Siapa kata seks itu tidak lagi penting dalam perkahwinan? Pun begitu, sudah makin ramai yang hilang atau tidak minat hubungan seks akibat perkara yang tertentu! Teruskan baca artikel.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Siapa kata seks itu tidak lagi penting dalam perkahwinan? Pun begitu, sudah makin ramai yang hilang atau tidak minat hubungan seks akibat perkara yang tertentu! Teruskan baca artikel.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Tahukah anda, hubungan seks boleh dianggap sebagai perbezaan utama yang membezakan antara hubungan suami isteri dan hubungan lain seperti persahabatan?
Ramai yang menganggap bahawa hubungan seks hanyalah sekadar penyeri kepada kehidupan suami isteri, bukan sebagai antara tunggak utama kemesraan dan suami isteri romantik.
Adakala, hilangnya minat salah seorang pasangan atau keduanya untuk melakukan hubungan seksual disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak disedari mereka sebelum ini.
Sebenarnya, terdapat beberapa sebab yang jelas mengapa sesebuah perkahwinan itu semakin sendu dan anda tidak lagi minat dengan hubungan seks.
Antara sebab-sebab utama yang menyebabkan hubungan seks semakin berkurangan adalah seperti berikut:
Hubungan seks yang menggalakkan perhubungan suami isteri romantik boleh terjejas disebabkan oleh masalah kesihatan.
Ia bukan hanya melibatkan gangguan kesihatan fizikal, malah secara mental.
Apabila kesihatan seseorang itu terganggu, ia juga boleh menjejaskan libido atau keinginan seks individu.
Selain itu, ia juga boleh mengganggu peningkatan nafsu syahwat pada seseorang individu tersebut.
Tidak semua individu mempunyai keinginan dan kuantiti hubungan seks yang sama dengan individu lain.
Pasangan suami isteri mungkin perlu menunggu sehingga mood kedua-duanya hadir untuk meneruskan aktiviti seks sesama mereka.
Kelahiran anak bukanlah menyebabkan nafsu untuk melakukan seks itu menurun.
Namun, kelahiran anak baharu biasanya menyebabkan si ibu lebih menumpukan kepada penjagaan harian bayi berbanding memberikan tumpuan untuk melakukan hubungan seksual.
Penjagaan bayi turut menyebabkan keletihan selain perubahan hormon pada si ibu.
Selain itu, biasanya kaum wanita yang telah melahirkan anak dinasihatkan untuk tidak melakukan hubungan intim antara 6 hingga 8 minggu selepas bersalin.
Stres atau tekanan yang dialami tidak hanya boleh memberi kesan kepada emosi, tetapi ia juga membuat individu tidak minat pada hubungan seks.
Hormon kortisol yang menyebabkan stres boleh mengurangkan keinginan seks individu.
Seks boleh menyebabkan seseorang itu berasa keletihan yang melampau dan tidak mempunyai tenaga untuk melakukan seks.
Isu komunikasi biasanya wujud hasil daripada konflik yang berlaku antara pasangan sehingga boleh menyukarkan kewujudan suasana suami isteri romantik.
Ada masanya anda mungkin tidak mahu bercakap langsung dengan pasangan anda, apatah lagi untuk melakukan hubungan intim bersamanya.
Ada juga isu di mana pasangan tidak mampu untuk menaikkan dan mengekalkan ereksi sehingga menyebabkan aktiviti seks itu menjadi agak sukar untuk dilakukan.
Mati pucuk dalam kalangan kaum lelaki adalah sesuatu yang normal dan biasa berlaku.
Namun, mati pucuk boleh menyebabkan seseorang lelaki itu hilang keyakinan diri bahkan harga diri di hadapan pasangannya seolah-olah kejantanannya telah hilang.
Ia boleh berlaku kepada kedua-dua lelaki dan juga wanita. Ia dikenali sebagai gangguan keinginan hipo-seksual (hypo-sexual desire disorder).
Bagi wanita pula, terdapat beberapa punca mengapa mereka boleh jadi tidak minat dengan hubungan seks.
Ini termasuklah kitaran haid, penggunaan kontraseptif hormon, kelahiran anak, penyusuan anak, dan juga menopaus.
Kebanyakan ubat-ubatan yang diambil mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri.
Ada sesetengah ubat-ubatan yang boleh menyebabkan keinginan untuk melakukan seks itu terjejas seperti dekongestan, beberapa jenis antihistamin, antidepresan, dan ubat rawatan tekanan darah tinggi.
Kemungkinan individu tidak minat hubungan seks bukan hanya disebabkan oleh gangguan fizikal semata-mata, malah ia boleh berlaku hasil daripada masalah berkaitan kesihatan mental.
Sebagai contoh, jika seseorang itu mengalami kemurungan, ia pasti boleh menghilangkan kehendak untuk melakukan seks.
Kemurungan boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan banyak tenaga, mengalami penarikan sosial dan emosi yang terganggu.
Sesetengah individu mungkin pernah mempunyai sejarah hidup didera secara seksual.
Penderaan seksual boleh menyebabkan trauma yang terus menghantui hidup seseorang itu sehingga mereka dewasa.
Mereka yang pernah didera secara seksual ini mempunyai reaksi emosi seperti malu, takut dan stres sehingga boleh menjejaskan kehidupan seks mereka.
Selain itu, terdapat juga beberapa isu lain berkaitan kehidupan seseorang yang boleh membuat anda tidak minat dengan hubungan seks.
Ini termasuklah rasa bosan, keletihan, melalui fasa kesedihan, kehilangan pekerjaan, masalah kewangan, penuaan dan juga berasa malu dengan penampilan diri sendiri.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen