah dilawan.
Jenis penyakit kelamin, yang disebabkan oleh virus HIV, HPV atau herpes, tidak boleh disembuhkan tetapi ia boleh dikawal.
Melalui ubatan yang betul, individu yang menderita akibat virus penyakit kelamin boleh menjalani kehidupan yang panjang dan lebih bermakna.
14. Melancap tidak menjejaskan alat kelamin
Antara perkara mengenai seks suami isteri yang sering dipercayai adalah melancap boleh menjejaskan organ seksual anda, yang akhirnya menyebabkan kemandulan.
Ia adalah salah kerana melancap adalah sama sahaja seperti melakukan seks, cuma anda tidak mempunyai pasangan.
[embed-health-tool-ovulation]