home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Bukan Malam Saja Boleh Berjimak, Rupanya Ada Waktu Lain Yang Lagi BEST!

Bukan Malam Saja Boleh Berjimak, Rupanya Ada Waktu Lain Yang Lagi BEST!

Setiap pasangan suami isteri semestinya menginginkan kehidupan seks yang sihat dan seronok bukan? Disebabkan itu, macam-macam usaha telah dilakukan seperti mengenakan pakaian seksi, menggunakan alatan mainan seks serta mengamalkan pelbagai variasi posisi seks.

Namun, kadangkala aksi di ranjang kalian masih juga hambar. Kenapa?

Sebenarnya, anda dan pasangan mungkin terlepas pandang terhadap satu aspek utama dalam hubungan seks iaitu waktu ia dilakukan. Jangan ambil mudah perkara ini, ia juga adalah sangat penting.

Jadi, apakah waktu sesuai buat seks dengan pasangan? Jom selami artikel ini dengan lebih mendalam lagi untuk tahu jawapan sebenarnya!

Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.

Pukul berapa paling sesuai ‘bercinta’ dengan pasangan?

kesilapan seks lelaki

Menurut Alisa Vitti yang merupakan seorang pakar hormon, waktu sesuai buat seks dengan pasangan bukanlah waktu malam seperti yang selalu kita percaya. Hakikatnya, waktu petang adalah masa yang paling terbaik.

Untuk lebih terperinci, beliau menyatakan masa paling syok untuk bersama dengan pasangan adalah pada pukul 3 petang. Terkejut bukan? Namun, terdapat alasan kukuh yang menyokong saranan ini.

Alisa Vitti pernah menjelaskan perkara ini di dalam buku WomanCode dengan menyatakan hormon oestrogen dalam tubuh badan lelaki akan berada pada tahap yang paling tinggi sekitar pukul 3 petang. Inilah sebabnya kaum Adam akan lebih berminat untuk berasmara dengan anda pada waktu petang.

Namun, anda juga perlu tahu waktu petang bukanlah masa encik suami mampu beraksi paling hebat.

Sebaliknya, waktu pagi adalah ketika mereka akan lebih bersemangat. Ini kerana kebanyakan lelaki akan merembeskan hormon testosteron dengan banyak pada waktu pagi.

kerap melakukan hubungan seks

Dalam erti kata yang lebih mudah, lelaki akan lebih hebat bersenggama pada waktu pagi, tapi lebih minat berjimak pada waktu petang. Namun, bagaimana pula dengan wanita?

Bagi wanita, waktu sesuai buat seks adalah pada waktu petang iaitu sekitar pukul 3 petang. Ini kerana ia adalah waktu tubuh badan kaum Hawa mengeluarkan hormon kortisol paling tinggi.

Jadi, ternyatalah waktu sesuai buat seks adalah pada pukul 3 petang setelah dibandingkan aspek waktu pengeluaran hormon penting dalam tubuh badan kedua-dua jantina.

Bagaimana menjayakan hubungan asmara pada waktu petang?

Sekarang kita sudah tahu bahawa pukul 3 petang adalah waktu sesuai buat seks bersama pasangan. Pun begitu, agak sukar untuk berasmaradana dengan pasangan pada waktu sebegini atas pelbagai faktor luaran.

Jadi, inilah caranya untuk kalian berdua menjayakan hubungan asmara pada waktu petang:

#1. Manfaatkan hari cuti dengan seks

Ya, memang ramai suami isteri yang bekerja. Ini sekali gus menyebabkan kalian yang bekerjaya ini tidak mampu berjimak dengan pasangan pada waktu yang sangat disyorkan ini.

Apa yang boleh dilakukan adalah manfaatkan hari cuti anda dengan seks. Jadi, janganlah anda hanya tidur sahaja ketika hari cuti ya? Adalah lebih baik untuk mengajak pasangan bercanda bersama!

#2. Bersenam bersama dengan pasangan

Tidak dinafikan waktu petang adalah ketika kita akan mengantuk terutamanya pada hari cuti kerana tiada tugasan yang perlu dilakukan. Jika mengantuk, sudah tentulah seks tidak mampu dijayakan.

Jadi, sila ajak pasangan untuk bersenam bersama-sama dengan anda. Ini kerana senaman sekitar 30 ke 40 minit mampu meningkatkan tahap testosteron serta kekuatan dan ketahanan tubuh badan.

Selepas bersenam, mungkin anda boleh ajak pasangan beraksi di ranjang pula?

bersenam

#3. Menonton rancangan sukan di televisyen

Jika anda dan pasangan sudah sangat malas untuk bergerak atau bersenam, mungkin sekadar menonton televisyen sudah mencukupi. Syaratnya, pastikan kalian menonton rancangan sukan.

Ini kerana kajian menunjukkan menonton rancangan sukan di kaca televisyen mampu meningkatkan keagresifan ekoran hormon testosteron dalam tubuh badan meningkat.

Selepas rancangan tersebut tamat, mungkin kalian boleh buat ‘rancangan’ sendiri?

#4. Temu janji seks dengan lebih awal

Kadangkala, tidak perlu tunggu sampai waktu petang untuk mengajak pasangan melakukan seks. Sebenarnya, kalian sudah boleh ajak, usik atau minta untuk bercanda pada waktu pagi lagi.

Mungkin ketika mereka sedang sibuk menguruskan rumah, anda boleh sahaja menghantar pesanan ringkas untuk temu janji seks tepat pada pukul 3 petang nanti. Ini pasti akan membuatkan mereka tidak sabar.

Disebabkan penantian ini, hormon testosteron dalam tubuh badan secara tidak langsung akan meningkat. Jadi, sila bersedia untuk diterkam bila tiba waktu temu janji kalian nanti okay!

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://www.thehealthy.com/sex/best-time-to-have-sex/
  2. https://www.psychologytoday.com/us/blog/married-and-still-doing-it/201809/whats-the-best-time-day-sex
  3. https://metro.co.uk/2018/06/18/3pm-best-time-day-sex-says-expert-7639831/
  4. https://www.mercurynews.com/2018/06/25/the-best-time-of-day-to-have-sex-according-to-science/
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak pada 02/04/2020
x