backup og meta

Dah Berusia Bukan Alasan Aksi Di Kamar Hambar, Ini 5 Cara Hangatkan Hubungan

Dah Berusia Bukan Alasan Aksi Di Kamar Hambar, Ini 5 Cara Hangatkan Hubungan

Hubungan seks suami isteri yang telah berusia mungkin sudah agak hambar atau membosankan. Ia tidak lagi mengujakan atau menyeronokkan disebabkan pelbagai faktor yang berkaitan dengan umur dan keadaan tubuh. Namun, jika anda tahu cara dan posisi hubungan suami isteri yang tepat, ia masih boleh menaikkan nafsu syahwat anda ketika bersama pasangan. 

Jadi, usia bukan alasan untuk anda tidak dapat menikmati hubungan intim yang sihat. Lihat penerangan di bawah ini. 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

Cara hangatkan semula hubungan seks suami isteri yang berusia

Kehidupan berpasangan yang sudah lama seringkali diiringi dengan suasana hubungan intim yang mungkin terasa biasa. 

Kadangkala timbul rasa bosan atau kurang bersemangat kerana rutin yang sama setiap kali ‘bersama’ pasangan. 

Namun, jangan biarkan keadaan ini membuatkan anda dan pasangan kehilangan keintiman dan keseronokan dalam hubungan seksual. 

Ada banyak cara untuk ‘menghidupkan semula‘ aksi ranjang kalian. 

Dengan sedikit kreativiti, anda masih boleh mencipta pengalaman yang lebih memuaskan dan mengasyikkan. 

Kami akan terangkan beberapa kaedah dan produk yang boleh membantu anda dalam proses ini. 

Ini 5 cara bagi menghangatkan kembali hubungan intim anda.

#1. Kondom boleh bantu berikan kenikmatan ekstra

Antara jenama kondom terkenal di pasaran.
Antara jenama kondom terkenal di pasaran.

Kondom bukan sahaja berfungsi sebagai alat perlindungan, tetapi ia juga boleh membantu memberikan variasi dan keseronokan yang baharu dalam aktiviti seksual bersama pasangan 1

Terdapat pelbagai jenis kondom yang boleh anda gunakan, daripada kondom dengan ketebalan biasa sehinggalah kepada kondom berperisa dan bertekstur untuk pengalaman yang lebih menarik.

Selain itu, terdapat juga produk kondom nipis dengan sensitiviti tinggi agar kita dapat merasai keintiman dan sensasi yang maksimum bersama pasangan 1

Kondom Durex Invisible Extra Sensitive (kondom nipis) dan Durex Pleasuremax (kondom bertekstur ribbed & dotted – untuk lebih nikmat) adalah antara pilihan yang terbaik untuk anda mendapatkan kenikmatan seperti di atas. 

Menarik bukan? Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang kondom Durex.

#2. Guna pelincir untuk tambah nikmat hubungan seks suami isteri

Pelincir juga boleh menjadi salah satu alat penting dalam menghidupkan semula hubungan seksual anda yang telah lama menyepi. 

Terdapat pelbagai jenis pelincir yang boleh menghangatkan kembali asmara kalian 2

Antaranya seperti pelincir berasaskan air untuk keselesaan tambahan dan pelincir beraroma dengan kesan ‘hangat’ yang boleh menambah rangsangan. 

Mungkin anda tidak tahu, ada juga pelincir khas 2 dalam 1 yang boleh digunakan untuk urutan atau semasa persetubuhan. 

Ini boleh membantu meningkatkan keintiman menerusi urutan sensasi sebelum seks selain menangani masalah kekeringan faraj 2. Ia juga boleh mengurangkan kejadian kondom terkoyak ketika ‘bersama’. 

#3. Mainan seks boleh tingkatkan rangsangan dan keseronokan

Contoh mainan untuk hangatkan hubungan.
Contoh mainan untuk hangatkan hubungan.

Selain kondom dan pelincir, mainan seks dan alatan tertentu juga boleh membantu memberikan rangsangan dan keseronokan yang baharu dalam aktiviti seksual 4.

Contohnya, cincin bergetar boleh dipakai oleh orang lelaki untuk memberikan rangsangan tambahan kepada pasangan mereka 3

Jika ia digunakan bersama pelincir, ia boleh memberikan keseronokan yang tidak terhingga kepada diri dan pasangan anda. 

Sekiranya anda tidak pernah menggunakan cincin bergetar sebelum ini, boleh cuba dapatkan dan lihat kesannya dalam menghangatkan hubungan seks suami isteri

Menariknya, cincin bergetar ini juga boleh digunakan bersama dengan kondom dan pelincir keluaran Durex untuk hubungan seks setiap hari. 

#4. Cuba posisi & fantasi seksual baharu dalam hubungan seks suami isteri berusia

Salah satu kunci bagi menghidupkan semula hubungan seksual yang sudah hambar adalah melalui keberanian untuk mencuba benda baharu. 

Mungkin anda ingin mencuba posisi hubungan suami isteri yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Malah, Durex sebagai pakar keintiman suami isteri turut menyarankan tip yang sama seperti ini. 

Anda juga boleh menggunakan kaedah roleplay sebelum melakukan hubungan seks bagi meningkatkan nafsu ketika ‘bersama’. 

Jangan berasa takut atau segan untuk keluar dari zon selesa atau kebiasaan kalian. 

Menerusi pelbagai produk yang ada di pasaran, kalian mempunyai banyak pilihan untuk meneroka dan mencuba benda baharu yang belum pernah anda dan pasangan lakukan sebelum ini. 

#5. Sentiasa berkomunikasi untuk tahu keinginan dan fantasi pasangan

Komunikasi adalah kunci dalam semua hubungan termasuklah dalam hubungan seks suami isteri yang sudah berusia 5

Bincangkan apa yang anda dan pasangan mahu dan perlukan ketika bersama. 

Dengan memahami keinginan dan keperluan masing-masing, kita boleh mencipta pengalaman seksual yang lebih memuaskan dan bermakna antara satu sama lain 5

Penuhi fantasi dan keinginan pasangan kerana ia menunjukkan anda lebih memahaminya selain cuba untuk memuaskannya sebaik mungkin. 

Ini boleh membawa kepada hubungan suami isteri yang sihat

Kesimpulan 

Walaupun aktiviti seksual kita mungkin sudah hambar atau terasa biasa, namun masih ada cara untuk memberikan sentuhan, rangsangan dan keseronokan yang baharu.

Dengan sedikit kreativiti, komunikasi yang baik, dan bantuan daripada pelbagai produk yang ada, kita boleh mencari cara baharu untuk menikmati cinta kita bersama pasangan.

Tip penggunaan permainan intim.
Tip penggunaan permainan intim.  

Perhatian!

Hubungan seks suami isteri yang sihat dan memuaskan bukan hanya tentang kepuasan fizikal, tetapi juga melibatkan emosi dan keintiman dengan pasangan.

Jadi, jangan gusar untuk mencuba benda baharu.

Selamat mencuba!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What are the benefits of condoms?. https://www.plannedparenthood.org/learn/birth-control/condom/what-are-the-benefits-of-condoms#:~:text=Protection%20is%20important%2C%20but%20so,especially%20if%20you%20add%20lube. Diakses pada Julai 17, 2023. 
  2. 5 great reasons to use lube the next time you’re getting intimate. https://www.ippf.org/blogs/lube-5-great-reasons. Diakses pada Julai 17, 2023.
  3. Helpful Suggestion: Put a Ring on It. https://positivepeers.org/the-plus-side/blog/helpful-suggestion-put-a-ring-on-it/. Diakses pada Julai 17, 2023.
  4. Experiences with Diverse Sex Toys Among German Heterosexual Adults: Findings From a National Online Survey https://www.tandfonline.com/doi/abs/10.1080/00224499.2019.1578329.  Diakses pada Julai 24, 2023.
  5. Sex and pleasure. https://whatineedtoknow.org/sex-and-relationships/sexuality-and-gender-101/sex-and-pleasure/. Diakses pada Julai 17, 2023.

Versi Terbaru

08/11/2024

Ditulis oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!



Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan